Syafi is born


Aku masuk labour room pukul 6pm 19/2/08.. masa tuh takde laa sakit sangat.. nurse tanya ada rasa nak meneran x? aku selamba jawab xde sebab x rasa apa2 except rasa sakit contraction sket2.. last2 sebab mama2 yg duk sebelah bilik aku sumer dah bersalin dr suruh gak masuk bilik bersalin.. 

Lepas masuk ubat induce melalui drip jer terus terasa sakit gila. Sakit sangat sangat sangat...memang contraction dia sangat sakit sampai bila ayah Syafi pegang perut aku pun merayu jangan sentuh2 aku. Bila doktor tengok aku terlalu sakit Dia decide bagi sedation. Lepas Tu aku tak berapa ingat apa Yang terjadi. Tapi sekali sekala aku sedar aku tgh menjerit kesakitan walaupun dah dibagi ubat pelali.

Aku demgar sayup2 doktor explain kat husband yang dia tak penah tengok lagi kesakitan  mcm aku ni bukaan stop sampai 5 cm jer.. lepas tuh xde progress.. masa tuh heartbeat baby dah menurun setiap kali contraction and aku pun ada bleeding. Terus aku ditolak ke OT room untuk operation.

Masa Di ot room aku Di suruh duduk tepi operating table Dan untuk epidural. Ada juga kenangan agak  lucu kat sini. Disebabkan masa Tu aku terasa amat sakit. Seorang nurse India berdiri Di depan aku sebab masa Tu aku duduk Dan agak condong ke depan sikit. Dia offer tangan dia utk aku pegang. Tapi setiap Kali sakit aku tekan terlalu kuat kot sampai dia pun sama juga jerit2 "ayoyo.. ayoyo..' haha

Selepas bius epidural mula terasa.. doktor ummul sempat bergurau dgn aku.. "ha.. Sekarang dah boleh senyum'.. aku pun dengan miracle nya boleh senyum' sebab dah kurang rasa sakit. Haha

Jam 10.10pm 19/2/08 lahir lah Syafi Fakhriy ke dunia ikut tingkat.. masa doktor sedang bedah mama Ada juga insiden tau. Doktor2 masa Tu nampak terkejut Dan siap panggil nurse2 kat situ. Aku nampak diorang tengok perut aku yg Masih lagi dlm proses bedah sambil buat mcm2 bunyi terkejut Dan pelik. Aku Yang tengah mamai tetiba terasa risau sampai Tanya doktor bius kat sebelah.."kenapa dengan anak saya, doktor?. Anak saya lahir sempurna Kan?" Pastu doktor yg baik ati Tu pun pergi check .

Rupanya Ada fibroid sebesar penumbuk berada Di laluan baby. Patutlah aku terasa amat sakit masa contractions.. apapun alhamdulillah semuanya selamat

Gambar atas masa Syafi umur 1 jam.. nih mama hanya dapat tengok Syafi selepas kuar dari OT room.. masa disorong keluar tu aku boleh Tanya nurse.. ni anak saya ke.. macam anak cina la..haha.

Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.. berat Syafi masa lahir 3.2kg, tinggi 49.5cm.. dilahirkan 2 minggu lebih awal dari jangkaan (2/3/08)...

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

2 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post