Restoran Kari kambing 40 hari

Assalamualaikum semua.. weekend ni korang buat apa ye? Mama pulang ke kampung Dan sempat singgah ke Restoran Kari kambing 40 hari. Sampai sana jam 10 pagi saspen juga tengok banyak kereta parking tepi-tepi jalan. Tapi bila masuk tempat parking sebelah kedai Tu Alhamdulillah parking senang je Kebetulan ada 2-3 kereta keluar Dari parking Tu. Restoran Kari kambing 40 hari ni menu utamanya adalah nasi Arab.







Baca juga travelog kami ke Johor Bahru di sini




Set Nasi Arab Yang Kami beli. Ambil Yang dulang senang boleh makan sefamily. Set satu dulang ni Ada lauk kambing Dan ayam Serta acae sayur. Kalau tengok Tu memang portion dia banyak sangat. Memang tak kedekut lauk langsung. Mama suka... Mama suka.. set ni datang sekali dengan 1 jug air free. Masa mama nak ambil air ni Ada 2 pilihan sirap or anggur. So mama ambil air anggur. Satu set termasuk air (air free) cuma RM 48 sahaja. Mama Rasa amat berbaloi la..

Kalau nak beli Yang pinggan pun boleh harganya RM 12 sahaja tapi satu lauk Dan tak de air ye 

Pemandangan semasa beratur Di Dalam kedai. Ingatkan lama kena tunggu. Rupanya sekejap aje x sampai 10 minit dah boleh makan dah.. memang servis laju Dan memuaskan Hati mama Yang nak kejar masa ni.

Kuih keria Sira gula Melaka ni mama beli dengan harga RM 12. Murah Kan sebab Dalam bekas Tu Ada banyak tau kuih keria. 20 biji Ada.

Ni lah jadinya dulang tadi Yang penuh Tu dh abis dah. Kambing Dan ayam pun tinggal tulang aje haha.. nasi x dpt nak habiskan semua. Dah kenyang sangat dah.

So, kepada siapa Yang nak ke Kedai Kari Kambing 40 hari boleh ke alamat ni:

215 Kg Hj Ghafar , Bt 5 1/2, Jln Yong Peng,
Batu Pahat , Johor

No telefon 019 6272243 @ 014 6372243

Berikut adalah Cara Cara untuk ke Sana:
🎈Dari selatan ➡️ keluar tol Ayer Hitam➡️ 🚦kiri ke pekan Ayer hitam ➡️🚦kanan ke Jalan Yong Peng

🎈Dari Utara ➡️ keluar tol Yong Peng utara ➡️pekan Yong Peng➡️🚦kanan ke Jalan Ayer Hitam Johor

Kedai ni dibuka setiap hari Dari pukul 7.30 pagi hingga 3 petang.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

26 Comments

Words of wisdom

  1. nanti kalau sy nk ke JB boleh la stop kat sini makan..mesti sedap sebab tu penuh jer kan

    ReplyDelete
  2. kat JB kan...pernah keluar dalam rancangan Mat Dan tu..terliur tengok...

    ReplyDelete
  3. lina ni orang johor...tapi asyik xsempat je g sana...

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi rumah kakak CR di kluang memang akan lalu kedai ni. Tapi tak tahu bila nak singgah merasa. Orang memang ramai selalu.

    ReplyDelete
  5. tengok dah sedap dh ..sekali kt johor..kena tgu trip k johor laa ni..

    ReplyDelete
  6. salam mama...
    wahh sedap je nampk..lebih2 lagi keria tu..hehe
    knp nm dia ada 40 hari?heeee =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih nye skrng mahal...12 bji klau x silap...bwk blik tgh hri...mlm da jadi batu...keras

      Delete
  7. Lama nya akak tak makan nasi arab and yang paling best maybe boleh makan dalam talam secara berjemaah kan? Kampung kat Johor yer...mesti banyak pilihan nasi arab dan yang sewaktu dengannya kat sane kan? Hehe..

    ReplyDelete
  8. uihh kambing sedapnya , tapi CCL tak boleh makan banyak , kalau terlebih had mula lerr berbintang - bintang atas kepala

    ReplyDelete
  9. Wah mama pun da sampai sini hihii.. Sdappp kann dging kambing dia lembutt..

    ReplyDelete
  10. Selalu sarapan /makan kat sini sebab minat kat masakan kambing dia.
    Boleh mintak roti canai atau nasi arab dengan kari kambing/ayam.
    Memang sedap.

    ReplyDelete
  11. Uish... sedapnya nampak nasi arab tu...

    ReplyDelete
  12. Saya kat bp ni. Esok boleh singgah situ. Alamat kedai saya dah letak dlm hp.

    ReplyDelete
  13. kayak makanan rendang ya itu
    40 hari?
    bearti cuma buka 40 hari sajakah?

    ReplyDelete
  14. Selalu lalu tp xpernah singgah.. teringin nk rasa nasi arab tu.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya kuih sira gula melaka tu. hehe. nasi arab saya kurang cket. tengok sesetengah n cara masak seseorang

    ReplyDelete
  16. Oh! Kat Yong Peng ja ka. Nanti leh pi test ni..

    ReplyDelete
  17. Mummy and team memang suka makan nasi Arab..hero2 mesti suka. Nampak mengiurkan sungguh ni..Yesssza!

    ReplyDelete
  18. Adoiyaii.. sodapnyee.. bila la dpt mkn ni.. hehe

    ReplyDelete
  19. sedapnya. murah plak tu utk portion yg banyak. hujung tahun nak ke johor. ada rezeki sampailah kat sana. hihi. tq mama share tempat makan sedap.

    ReplyDelete
  20. apakan daya org KL hanya mampu tgk dan terliur ;-)

    ReplyDelete
  21. Satu hari nanti, jika sampai ke johor, nak terjah tempat nih.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post