Resepi Mudah Sotong Goreng Kunyit

Ini adalah lauk berbuka beberapa hari lepas. Dah nak masuk minggu ketiga puasa ni memang selera makan makanan yang simple aje sekarang ni. Makanan yang simple-simple macam ni lah yang boleh masuk tekak buat masa ni. Makan dengan dengan nasi panas dan kalau suka letak kicap sikit.. Sedapnya.. Sini mama nak share Resepi Mudah Sotong Goreng Kunyit yang memang mudah sangat. Kalau balik kerja dah lambat pun still sempat nak masak tau. Jom tengok Resepi Mudah Sotong Goreng Kunyit.

Sotong Goreng Kunyit. Alamak, gambar blur la pulak

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Bahan bahan:
Semangkuk Sotong yang telah di potong style bulat-bulat
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang cili merah - dihiris (takde stok, maka mama guna cili api)
1 sudu besar serbuk kunyit
2 biji tomato dibelah dua
Garam secukup rasa

Cara cara:
1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam kemudian diperapkan sebentar.
2. Panaskan minyak dan goreng sotong yang telah dilumur tadi. 
3. Bila sotong telah agak masak, masukkan bawang dan cili. Boleh tambah air sedikit jika suka berkuah tapi jangan banyak sangat air tu. Kaup balikkan sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan gaulkan sebentar. (Boleh juga tambah sayur lain seperti kacang panjang dan carrot, ikut selera).
4.Sedia untuk dihidangkan.. Senang kan.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Aduh sedapnya. Bolehlah masak kejap lagi ni

    ReplyDelete
  2. bulan puasa ni, selera makan tu biasa lagi, tapi tekak rasa nak minum air sahaja..terima kasih ya kongsi resipi ni,nampak senang,boleh saya cuba nanti =)

    ReplyDelete
  3. Alahaiii nampak macam sedap la pula. Boleh la buat esok

    ReplyDelete
  4. Okey balik nanti nak buat la..lama x buat..stok sotong ada...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wrmbth. Maznee singgah blog sis untuk blog walking petang selasa ni. Sedapnya sotong goreng kunyit. Nyum nyum

    ReplyDelete
  6. Apa khabar hari ni mamapipie. Mama singgah BW. Bagus juga, balik ni boleh singgah pasaraya beli sotong

    ReplyDelete
  7. Selamat berbuka puasa Ibu ucapkan kepada sis. Ramai orang masak seafood hari ni untuk berbuka

    ReplyDelete
  8. haritu pun umi kc ada masak sotong goreng kunyit. marvelous hehehe

    ReplyDelete
  9. tengok pagi2 ni...aduiii lapar pulak hehehe

    ReplyDelete
  10. Nyummmyy.. 😍
    Sedapnyaa lama tak buat, makan ni satu jenis lauk pun dah berselera

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. Sha suka masak camnie..simple..

    ReplyDelete
  12. makan dengan nasi panas ni memang lajak

    ReplyDelete
  13. alamak aii. sedap nyer!
    dah 2 entri pasal sotong goreng kunyit aida baca ari ni.
    so, esok wajib buat kot :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post