Resepi Ikan Talapia Bakar Portugis

Assalamualaikum​ semua.. sebenonya mama masak ikan Talapia bako portugis ni seminggu sebelum puasa. Alang-alang jiran sebelah rumah bagi 3 ekor  ikan Talapia fresh Dari kolam ikan miliknya Di negeri sembilan. Hmm.. tak tau nak masak apa, lepas fikir2 last2 masak ikan bako je la sebab mesti sedap, manis isinya Kan yelah ikan fresh. Last2 mama buat bako ala portugis aje la. Uish mama ni tetiba cakap muo ni kenapa ? Haha rindu kampung halaman le gamaknya ni. Mamat ikut resepi dari Azie Kitchen

Mama masak 3 ekor tapi resepi ni utk sekor. Pepandailah adjust ye.kalau ratah je pun dah sedap.



Mama balik​ dalam periuk ajaib aje. Ni je gambo yg sempat ambil. Tak sempat lelebih dah kena ngapp..


Resepi Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras 
6 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 batang serai 
2 hiris lengkuas (mama tak letak lengkuas sebab bahan xde)

Cara cara:
Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya.  Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.

Ikan dibersihkan dan dikelar kelar sedikit. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan kisar tadi. Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.


Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.

Sedap dimakan semasa masih panas panas. Sedap juga diratah begitu sahaja. Yang pastinya, ia adalah penyediaan lauk yang lebih sihat dan berkhasiat.

Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak. 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Alahaiii...

    Awal pagi dah nampak ikan talapia bakar hehe...boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. alahai, terliur pula nampak ikan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ikan dh abis. Takpe nnti kaella buat sendiri ye

      Delete
  3. Mmg sedap elih.. cubalah

    Mmg x cukup Cikgu bada sebab Tu Ada 3 ekor. Lagi 2 ekor x smpat ambil gambar dh kena sambar hihi

    ReplyDelete
  4. pokcik nak try lah resepi ni, nampak sedap..

    ReplyDelete
  5. kenapalah bagi nama ikan bakar Portugis,
    Ikan bakar Muo la.
    Apa2 pun, memang nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Haha boleh juga warusan petani. Sebab yg bakonya org muo haha

      Delete
  6. dapnyeee. mmg telan ayaq liur je time puasa cmni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tgk waktu Malam baru selamat ni hihi

      Delete
Previous Post Next Post