Beberapa hari yang lepas mama sekeluarga telah bercuti di Melaka dan menginap di Shah Beach Resort Melaka. Alang-alang balik kampung kan, so mama saja plan untuk bercuti di Melaka. Planning memang sangat last minute dan pilihan hotel pun terhad. Akhirnya, mama memilih Shah Beach Resort Melaka sebagai tempat berteduh kami. Memang banyak hotel & resort di melaka. Nak tau yang terbaik, boleh rujuk list hotel terbaik melaka yang disediakan ibusyurga.
Mama book melalui Agoda. Mama pilih triple room kerana masing-masing ada katil. Ye lah, anak mama kan dah besar. So, better lah dia tidur katil sendiri kan. Total bayaran melalui Agoda adalah RM229 inclusive breakfast untuk 3 orang.
Shah Beach Resort ni hanya 9km dari bandar Melaka. Rupanya Shah Beach Resort ni dirasmikan dari tahun 1971 lagi (mama baca di papan tanda kat sana). Terletak di tepi selat Melaka, ada pantai dan pool sendiri. Memang pakej la bagi mama. Terdapat lebih kurang 50 chalet kayu kat sini siap dengan beranda. Yang paling best, parking kereta betul-betul sebelah chalet aje. Setiap chalet ada tempat parkingnya sendiri iaitu di tepi chalet tu juga.. Kitaorang angkat barang pass pada sorang yang tunggu di pintu chalet dan barang terus masuk chalet.
Pemandangan dari tepi pool / restoran Shah Beach Resort. Sangat mendamaikan dengan pokok kelapa yang banyak tu dan boleh lihat pantai dari sini. Angin pun sepoi-sepoi bahasa.
Pemandangan dari depan chalet kami.
2 katil super single yang boleh tahan besar juga lah. Kalau nak tidur 3 orang pun boleh sebenarnya. Gambar katil syafi agak blur so mama x masukkan. Katil syafi single biasa je. Kat sini Siaran TV banyak juga pilihan seperti Fox movie, Citra, Fox sport, Axn, etc.
Toiletries yang diberi.
Bilik air dan shower kat sini agak klasik. Mungkin sebab chalet ni kan dah lama. Tapi ada hot shower tau
Petang-petang main buaian sambil menghadap pantai
Dan juga tengok sunset. Alahai.. damainya rasa hati. Kat tepi-tepi tu ada nampak orang main yacht
Esoknya breakfast kami.. Ni pinggan Syafi
Ni pinggan mama. Masakan kat sini memang sedap. Nasi lemak dan kuey teow dia mmg sedap sampai ayah Syafi pun puji. Kalau dah ayah Syafi puji tu maknanya memang sedap lah tuh sebab dia cerewet sikit bab makanan
Lupa nak cerita.. masa nak check in tu kami dijemput welcome drink. Walaupun diffused water saja tapi rasa tenteram aje sebab takdelah boring sangat menunggu.
Satu perkara yang mama puji tentang Shah Beach Resort Melaka ni ialah staffnya yang friendly. Setiap staff spt room service, hatta tukang sapu pun akan menyapa kita. Front desk pun mesra dan communication diorang superb. Contohnya mama kononnya nak bayar extra untuk breakfast sebab ingatkan breakfast untuk 2 orang. Rupanya tak perlu. Walaupun staff sudah bertukar syif tapi maklumat yang mama nak ambil balik duit tu sampai kepada staff seorang lagi. Bila dah check in dalam chalet siap ada courtesy call lagi.
Kepada sesiapa yang nak tidur sini mama nak pesan supaya bawa spray nyamuk sebab sini banyak nyamuk tau hihii.. (mama dah complaint melalui feedback from resort). Sekali pandang sebenarnya keadaan chalet macam buruk sebab ambient mcm x cukup dan bilik air style lama. Tapi bila dah duduk situ rasa OKlah juga sebab banyak lagi perkara yang best kat sini.
Ini alamat Shah Beach Resort Melaka
Tanjung Kling 9 km,
76400, Malacca
Terletak bersebelahan dgn Averly Melaka
Boleh book melalui Agoda, Booking.com atau Traveloka.
Tanjung Kling 9 km,
76400, Malacca
Terletak bersebelahan dgn Averly Melaka
Boleh book melalui Agoda, Booking.com atau Traveloka.
bestnya kak
ReplyDeleteBestnya selalu pi bercuti..mak akak tak sihat so akak x leh nak pi mana- mana buat masa sekarang..menarik la kat sini...macam best je
ReplyDeletelama tak balik Melaka. syoknya bercuti tepi laut. rasa nyaman je kan
ReplyDeletewow... bestnya mamapp... nice sharing leh p ni...
ReplyDeletewah dah lama rupanya.. lebih tua dari kita eh adda
ReplyDeletenyaman je nampak
ReplyDeletepemandangan cantikkkk....
ReplyDeletecantiknya scenery pantai tu! Siap ada main yatch mesti tenang je rasa bila lepak situ kan?
ReplyDeletecantik sangat Resort Melaka nih.. view alam nya juga bagus.. makanannya pun nampak sedap.. recomended nih..
ReplyDeletedekat ja dengan kampung saya ni =)
ReplyDeletewah bestnya...
ReplyDeletebestnyer. kalau duduk dekat buaian tu sambil tengok tepi laut mesti best.
ReplyDeleteWahh cantiknya kan pmandangan.bila la dpt pegi holiday mcm ni jugak. Bestnya sesekali pegi holiday lepaskn tensen. Best jugak cuci mata tgk tmpat org. Nak ikut jugeksss !
ReplyDeleteray suka gila kalau ada pool
ReplyDeleteBestnya resort ni sebab dekat dengan pantai
ReplyDeleteRumah mertua saya betul betul hampir dengan hotel shah beach ni.
ReplyDeleteada pool, pantai, harga berpatutan... memang terbaik
ReplyDeleteTenangnya tengok gambar laut tu.
ReplyDeleteRasa macam nak singgah juga sini balik makan kenduri di muo nanti :)
Terima kasih mamapp atas review ini..
ReplyDeleteLZ suka menginap di hotel berdekatan dengan pantai sebab suka duduk tepi pantai sambil berangan, hehehe
Seronoknya tepi pantai. Paling suka kalau view macam ni!
ReplyDeleteMemg best kalau parking sebelah chalet je.senang..xpyh nenapak jejauh..tgk keadaan chalet pun cantiklah kak
ReplyDeletesuka betul hotel berlokasi tepi pantai..rasa tenang jea dapat tengok permandangan pantai
ReplyDeleteSeronoknya Adda kalau dapat lepak tepi pantai macam nie.. Abang Man mesti suka nie..
ReplyDelete