Resepi Ketam Masak Kam Heong

Biasalah bila dah hujung minggu memang Hari untuk masak-masak dan makan-makan kan. So, semalam kami sekeluarga bersama keluarga adik Dan Abang ipar berkumpul Dan kami pun masak-memasaklah. Kalau weekdays mama cuma masak simple-simple je untuk syafi Dan mama. Bila dapat berkumpul macam ni memanglah seronok lebih-lagi dapat makan bersama-sama. So, semalam mama masak Ketam Kam Heong. Kat sini mama nak share Resepi Ketam Masak Kam Heong ye.

Mama jarang masak seafood sebab takut kegatalan melanda. Mama Ada allergy sikit pada seafood harinipun Dan mula gatal-gatal dah hee.. So, jarang juga masak seafood kat rumah kecuali ikan. Bila dah berkumpul macam ni barulah boleh masak.

 Ketam Masak Kam Heong

Makan dengan salad telur, ikan bawal kecil goreng garing, telur masin Dan drummets untuk budak2 (mak bapa budak pun makan juga haha). Tak masuk dlm picture sambal tumis sardin, buah-buahan, capati Dan dhall kawanku (produk baru kawanku, sedap tau)

Banyak Pula menceceh mama ni.. jom lah Kita tengok resepi Resepi Ketam Masak Kam Heong.

Resepi Ketam Masak Kam Heong

Bahan-bahan:
Semangkuk penuh  ketam kecil (anak Ketam)- anggaran 1kg
*Kalau guna Ketam besar anggaran sekilo juga
1 labu bawang putih - dikupas dan dicincang halus
10 tangkai cili padi - dibuang biji dan dihiris
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
3 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
Setengah cawan air
garam dan gula secukup rasa
minyak, kalau nak guna butter pun boleh. Lagi sedap

Cara-caranya:
1. Siang Dan bersihkan ketam.
*Kalau ketam  besar boleh digoreng dulu. Caranya lumurkan Ketam Tu dengan tepung beras bercampur sedikit garam dan lada sulah. Goreng ketam selama 5 minit secara deep fried setiap belah sehingga masak.
Tapi disebabkan Kali ni banyak sgt Ketamnya, maka mama tak larat nak goreng satu-satu. So, humban je la Dalam kuali terus.
2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Selepas Tu, masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Pastu, masukkan daun kari, serbuk kari serta cili padi dan gorengkan selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram dan gaul sebati.
6. Tambah air Dan tunggu hingga mendidih
7. Masukkan ketam dan balik-balikkan sehingga kuah jadi pekat Dan kesemua ketam disaluti kuah. Jika perlu boleh tambah sikit lagi air.
8. Letak garam dan gula Dan perasakan sehingga sedap.
9. Dah siap Dan boleh lah dihidangkan

Mama sempat snap gambar Syafi Dan sepupunya sedang solat. Si adik sama nyibuk juga haha


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Menarik...nanti boleh cuba...Dania suka ni kalau bab Ketam

    ReplyDelete
  2. eh senangnya! Selalu ketam buat masak lemak cili api je. Lepas ni boleh la try resipi ni!

    ReplyDelete
  3. menarik nih, tgk resepi pun nampak mudah....

    banyak betul menu akak... tp bila ramai2 mkn berselerakan... msk banyak pun msti habis

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ketan....lama dah tak makan ketam ni tau =)

    ReplyDelete
  5. ketam memang sedap kalau dimasak demgan cara yang betul..

    boleh tambah nasi sepinggan dua.

    ReplyDelete
  6. sakan makan ketam ni....


    psstttt jemput join http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html

    ReplyDelete
  7. sdapnya masakan kam heong tue.. ketam pulak tue..lagilah sedap..saya sllu order ayam jea

    ReplyDelete
  8. Banyak2 lauk cina, ini antara kegemaran auni. Sedapnya ketam!

    ReplyDelete
  9. menarik resepi ni, simple, tapi kering ni taktaw family minat ke tak. bahan tumis tu memang dah terliur dah ni.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  10. Satu labu bawang putih tu macam mana mama? Satu ulas atau se buku yg ada banyak ulas.

    Saya ni baru nak belajar masak. Bila dah kawen nanti senang nak ajar bini memasak.

    ReplyDelete
  11. waahhhh...nak cuba.. senang je rupanya

    ReplyDelete
  12. sedapnya ketam masak kam heong, boleh cuba lepas ni biasa buat ayam je

    ReplyDelete
  13. Banyaknya makanan. sedap2x lak tu. GV baru tahu ada salad telur. sedap gak tu. hihi. :D

    ReplyDelete
  14. alamak ketaaaaammmm *craving*
    boleh lah cuba nanti resepi mama pp hehe

    ReplyDelete
  15. Nak datang umah mama la.. Nak makan nie.. Hehehe..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post