Shopping Coklat dan Makan Pasembor Ahmad Top Langkawi Di Kompleks Haji Ismail Group

Shopping Coklat dan Makan Pasembor Ahmad Top Langkawi Di kompleks Haji Ismail Group. Korang kena bertabah dengan mama sebab entry tertunggak banyak ni.. walapun kami pergi Langkawi 2 bulan lepas tapi entry Langkawi mama tak habis-habis lagi. aduyaii nampak sangat mood M mama ni rajin menyinggah. Semasa di Langkawi kami berjaya Shopping Coklat dan Makan Pasembor Ahmad Top Langkawi Di kompleks Haji Ismail Group. Kalau ke Langkawi sure kena singgah sini especially bagi hantu coklat macam kami ni.







Baca juga travelog mama ke Pulau Langkawi







Inilah Komplek HIG tu. Memang besar, luas, murah dan syurga shopping.. Tempat ni sangat berbaloi utk dilawati. Harga semua barangan di sini memang lebih murah compare dengan kedai-kedai bebas cukai lain di Langkawi ni. Kat sini korang boleh shopping coklat, kitchen ware, house ware, perfume, minyak, balm dan macam-macam lagi.  Tempat parking di sini pun luas dan selesa.


Inilah antara coklat yang kami borong hari tu.. Puas hati makan pelbagai jenis ada. Kalau beli harga combo lagi murah tau. Total yang kami habis di sini dalam RM700 untuk coklat sahaja haha..


Makan Pasembor Ahmad Top Langkawi 

Selepas membeli coklat kami pun rasa lapar dan singgah makan di food court di hadapan kompleks HIG. Mama memilih untuk merasa Makan Pasembor Ahmad Top Langkawi .

Inilah pasembor pilihan mama. Boleh tahan sedap dan harga pun murah saja.

Pandangan hadapan kedai.

Antara pilihan menu yang korang boleh masukkan dalam pasembor korang.

Syafi order ABC di kedai lain. sedap

Lai chi kang ni pun sedap

Western food untuk Syafi. Sedap..

Kalau korang nak ke Komplek HIG boleh ikut alamat di bawah:

Kompleks Haji Ismail Group

Alamat: Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 10:00 pagi –10:00 malam
No tel: 604-9666005 / 604-9672714
Fax: 604-9670005

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. kalo ke langkawi tk sah rasanya kalo tk beli coklat...coklat aje dh beratus..lama btul tk pi langkawi..aritu pn kirim coklat kt adik time die cuti2 langkawi...pasembor tu nmpk sedap...lapar la plak

    ReplyDelete
  2. saya pun shopping sini masa p Langkawi kak, senang semua ada kt sini

    ReplyDelete
  3. Tak sah kalau tak beli coklat kalau g Langkawi kan mamapp. Hehe

    ReplyDelete
  4. dapnya...kalau pi langkawi, tak beli coklat..x sah lawatan..haha

    ReplyDelete
  5. Di situ tempat 'feveret' pelancong kalo pi pulau langkawi.. :)

    ReplyDelete
  6. bestnya...saya dah lama sangat tak ke langkawi

    ReplyDelete
  7. Aduhai..pasembor tu menggamit la....nampak sedap betul tu

    ReplyDelete
  8. datang sini kena bawak duit berkepuk nak shopping coklat dan macam² lagi :)

    ReplyDelete
  9. memang kalau pergi Langkawi tak singgah sini memang menyesallah...hehehe

    ReplyDelete
  10. Mak ai banyaknya shopping coklat. Rindu nk cuci mata dekat HIG ni.

    ReplyDelete
  11. Huyoooo.. Meriah sungguh coklat tu mampp..

    ReplyDelete
  12. Ada satu tempat rare di Langkawi tu... Nasi Dagang, tak ingat la pulak nama kedai tu... teman sendiri pun tak merasa makan kat situ sebab, pegi-pegi kedainya tutup la pulak...😂😭😭😭

    ReplyDelete
  13. Waahhh.ni part ni saffaa tak pergi lagi..cuti lepas ni boleh ajak family gegarkan langkawi pulakk..btw terliur tgok foodiesss

    ReplyDelete
  14. Sakannya shopping choc mama pipie! ahahaha. Rindu pula nak ke Langkawi. Dulu saya pernah stay sana setahun, memang makan choc je hari-hari. Penuh fridge, oh indahnya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post