Ada sesiapa suka makan ketam masak lemak? Mama nak pesan masa makan tu kena hati-hati sikit tau.. Yelah, bayangkan tengah sedap-sedap sedut isi ketam tetiba tersedak.. kan naya tu.. So, makanan ni adalah agak merbahaya tapi sedapp.. Jom kita tengok Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api.
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api.
Bahan-bahan
- 4 ekor ketam (dibersihkan)
- 10 biji cili api (kalau nak lagi pedas boleh ditambah lagi)
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- 1 inci kunyit hidup
- 1 helai Daun kunyit
- 1 helai Daun kunyit
- garam secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Bersihkan ketam dan masukkan ketam ke dalam periuk.
2. Kisar cili api bersama santan dan kunyit sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi ketam tadi.
3. Masak sehingga hampir mendidih dan masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Sentiasa kacau santan di dalam periuk agar tidak berketul dan naik minyak.
4. Tutup api apabila masakan telah mendidih dan isi ketam telah masak.
5. Sedia dihidangkan.
5. Sedia dihidangkan.
Tags
Resepi
ketam favourite tu
ReplyDeleteketam bukan feveret...
ReplyDeletekalau setakat tengok orang makan..
kira ok la tu..
tumpang gembira je
Sedapnye.
ReplyDeletetapi harga ketam sekarang mahalnye
Dengan nasi panas, bertambah-tambah tu.
ReplyDeletePerjuangan mencari lailatul qadr di teruskan malam ini. Selamat berjuang di malam 25 ramadhan.
ReplyDeleteSedap pekena ketam masak lemak
Mama singgah blog walking malam malam buta ni. Hehe. Baru makan tomyam pok tek ketam. Sedap. Masak lemak ketam pun sedap.
ReplyDeleteHuhu
sedapnya lauk ketam =)
ReplyDeleteSedapnya.. feveret Kak Sue jugak nie..
ReplyDeletenyummy x tertahan melihatt...
ReplyDeleteperghhh merecikkk hehe.
ReplyDeletetag akak kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html :D
Berselera tengok lauk ni tau!
ReplyDeleteSedapnya ketam masak lemak cili padi... Kalau aumi saya ni memang mengadap dia makan. Alahai kecur air liur.
ReplyDeletesodap ni kak.. trangkat kalo makan ahaha.. kena lagi panas2 tu pi kekah ketam hehe =D
ReplyDeleteLama tak makan ketam masak lemak ni. Aishh kena tggu lepas raya lah nak masak ni. Skrg barang mahal xboleh beli lagi. Hehe
ReplyDeleteYa Allah sedapnya nampak..
ReplyDeleteKesukaan Sha ini.. Lama tak makan..
ReplyDelete