Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka

Semasa mama sekeluarga bercuti ke Melaka minggu lepas mama telah singgah ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka. Kompleks Falak Al Khawarizmi Melaka telah ditubuhkan pada tahun 2008 dibawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIK). Kat sini rupanya boleh sewa untuk bermalam dan juga ada menyediakan pusat latihan.

Mama berhajat lama dah nak ke mari, sebab banyak tempat dah jalan kat Melaka ni tapi tak pernah khatam. Itu menunjukkan walaupun Melaka negeri yang kecil tapi penuh dengan bermacam tempat menarik kan.


Yang bestnya kat sini masuk FREE aje tau.

Di depan bangunan Cerap. Kelakar pula tengok muka budak ni.. Masa ni  matahari memancar-mancar ye lah dah pukul 1 dah.

Sebenarnya Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka ni tempatnya takdelah besar sangat. Tempat yang dibuka buka untuk orang awam pun ada 2 aje iaitu Balai Cerap & Planetarium. Masa mula-mula mama sampai Planetarium ditutup sebab mama datang hari Isnin. Menurut kata orang yang kerja situ, kalau ramai orang baru dibuka. Alhamdulillah setelah berjalan sana sini terdapat beberapa lagi kumpulan yang sampai ke sini dan tak lama lepas tu Planetarium pun dibuka.. So, takdelah kempunan mama hihi..

Nampak tak ada 2 manusia kat bahagia cerapan tu tengah tengok teropong

Zon sistem suria di dalam planetarium. Bolehlah tambah ilmu berkenaan sistem suria kita kat sini


Zon Penerokaan Angkasa Lepas

Ada beberapa aktiviti yang boleh dibuat di zon aktiviti ni. Tak besar sangat tempat dia cuma 1 tingkat ni je

Tokoh-tokoh sarjana falak Islam

Di anjung tinjau dan cerapan. Cuba tengok kapal actual kalau dengan mata kasar tak berapa jelas kan

Tu dia kalau guna monocular tersangat lah jelas. Seronok guna monocular ni kapal kecil yang tak nampak langsung dengan mata kasar pun boleh nampak jelas.

So, kalau ada sesiapa yang nak ke sini berikut adalah detailsnya :

Kompleks Falak Al Khawrizmi
Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara 78300,
Masjid Tanah, Melaka.

Tel                : 06-385 2671 / 06-285 2672

Faks              : 06-385 2673

Email            :  korporat[at]alkhawarizmimelaka[dot]com[dot]my

Laman Web   : http://www.alkhawarizmimelaka.com.my

Waktu Operasi
Hari Isnin - Khamis  & Sabtu 9.00 am - 12.30 pm, 1.30 pm - 4.30 pm

Rehat   12.30 pm - 1.30 pm

Jumaat     9.00 am - 12.00 pm, 2.30 pm - 4.30 pm  
Rehat 12.00 pm - 2.30 pm

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. Banyak lagi nampaknya tempat Kak Sue pun belum pergi kat Melaka nie..

    ReplyDelete
  2. wow menariknya... bgs la klu free cam ni...

    ReplyDelete
  3. boleh plak kejap bukak kejap tidak ek..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah magic Kan. Agaknya sebab tempt dia kecil Dan x ramai org kut

      Delete
  4. Jabatan saya selalu jugak buat lrogram kat sini kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh yeke Mimi.. ok x Dewan or mreting room dia

      Delete
  5. Betul la. Walaupun beberapa kali ke Melaka, ada lagi tempat menarik yg belum dikunjungi.
    Ada rezeki ke Melaka, boleh la ke sini nnt

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa! Next time ke Melaka boleh lah singgah jugak

    ReplyDelete
  7. kan. khaty yang pernah duduk kat melaka pun tak habis pusing melaka. banyak tempat menarik di melaka ni

    ReplyDelete
  8. rajin betul mama pergi ke tempat yang penuh pembelajaran begini..

    baik untuk kesihatan minda

    ReplyDelete
  9. bestnya kaka, gi Melaak aritu kami tak jalan sangat

    ReplyDelete
  10. bagus2 pergi sini
    anak2 dapat belajar benda baru :)

    ReplyDelete
  11. menarik.. bawak anak2 kanak2 sukala tempat macam ni =)

    ReplyDelete
  12. Mmg best Melaka ni mcm2 Ada. Kalau hash habis jalan Melaka jgn lupa singgah sini pula

    ReplyDelete
  13. Tempat ni baru buka ka? Tak pernah tahu punn.. huhuh. Dulu saya pernah tinggal Melaka 1 tahun. Tahun 2012. Tapi memang masa tu kurang jalan pun. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama buka dah naziman. Mungkin sebab tempay dia kecil dan X berapa Ada tarikan sgt kit.

      Delete
Previous Post Next Post