10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh. Apabila bercakap
mengenai hidangan tempatan popular dalam negara ini, Ipoh kini menjadi salah
satu destinasi pilihan sama ada dalam kalangan pelancong tempatan
mahupun asing. Daripada nasi ayam, hor fun dan taugeh yang terkenal, bandaraya
Ipoh kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai kulinari tradisional, hidangan ikonik
dan tempat makanan yang tersembunyi. 10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh. Nikmati hidangan lazat & pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost.
Nikmati pengalaman merasai hidangan di
Ipoh di 10 tempat-tempat pilihan Halal terbaik
menggunakan pembayaran tanpa tunai yang mudah dan selamat menggunakan
aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost dengan pulangan tunai daripada “Shake
Rewards” selepas membuat pembayaran untuk setiap hidangan.
1. Miker Padang Ipoh
Sebuah kafe hipster yang terletak di Padang Ipoh,
Miker terkenal dengan hidangan Tom Yum dalam Kelapa dan piza-piza unik seperti
Crazy Cheese, Crazy Meat dan Ultimate Kampung yang mempunyai cili
padi dan ikan bilis. Pilihan masakan Barat seperti cop kambing (lamb
chop) dan ayam keju dipanggang juga disukai ramai.
Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 5.00 PTG
hingga 12.00 TGH MLM. Ditutup pada hari
Isnin
2. Char Kuey Teow Abang Sayang
Char kuetiau yang dihidang di Abang Sayang
bukan sekadar char kuetiau biasa. Kuetiau
di sini dimasak dengah kuah istimewa “Abang Sayang serta udang
besar. Sekali rasa, anda tidak lagi akan makan char kuetiau
biasa. Mereka turut menawarkan hidangan lain termasuk Nasi Ayam, Bihun Sup dan
Sate.
Alamat: No. 25, Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru
Bestari
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali
Selasa, 4.00 PTG – 1.00 PG
3. Restoran Warteg Ipoh
Terletak di dalam salah satu bangunan tertua di
Ipoh, warung moden ini menawarkan kaki makan pelbagai pilihan hidangan yang
diinspirasikan oleh rasa masakan Jawa. Hidangan yang wajib dicuba adalah Ketam
Raja dan Lobster dimasak gaya Jawa ala shellout. Selain makan laut segar,
cubalah nasi uduk dan kacang pol versi Warteg.
Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa,
30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 4.00 PTG –
1.00 PG, ditutup pada hari Isnin
4. Restoran Nasi Vanggey
Nasi Vanggey menjadi ikon makanan di Ipoh sejak
tahun 1955. Dihidangkan dengan nasi putih dan ayam goreng
bersama-sama pilihan hidangan sampingan lain yang menggiurkan serta ditambah
kuah signature – ini adalah kombinasi terbaik. Walaupun terdapat cawangan di
KL, kami masih cadangkan anda mencubanya di Ipoh, tempat asalnya.
Alamat: 5-A Lebuh 1, Pusat Perniagaan Greentown
Waktu Perniagaan: Dibuka 24 jam, 7 hari seminggu
5. Canning Dim Sum
Pilihan popular untuk sarapan pagi dan tengah hari,
restoran dim sum Halal ini menyediakan dim sum yang amat lazat dan mempunyai 50
pilihan untuk dinikmati. Salah satu hidangan paling
popular ialah Lau Sa Pau dengan 5 rasa enak – telur asin, bijan hitam, teratai,
coklat dan keladi.
Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning,
31400 Ipoh
Waktu perniagaan: 6.30 PG – 2.00 PTG. Ditutup pada
hari Rabu
6. Labu Sayong Café
Kafe menawan ini menyajikan masakan asli dan
tradisional Melayu Perak termasuk hidangan seperti Ikan Purba Kala
Sayong dan Rusuk Kambing Tongkat Ali. Jika anda mencari tempat untuk memuaskan
citarasa masakan Melayu tradisional,
Labu Sayong Café adalah tempat untuk dikunjungi.
Alamat: F2, Kompleks Silveritage Galleria, Medan
Gopeng, 31350 Ipoh
Waktu Perniagaan: Hari bekerja: 10.00 PG – 10.00
MLM
Hujung Minggu dan hari sebelum Cuti
Umum: 10.00 PG – 11.00 MLM
7. Assam House
Memenangi hati penduduk tempatan
lebih dari 26 tahun, Assam House adalah salah satu restoran Nyonya paling
popular di Ipoh. Sajian istimewa mereka yang wajib dicuba
ialah Kari Kepala Ikan dan Nyonya Lucky Pla'er.
