Semasa mama ke Pulau Pinang mama ada cuba Makan Di Restoran D'Sampan Pulau Pinang. Kedai ini kami junpa secara tak sengaja tapi memang berbaloi juga makan di sini. Kebetulan semasa tu kami on the way ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Perut pula dan berkeroncong maka kami pun cari tempat makan area yang dekat-dekat situ. Maka Makan Di Restoran D'Sampan Pulau Pinang la kami hari tu. Kami lunch di sana.
Jom Baca Travelog Mama di Pulau Pinang di sini:
- Makan Di Restoran D'Sampan Pulau Pinang
- Jeruk Madu Pak Ali Wajib Singgah Jika ke Pulau Pinang
- Hantu! Pengalaman Menyeramkan semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang
- Review Rasa Motel Batu Feringghi Penang
Menjalar ikan Kami. Ikan masak 3 Rasa. Sedap!
Kawasan Di luar restoran Ada disediakan gazebo seperti ini bolehlah makan bersila Dan bersimpuh ala-ala kampung.
Keadaan Dalam kedai. Memang Luas Dan tempat duduk memang banyak. Masa mama Di sini Ada 2 bas rombongan Yang datang makan Di sini.. still lagi banyak tempat kosong tau
Duduk mrngadap Sungai Yang bersih .. tapi hati-hati kalau Ada anak kecil korang kena selalu tengok anak tunsebab tiada pagar
Ikan bakar Sambal. Sedap juga
Ni antara lauk-lauk Yang Kami makan masa Tu. Semua ni mama order set saja.
Inilah set lauk Yang Kami order Hari Tu. Kami makan set c. Memang berbaloi Dan potion dia banyak. Pueh Hati.
Muka kekenyangan hihi..tersandor
Keseluruhan pengalaman makan di restoran ni memang best kerana tempat makan luas sesuai untuk rombongan dan hidangan sekeluarga. Parking memang mudah sangat. Owner peramah siap tanya macam mana makanan yang kami nikmati ok ke tak? Pada mama harga makanan di sini murah kerana kami bertujuh orang makan sampai kenyang siap tapau lagi sambal udang dan tomyam tau. Makanan yang disediakan juga pantas. Cuma layanan pekerja agak slow contohnya bila minta buka kipas, tak buka-buka sampai mama buat macam rumah sendiri saja hihi.. Lagi satu air kosong habis dan mama minta topup sampai kami balik tak topup pun.. Tu je laa
Walau apapun, Mama rekemen kalau korang nak try makan di sini memang berbaloi. Pergilah ke alamat berikut. Ia terletak bebetul di sebelah berek polis marin Gelugor:
D'Sampan Restaurant
Alamat: Gelugor, Pulau PinangTelefon: 016-569 2789
Tags
FOOD
Thanks for sharing info.
ReplyDeletenampak sedap menu2 ni semua...pasal layanan tu biasa jugk kena camtu..geram je kadang2 kan..tapi sabo jelah malas nak bising2..
ReplyDeletekecur je air liur tengok gambar makanan ni mama... ^^
ReplyDeleteNanti kalau saya ke penang, saya nak singgah la ke restoren ni
ReplyDeletesdapnya menu dia..:)
ReplyDeleteMakan kat gazebo tu pun best..
ReplyDeletewahhh....boleh masuk list restoran bila ke penang :)
ReplyDeletemenariknya gazebo tu. lain dr yang lain. makanan pun semua nampak sedap kak. boleh lah cuba nanti.
ReplyDelete