Teknik cakaran harimau

Salam semua, aku dapat ni melalui email. Ingat tak sikit masa dulu “Teknik cakaran harimau” ni agak popular. Kerana menurut seorg ustazah, teknik ini mampu membantu mengikat kasih saying suami isteri. Ianya juga boleh membuatkan hubungan suami isteri lebih mesra.. OK, tengok gambo kat atas dan cuba praktikkan di rumah. Kalau dah ada kesan-kesan yg baik tu sila la bg testimonial kat sini ye..



1) Langkah Pertama
Isteri mengurut tengkuk suami dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.


2) Langkah Kedua
Urut pada bahagian bahu hingga ke lengan.


3) Langkah Ketiga
Buat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.


4) Langkah Keempat 

Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau'. Pastikan kuku telah dipotong awal-awal yek. Kalau tak kesian plak sang suami menanggung calar2 hehe.. Cakar belakang bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.


5) Langkah Kelima
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.


6) Langkah Keenam
Genggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.


7) Langkah Ketujuh
Haha.. sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.


8) Langkah Kelapan
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,''..


Selamat mencuba..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

3 Comments

Words of wisdom

  1. bahasa Hindi tu pun kena ckp jgak ker..? :p

    ReplyDelete
  2. Teknik Cakaran harimau ini bisa dicoba, pasti bagus. Thanks

    ReplyDelete
  3. hehehhe.. tak sempat nak mencakar dengan kehadiran Dable H

    ReplyDelete
Previous Post Next Post