Cara Menanam Pokok Betik

Sejak dua menjak ni mama tetiba suka Pula Menanam Pokok. Walaupun Tangan mama ni jenis panas tapi apa salahnya mencuba Kan. Officemate mama selalu juga membawa buah betik Dari pokoknya sendiri. Buahnya besar Dan manis. Tetiba terdetik Pula mama nak Cuba tanam sendiri. Mana tau selepas beberapa Bulan mama boleh Rasa hasilnya kalau Ada rezeki lah. Bagi beginner macam mama memang tak sama mcm org kampung yg campak2 terus tumbuh. Maka mama pun belajar la Cara Menanam Pokok Betik sendiri. Sebenarnya tak susah mana pun Cara Menanam Pokok Betik cuma keinginan aje Yang penting.

Keadaan pokok betik mama selepas sebulan setengah. Alhamdulillah berjaya jugalah mama tanam.

Jom mama share sikit Cara Menanam Pokok Betik Yang mama buat;

Mula2 mama cuci biji betik Dan keluarkan selaputnya. Mama rendam sekejap Dalam air panas. Kemudian mama jemur Di bawah matahari sehingga kering.

Setelah itu mama pun ambik beberapa biji benih, letak ke Dalam pasu kecil Dan timbus semula dengan tanah lebih kurang seinci tinggi tanah Tu.


Hari-hari mama siram. Hampir kuciwa jugalah sebab tak nampak apa pun Yang keluar sampai lah sebulan. Akhirnya keluar juga pucuk dia. Punyalah happy mama masa Tu. Mula2 takut juga ingatkan rumput haha


Seminggu selepas pucuk keluar terus beranak daun dia.. waa seronok mama tengok


Ops, lupa nak bagitau mama simpan lebihan biji benih yang mama jemur Tu. Mana lah tau kalau nak menanam lagi Kan. Mama simpan Dalam  dalam bekas bertutup yang kering. Ada Yang mama bagi pada kawan Dan dah tumbuh pun pokok dia.


Keadaan pokok betik selepas 2 Bulan.. dah nak kena pindahkan dah ni. Semoga terus subur tau. Mama nak makan buah korang ni.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdulillah..gembira kan mama bila mula nampak benih yang disemai bercambah...PC pun gitu...hehe..moga terus sht dan tumbuh subur pokok betik mama.

    ReplyDelete
  2. Bila benda yang kita target menjadi kan..macam tu gak ngan SA..tanam daun kari, pokok cili, serai dan baru- baru ni semai biji buah durian musang king...hahaha..dah tumbuh tau dalam polybag..nak hantar balik kampung dan tanam tunggu besar skit lagi

    ReplyDelete
  3. Kalau betik betina dapat makan buah,
    Kalau betik jantan gugusan bunganya buat sayur.

    ReplyDelete
  4. wahhhh bahagianya kalau apa yang kita tanam berhasil. tahniah kak pip! nanti nak pindah ke mana? hhehee

    ReplyDelete
  5. Semoga pokok betik tu berbuah ye kak. Tak sabar nak tgk hasilnya.

    ReplyDelete
  6. wah berhasil ya
    sudah tinggi waktunya untuk memindah ke pekarangan

    ReplyDelete
  7. Mudah2an dapatlah merasa hasilnya nanti.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, Ibu singgah blog walking ke blog sis mamapipie.

    Dulu campak je biji benih ni kat tepi rumah tumbuhlah betik ni.

    Hehe

    ReplyDelete
  9. teringin jugak nak tanam. thank you for sharing mamapie

    ReplyDelete
  10. sebelum ni memang tak pernah ambik tahu pasal bekebun, semuanya bapa yang buat..hihihi..

    ReplyDelete
  11. tanam sendiri..sangat menjimatkan..

    makan pun lebih puas

    ReplyDelete
  12. berkat usaha akak, nampak dah tumbuh ;D

    ReplyDelete
  13. Seronok menanam nie kan mama.. Nanti dah keluar hasil lagilah..

    ReplyDelete
  14. Saya teringin nak tanam macam macam pokok kak.dah ikut cara tanam yang betul pun tetap tak hidup..mesti mati.ada yang kata tangan saya panas.

    ReplyDelete
  15. wahhhh... terujanya tengok pokok betik mama.
    nanti share hasilnya ye.

    ReplyDelete
  16. saya dulu pernah tanam betik kat rumah mak saya last last tebang juga sebab mak saya nak simenkan je tapak tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post