Melihat Minyak Gamat diproses di Nusantara Maju Langkawi

Langkawi dan minyak gamat memang tak boleh dipisahkan. Sebab tu kalau korang ke Langkawi mama syorkan korang pergi Melihat Minyak Gamat diproses di Nusantara Maju Langkawi. Sambil  Melihat Minyak Gamat diproses di Nusantara Maju Langkawi boleh shopping minyak gamat, pelbagai balm dan banyak lagi produk berasaskan gamat di sini.

Pandangan kedai dari tempat parking.

Tu dia.. sampai sini jangan lupa beli minyak gamat naa..

Kat sini kita boleh pelajari macam mana caranya minyak gamat dibuat. Dipaparkan segala bahan yang diperlukan untuk membuat minyak gamat. Dan di dalam bilik ini kita boleh melihat sendiri bagaimana kesemua bahan ini dicampur dan dimasak sehingga terjadinya minyak gamat.

Segala ramuan Dan Cara membuat minyak gamat dipaparkan Di sini

Inilah 2 kuali minyak gamat yang sedang dalam proses pembuatan. Jangan nak mengada-ngada celup tangan pula dalam ni ye.. Kang kalau jadi apa-apa siap nak tanggungjawab?

Kedai di sini memang terdapat banyak pilihan produk. Rambang mata juga mama bershopping. Harga memang murah berbanding Di luar.

Kalau nak ke sini boleh ikut alamat berikut. Lokasi betul-betul di tepi jalanraya boleh nampak kedai dari Jalan Padang Maksirat..

Nusantara Maju Langkawi
Alamat: Jalan Padang Maksirat, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 8:30PG–5:30PTG
Cadangkan pengeditan
Telefon: 017-207 6411

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Lawatan ke kilang sememangnya best. Satu pengalaman baru tu..

    ReplyDelete
  2. pergi ke langkawi kalau tak singgah ke mana2 kilang buat minyak gamat mmg tak sah kan... rasa mcm tak lengkap lagi

    ReplyDelete
  3. Wahh..last Syu datang sini masa tingkatan 3. Masih sama la. Tak banyak yang berubah ye. Dapur memasak minyak nya pun masih sama. Siap disuruh celup tangan dalam minyak panas tu. Dijamin takkan melecur katanya~ hihi

    ReplyDelete
  4. kat rumah mmg wajib ada satu minyak gamat ...mmg cepat je luka kalau sapu minyak gamat..

    ReplyDelete
  5. wah dapat pengalaman lagi di sana ye

    ReplyDelete
  6. pergi Langkawi..selalu nampak kedai ni...tepi jalan jer... selalu jadi tumpuan pelancong ke sini.

    ReplyDelete
  7. Yeah pernah singgah sini dulu. Sempat lah beli minyak gamat sebagai souvenir dkt kawan.

    ReplyDelete
  8. Rasa macam tak singgah sini, tapi ada singgah kat kedai yang jual borong. Sakan la Kak Sue beli borong minyak gamat dulu..

    ReplyDelete
  9. Pi Langkawi kalau tak beli minyak gamat memang tak berbaloi rasanya.. kikiki..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post