Resepi Puding Kastard Jagung Mudah dan Sedap. Assalamualaikum semua.. Mood mama kelaut lah sekarang.. Since tok Mat Pergi memang mood mama tak menentu. Cuma bezanya kali ni, kehilangan tok Mat mama masih boleh lagi berblog dan sesekali blogwalking ke blog kawan-kawan. Kalau masa Nenek Milah dulu mama terus menyepi selama 2 tahun. Cannot go laa.. Alfatihah buat mereka. Walaupun mood kelaut tapi mood nak tulis resepi tu datang pula.. So, hari ini mama nak share Resepi Puding Kastard Jagung Mudah dan Sedap.
Inilah kejadian Puding Kastard Jagung Mama.. buat siap-siap dan simpan dalam peti ais. Bila ada orang datang beraya boleh terus keluarkan dan hidang..
Puding Kastard Jagung sedia untuk dimakan
Jomlah kita sama-sama tengok resepi Resepi Puding Kastard Jagung. Kebetulan ayah syafi bawa balik 2 tin jagung manis. So, inilah hasilnya..
Resepi Puding Kastard Jagung.
Bahan-bahan:
1 tin jagung manis1 tin susu cair
150g tepung kastard (kalau nak guna sukatan tin, mama sukat anggaran 3/4 tin susu)
6 sudu besar gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lagi)
2 cawan air
Cara-cara membuat:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
2. Hidupkan api sederhana besar dan panaskan adunan puding tadi. Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak mudah hangus. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Kemudian tutup api.
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
2. Hidupkan api sederhana besar dan panaskan adunan puding tadi. Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak mudah hangus. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Kemudian tutup api.
Rupa adunan mama sebelum dimasak.
Rupa adunan selepas puding masak dan berkilat dah..Tepung jadi likat..
3. Tuangkan adunan puding tadi ke dalam bekas acuan / loyang dan biarkan sebentar di suhu bilik sehingga agak sejuk.
4. Selepas itu masukkan ke dalam peti ais dan bolehlah di potong dan dihidangkan bila nak makan.
Siap! Mudah, kan?
Tags
Resepi
Sedapnya.. teringin nak makan la pulak.. hehehe..
ReplyDeleteya Allah.. warna dia menggoda kalbu.. kalau makan sejuk2 lagi la.. nanti kita duduk dekat dah ko buatkan eh.. hehe
ReplyDeleteSedapnya...lama dah tak buat...bila tengok ni....aduhai terasa nak buat...makan sejuk-sejuk..nikmat.
ReplyDeletemencik arr mama ni. buat cik nor lapar mlm2 ni tgk puding mama..haha
ReplyDeletealaaaaaa da jadi teringin hehe.. kena buat la cemni tapi malas. time posa selalu suka ni tapi tak dapat yang sedap pun. last2 xmo beli. fobia =D
ReplyDeletesedap sekali
ReplyDeletejagung yang masih muda
sgt sesuai dibuat sbg pencuci mulut semasa rumah terbuka....
ReplyDeletesaya suka buat ni kak, senang
ReplyDeletelahhhh senang je rupanya! Nak try buat lah nanti :D
ReplyDeletesedapnyaaaa
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam Jumaat ibu ucapkan. Apa khabar sis mamapipie. Makan sejuk sejuk sedap ni
ReplyDeleteSedapnya mama. Buat berbuka pun sedap ni. Sejuk je masuk ke tekakkan...
ReplyDeleteSelamat hari raya ye mama!
Mama singgah blog walking di petang Jumaat. Mama nak cubalah buat puding kasted
ReplyDeleteNampak sedap.
ReplyDeleteSedapnya nampak kak. Aina mmg minat jagung2 ni. Boleh try nanti.
ReplyDeleteWahh saya baru buat smalam. Sedap
ReplyDeletewarna dia menarik. kuning cntik je. msti sedap ni..
ReplyDeleteLama xbuat . Fav ni
ReplyDelete