Lamanya entry ni terperam dalam draf mama.. sebenarnya inilah kedai Yang mama Dan ayah Syafi teringin sangat nak pergi tapi asyik takde rezeki aje.. hingga lah satu Hari Tu mama Dan ayah berjaya juga ngedate berdua Di Kedai Kopi Sebelas Shah Alam. Ada rakan Yang rekemen Kedai Kopi Sebelas Shah Alam sebab Tu lah Kami beriya nak ke sini.
Kepada sesiapa Yang nak try test makan kat sini bolehlah ikut alamat Di bawah:
Kedai Kopi Sebelas Shah Alam
No 9, JALAN WAU A 11/A,
Seksyen 11 40100 Shah Alam, Selangor
Tulisan Yang vintage.. Terasa macam zaman 70an pulak bila tengok ni
Mama Yang kelaparan order nasi set daging Bakar Dan sup tulang. Boleh tahan sedap sup tulang Dan daging Bakar. Tetiba teringat Pula masa mama makan Di http://www.mamapipie.com/2017/09/sup-gearbox-kedai-makan-zuraini-kota.html?m=1
Yummy.. sedap tau. Licin mama makan
Inilah makanan feveret ayah Syafi. Pulut kuning dengan sambal bilis petai
Air kopi 434 Yang memang favourite Kami.. kat sini Ada pelbagai kopi tau. Kopi kluang Ada, etc. Mama minum teh ais ni pun Terasa sedaapp Dan kaw
Kedai ini sesuai bagi mereka Yang nak bersantai2 sambil makan makanan atau kuih muih Yang ringan2. Sebab tulah waktu perniagaannya 6.30pagi hingga 6.30 petang sahaja
Senarai menu Yang Ada. Harga Yang berpatutan
Keadaan Di hadapan kedai Kopi Sebelas..
Kepada sesiapa Yang nak try test makan kat sini bolehlah ikut alamat Di bawah:
Kedai Kopi Sebelas Shah Alam
No 9, JALAN WAU A 11/A,
Seksyen 11 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu perniagaan 6.30pagi - 6.30 petang
Hari Ahad tutup
Tags
FOOD
Mungkin ada maknanya sebelas tu.
ReplyDeleteSbb tempat dia di seksyen sebelas shah alam rasanya kowt
Deletewah klasik kedainya =)
ReplyDeleteklasik kedai dia, warna teh ais dia menggoda sangat!
ReplyDeletecomel nau nama kedai dia, kopi 434 tuh memang sedap bak hang!
ReplyDeleteen hubby saya mesti suka kalau dapat mengopi kat tempat macam ni.
ReplyDeleteWahhh!! menarik ini. suasana kedai yang classy dengan menu kopinya yang jiwa tempatan buat saya teruja nak ke sana nanti. inshaAllah akan pergi kerana dah masuk dalam to-go-list coffee place
ReplyDeleteMenariknya sigboard dia kak. Old school gitu. Next kalau ke shah alam boleh singgah ni.
ReplyDeleteNampak sedap pulak tengok set daging bakar tu. Nanti boleh lah try pulak pergi sini :)
ReplyDeleteSalam Jumaat, Mama singgah blog walking.
ReplyDeleteWah best nie Adda, pulut tu nampak menarik sangat nie. Nanti kalau ke Shah Alam boleh singgah..
ReplyDeletennt MB jln2 Shah Alam blh singgah sini. tergoda nmpk daging bakarr. yummmy
ReplyDeleteApa maksud sebelas tu erk..terfikir akak dari tadi..kopi 434 memang sentiasa jadi pilihan
ReplyDeleteaduii sedapnya mama...lapar plk tiba2..
ReplyDeleteklasik pula tengok kedainya..bolehlah singgah sana nanti.
ReplyDeletetengok sahaja dah tahu sedap..
ReplyDeletealangkah beruntung dapat makan sedap sedap
terbaik la
sama la mama..suka tulisan yg gmbr 1st tu..nmpk rare..terasa oldschool gitu...menu pilihan tu pun nmpk menyelerakan...
ReplyDeletesedap nya. nanti saya gi shah alam boleh la singgah sini
ReplyDeleteade apa mknn yg istimewa ke kat sana?
ReplyDeleteBestnya dapat pekena kopi dengan kuih.. Memang santai je..
ReplyDeleteUnik nama kedainya.. Kedai Kopi 11
ReplyDeleteAda x nombor telefon kedai kopi sebelas ni.. nak call utk tempah berbuka puasa
ReplyDeleteAda x nombor kedai kopi sebelas yang boleh dihubungi. Nak buat tempahan lah..
ReplyDeleteutk tempahan iftar boleh call no ni ye atuck 0127071669 / 0173970038.. boleh masuk Ig dia utk maklumat detail @kedaikopisebelas
Delete