Review Rasa Motel Batu Feringghi Penang

Selain dari review Holiday Inn Penang hari ini mama nak buat Review Rasa Motel Batu Feringghi Penang pula. Selepas duduk di Holiday Inn kami book motel budjet pula di area Pantai Batu Feringgi juga. Tak jauh juga Rasa Motel dari Holiday Inn dalam 1 kilometer saja jaraknya. Syok duduk penginapan tepi laut ni tau. Jom baca Review Rasa Motel Batu Feringghi Penang pula ye.

Jom Baca Travelog Mama di Pulau Pinang di sini:




Pandangan dari hadapan motel. Tempat parking Ada di hadapan ni je. Mama book Rasa Motel menggunakan Booking.com berdasarkan review yang best dari pengunjung. Alhamdulillah stay mama di sini memang OK.

Feringghi Plaza Cafe terletak di dalam bangunan yang sama. Cafe in baru dibua. Ada jual sate Dan makanan lain juga. So kalau nak beli mkanan dekat saja kan. Tak perlu jalan jauh-jauh. 

Lokasi Motel ini agak strategik kerana betul2 terletak di tepi Jalan utama Batu Feringghi. Kalau nak ke night market cuma berjalan je la sepanjang Jalan tu di waktu makam. Pantai pun berdekatan saja.

Drink yang disediakan di dalam bilik adalah air mineral Dan 3-in-1. Setaraf hotel harga bajet lain juga. Alhamdulillah kami menginap di bangunan baru motel. Bilik bersih, nyaman dan dilengkapi dengan safety.

Di bilik ada siaran tapi mama tak ingat Astro atau Njoi.

Gambar katil sebenarnya mama puas cari tapi tak ingat la letak dalam folder mana. Itulah bahananya kalau buat post basi hihi.. Bilik yang mama book adalah bilik yang mempunya 3 katil single. Bilik takdelah luas mana tapi masih lagi selesa. Kebetulan masa tu adik mama tetiba nak join duduk motel ni juga. Maka kami combinekan 3 katil single ni dan tidur 4 orang. Alhamdulillah masih lagi selesa dan mampu membuat segala kuah lentang, etc semasa tidur hihi

Kalau nak iron baju Ada di luar bilik saja.

Bilik air Ada shower dan dilengkapi water heater. Bersih dan minimal saja.


Satu yang mama puji adalah sikap owner RasaMotel yang peramah dan sentiasa membantu. Contohnya beliau memberikan serba ringkas apa tarikan yang berdekatan motel serta memberitahu perkhidmatan bas etc yang berhampiran. Bonus point tu tau!

Kalau nak book boleh call as per name card ni

Keadaan di loby di waktu malam. Agak cozy dan ada mat saleh suka lepak duduk di kerusi di hadapan lobi motel sambil minum air yang diorder dari cafe. Nice!

Overall, Rasa Motel adalah satu tempat penginapan bajet yang mempunyai kemudahan yang serba lengkap. Walaupun bajet tapi ia masih lasi selesa dan kedudukannya memang strategik.

Berikut adalah detail Rasa Motel Penang.

Rasa Motel Penang

Alamat: Bayu Ferringhi Apartment,
Jalan Batu Ferringhi,
Kawasan Perumahan Sungai Emas,
11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Telefon: 04-881 2569


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. Okaylaa simple but nice ada kemudahan seperti tandas, iron, dekat dengan tempat menarik. :)

    ReplyDelete
  2. Nampak simple tapi menarik juga. Kemas je

    ReplyDelete
  3. kemas motel ni. iron & iron board penting kalau nak iron tudung hehehe

    ReplyDelete
  4. senang ada cafe ya. Bagus owner tu :)

    ReplyDelete
  5. Menarik motelnya.. bila servis best, buat selesa je nak menginap kan Mamapp..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post