Sebelum ni mama ada cerita mama lunch di warung Janggus di sini http://www.mamapipie.com/2018/09/lunch-di-warung-janggus-langkawi.html. Malam tu pula kami Dinner Di Janggus Seafood Restaurant Cenang Langkawi tau. Buat pengetahuan korang kedua-dua tempat ni adalah kedai yang berlainan tapi ia berdekatan dengan hotel yang kami duduk. Ia terletak satu jalan tapi kedai berbeza. Not bad jugalah Dinner Di Janggus Seafood Restaurant Cenang Langkawi. Jom baca..
Baca juga travelog mama ke Pulau Langkawi
- Lunch Di Warung Janggus Langkawi
- Pergi Underwater World Langkawi
- Landcons Hotel Langkawi
- Dinner Di Janggus Seafood Restaurant Cenang Langkawi
- Pergi Wildlife Park Langkawi
- Shopping Coklat dan Makan Pasembor Ahmad Top Langkawi Di Kompleks Haji Ismail Group
- Pergi Kota Mahsuri Langkawi
- Makan Di Rasa Warisan Langkawi
- Melihat Minyak Gamat diproses di Nusantara Maju Langkawi
- Pergi ke Muzium Laman Padi Langkawi
- Makan Di Kak Yan Nasi Campur Langkawi Murah Dan Sedap
Ada indoor dan open air seat. Boleh pilih. Kami tentulah pilih open air. Boleh menikmati malam sambil melayan angin sepoi dari pantai Cenang.
Boleh pilih ikan, sotong atau seafood yang lain di depan kedai. Mama cuma belikan syafi sotong goreng tepung aje.. Dah itu makanan favourite kan hihii
Inilah sotong goreng tepung si Syafi. Kami ambil dalam 4 ekor total RM10 bolehlah kan... Sotong ni agak Liat sikit Syafi makan pun tak habis. Masak sotong memang kena ada caranya. Kalau sotong liat mmg potong selera lah sikit hihii
Mama cuba order bihun goreng saja malam tu. Kononnya tak nak makan berat. Puas hati juga kerana dalam bihun goreng ni ada juga seafood. Harga bihun ni RM10.
Nasi goreng kampung untuk ayah Syafi. RM6.90 saja..
Keseluruhan harga yang kami bayar around Rm40 campur 2 limau ais dan satu epal jus. Kat sini kebanyakan pelanggan adalah pelancong. Masa mama kat sini ada nampak pelancong Mat Saleh Dan Pak Arab so mungkin sebab tu harga slightly mahal sikit.
Ini adalah senarai makanan laut mengikut sukatan timbang.
Ini pula pilihan seafood yang ada. Kalau nak seafood ni kena timbang dulu baru tau harganya.
Lauk ikan dan Udang Kara serta Lobster. Tak berani nak makan lobster nanti gatal hidung pula mama.
Harga menu mee, bihun dan sayuran. Kalau nak murah sikit order goreng2 saja lah ye.
Kalau nak ke sini senang aje, tempatnya terletak di sebelah Hotel Landcons Pantai Cenang. Kalau dari Hotel Landcons kena ke depan sikit baru nampak Restoran ni. Selang dalam beberpa kedai juga lah.
Tags
FOOD
mahal jgk harga dia..:)
ReplyDeleteBetul mama...sotong goreng tepung kalau liat...nangis makan...
ReplyDeletelaprrr tgk gmbr makanan...biasa kalo kt penang nama janggus ni femes laksa janggus tp tk pernh try
ReplyDeleteOk la tu harga macam tu..kat Langkawi kan...alaaa..lama x pi Langkawi...
ReplyDeleteBanyak dah tempat makan kat Chenang sekarang kan kak. Tempat tumpuan pelancong memang harga pun mahal juga lah. Janji sedap.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteLamanya tak pergi Langkawi...tapi makanan di area Cenang memang harga mahal sikit lah.
ReplyDeleteSuka kalau pengkedai pamerkan harga macam nie.. senanglah nak budget nak ambik makanan laut tu berapa banyak..
ReplyDeleteNanti kalau pi Langkawi boleh la try makan kat sini Adda..
ReplyDeletemcm best je ni mama... nk kena try ni kalau ke langkawi!
ReplyDeletePergi Langkawi jugak baru2 ni tp tak singgah makan kt sini pula. Hehe.
ReplyDeleteMenarik jugak tu... Dah setahun lebih teman tak pegi jenjalan ke Langkawi... mmm...
ReplyDeletetahun lepas akak makan kat sini terkejut juga harga nya agak mahal. memang harga pelancong
ReplyDeleteMeehoon tu menyelerakanlah MP. Dan dann teringin nak makan meehoon hihi,... Lama tak pi Langkawi. Teringin ugak tapi nak bjuat apa ek kat sana. Terbayang dah tempat tempat dia. Semuanya dah pernah pergi
ReplyDeletelooks ok for Langkawi
ReplyDeleteLama tak datang Langkawi. Nanti ada rezeki datang sini nak singgah jugaklah
ReplyDeleteNasi goreng kampungg tu memang nampak sedapp lah pulak .rasa cam nk pergi makan ni
ReplyDelete