Mee Bandung Udang Galah Zie Resepi Bukit Kepong

Semasa mama melawat Galeri Darurat Bukit Kepong aritu [baca di sini http://www.mamapipie.com/2018/07/melawat-galeri-darurat-bukit-kepong-dan.html], mama sempat lunch Mee Bandung Udang Galah Zie Resepi Bukit Kepong yang terletak berhampiran dengan Galeri Darurat Bukit Kepong. Sebenarnya mama dah tau tentang Mee Bandung Udang Galah Zie Resepi Bukit Kepong lama dah. Officemate mama yang beritahu sebab dia dgn geng bikers dia nak pergi sana semata-mata nak makan Mee Bandung Udang Galah Zie Resepi Bukit Kepong ni.. Tentu sekali tarikan utama ialah udang galah yang besar tu.. Akhirnya mama pun dapat juga merasa..






Tu dia.. tengoklah udang tu besar pinggan kan. Satu pinggan ada 2 ekor pula tu..

Tengok gambar ni pun tetiba mama rasa terliur balik

Rasa mee bandung ni pada pendapat mama memang sedap. Memang sama macam rasa mee bandung muar yang selalu mama makan dan mama sendiri masak.. So, kalau sesiapa yang nak rasa mama berani rekeman..

Ada juga menu goreng-goreng di sini. Ini adalah nasi goreng kampung

Seperti biasa ini lah lauk anak bujang mama.. Nak buat macam mana dah ini je selera dia haha

Ini adalah senarai menu dan harga makanan di sini. Selain dari Mee Bandung udang galah yang berharga RM30, ada juga Mee bandung ketam dan sotong yang berharga RM18. Kalau nak mee bandung seafood iaitu semua seafood ada RM50. Mama rasa berbaloi juga harga dan potion seafood yang diberi..

Kedudukan Zie esepi yang terletak di tepi jalan

Overall memang puas hati dapat makan Mee Bandung Udang Galah kat sini. Mama yg ada masalah resdung ni risau juga takut hidung gatal-gatal selepas makan udang galah. Mama siap bawa ubat lagi tau. Tapi alhamdulillah memang tak gatal langsung. Mungkin sebab udang dia fresh kut.. Next time kalau datang lagi boleh cuba pula Mee Bandung Ketam pula.

Kalau korang nak ke sini bolehlah ikut alamat ni. Warung ini terletak betul-betul di tepi jalan dalam jarak 1km saja dari Galeri Darurat Bukit Kepong.
Zie Resepi
Alamat: Jalan Muar - Labis (Bukit Kepong), 84600 Pagoh, Johor
Masa beroperasi: 2pm – 9pm (ditutup pada hari Isnin)
No tel: 012-7933497 

Mama syorkan kalau yang nak datang dari jauh tu, silalah call no ni dulu. In case kalau warung tutup takdelah korang berputih mata kan..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

32 Comments

Words of wisdom

  1. nampak sedap tapi sayangnya saya tak boleh makan udang sangat..=)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah inilah yang dikatakan nikmaaat doooonia =D

    ReplyDelete
  3. banyak kali ke bukit kepong tapi tak pernah singgah. Kena try ni. Samala ada resdung. Mi bandung dengan udang kering, dengan udang lagi.pergh. Sakit tapi nikmat.Hahaha

    ReplyDelete
  4. waaaa.. sedapnya mee udang :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete
  5. Awat jauh pula kak. Menangis tepi bucu katil tgk gambar2 tu semua. Ingat kat kepong kl. Haha

    ReplyDelete
  6. mak aiii udang dia. kalau balik Johor leh singgah

    ReplyDelete
  7. teringin nak ke Johor n makan mee bandung ori...

    ReplyDelete
  8. salam kenal, nampak je gambar dah terliur, ni teringin nak ke sana.. jauh pula hehe terbaik

    ReplyDelete
  9. Sedapnya udang galah...

    Tag u for GA : http://www.huhahuhajerr.com/2018/07/giveaway-souvenirs-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  10. Salam sabtu dari Ibu Zaid. Udang galah tambah rasa manis dan lemak pada kuah

    ReplyDelete
  11. Sedap oi tengok udang galah nye tu mama, haha! rm30 dapat 2 ekor udang kira berpatutan dah tu

    ReplyDelete
  12. saya tengok gambar pun puas hati..

    udangnya saiz XXl

    bayar pun XXL juga hahahahaha

    ReplyDelete
  13. Tengok saiz udang tu pun puas hati sangat dengan harga kita bayar. Nak try jugak lah nanti

    ReplyDelete
  14. Tengok udang galah besar pun nampak sedap mamapipie..
    Bebila nak pi terjah sini jugalah..
    Thanks for sharing 💕..

    ReplyDelete
  15. Ya Allah dapat udnag besar macam tu memang puas hati. Sedapnyaa!

    ReplyDelete
  16. Ya Allah Ya Tuhanku..sabar je la tengok gambar makanan ni. Lapar :(

    ReplyDelete
  17. Tudiaaa punyalah besaq rasa sekrang juga nak pi try...

    tapi jauhnya tu tak boleh nak sampai lagi huhu

    ReplyDelete
  18. Mak oiiii...terliur plak akak ha...

    ReplyDelete
  19. udang tu sedap betul... terliur tgk pg2 ni hehehe

    ReplyDelete
  20. Dah lama tak balik Johor, nanti kalau ke muar boleh la singgah situ...

    ReplyDelete
  21. Besar udangnya...nampakkk sedappp tu..

    ReplyDelete
  22. mee udang memang ramai penggemar dia kan, tapi saya lagi suka makan mee rebus daging hehe

    ReplyDelete
  23. Mama singgah bertandang ke blog sis petang rabu ni.sedapnya, besar udang tu

    ReplyDelete
  24. adoiii dekat johor lah pula
    mengidam pula bila tengok

    ReplyDelete
  25. Bila2 lalu situ bolehlah singgah.
    Terpesona tenguk udang tu.

    ReplyDelete
  26. Tudia udang dia sampai nak penuh pinggan. Kak Sue sekeluarga suka kalau makan gerai tepi jalan macam nie..

    ReplyDelete
  27. amboi..udang tu..menggoda u..harga pun boleh tahan gak tu...tapi kalau worth it dengan portion dia, okey la kan..

    ReplyDelete
  28. terliuq tgok mee bandung..lahaiii

    ReplyDelete
  29. Content yang sangat bagus sekali gan,Perjuangankan terus ya,jangan lupa cekidot kita juga ya,hanya di AGEN BANDARQ

    ReplyDelete
  30. Lama xmkn mee bandung.. Meriah btul udang galahnya tu beso

    ReplyDelete
  31. Pergh!! Besar dan mengancam udangnya..

    ReplyDelete
  32. Mak ai meriah sungguh mee bandungnya tu kak.. Udang amikk sekor besar

    ReplyDelete
Previous Post Next Post