Alamat: 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr.
Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu perniagaan: 11.30 PG – 3.00 PTG / 6.00 PTG –
10.00 MLM
8. Rojak dan Cendol Padang Ipoh
Untuk mereka yang menggemari rojak dan cendol, ada
yang mengatakan tempat ini adalah pilihan terbaik di bandaraya Ipoh. Kaki makan
pasti akan memesan Cendol Durian dan Pulut yang popular,
dinikmati bersama Rojak Pasembor, Mi Rebus dan Mi Goreng.
Alamat: No. 17, Jalan Tun Sambanthan 30020 Ipoh,
Perak
Waktu perniagaan: 10.00 PG – 8.00 MLM
9. Zul Yahya Steamboat
Penggemar stimbot wajib ke
restoran ini bagi menikmati stimbot dan BBQ gaya
bufet. Restoran Zul Yahya Steamboat merupakan syurga penggemar
makanan stimbot kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan
sama ada dibuat BBQ atau dimasak dalam sup istimewa mereka.
Alamat: No.1, 1b, Jalan Meru Bestari A8, Bandar
Meru Raya
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari pukul
10.00 PG – 12.00 TGH MLM
10. Restoran Fuziah
Restoran Fuziah Nasi Ayam atau lebih dikenali
sebagai Nasi Ayam Pasar Bulat digemari penduduk setempat sejak tahun 1980-an.
Hidangan popular ini berasaskan nasi beras wangi dimasak dengan minyak lemak
ayam serta ayam panggang digoreng garing bersama campuran sos soya sedikit
manis amat dinikmati oleh semua.
Alamat: 78, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: 11.30 PG – 10.30 MLM
Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store atau
App Store hari ini dan nikmati
pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan ganjaran
segera berbentuk pulangan tunai
Tags
FOOD
lapar pulak tgk gambar2 ni. hehe
ReplyDeleteBanyak tu kedai best di ipoh, nak save la nanti husniey nak rujuk
ReplyDeletethanks sharing
ReplyDeleteMudah-mudahan suatu saat bisa berkunjung ke Ipoh, saya sangat tertarik dengan hidangan tom yum dan pizza-pizza uniknya
ReplyDeleteKafe Miker tu nampak menarik tapi petang pula waktu operasinya.. Tak berpeluanglah nak singgah..
ReplyDeletedlm senarai tu pernh singgah yg Char Kuey Teow Abang Sayang...sedap..masa tu dinner lps kuar dr MAPS
ReplyDeletemasa mama ke maps aritu ada nampak kedai dia tapi sebab dah lapar sgt kitaorg pergi makan nasik hihi
Deletemama tgk gambar pun dah kecur air liur gak hihi
ReplyDeletewaduhhh lapar nya perut nih
ReplyDeleteBiasa makan nasi vanggay, sedap jugak.
ReplyDeleteMasa p aritu ipoh, tercari2 tpt mkn best. Main terjah je. Kalau ada lists ni, senang dah
ReplyDeleteSemua tu belum pergi lagi
ReplyDeleteRitu pergi Ipoh singgah kedai2 biasa je :)
Terima kasih sebab menjadi top komentor blog ejulz JAN 2019..
ReplyDeletehttps://ejulz.blogspot.com/2019/01/senarai-pengomen-tegar-jan-2019.html
Nanti boleh la refer sini kalau nak Cari makan di ipoh ye
ReplyDeletedulu zaman merja ipoh, selalu jugak lepak ipoh padang. satu lagi makan foodtruck kat dataran MBI.
ReplyDeleteBoleh refer sini kalau nak g Ipoh nant hehe.
ReplyDeleteIpoh ni mmg banyak tempat makan menarik, kalau saya nak tambahkan list, takut berjela hahaha
ReplyDeleteKalau balik kampung je mesti dah cakap awal2 dengan family nak makan apa haha
Betul tu tqa.. byk pilihan Kan.. ok tqa org ipoh ye
Deleteno 4 jer aida da merasa :)
ReplyDeletemaksud nyer, kena bermlm di Ipoh ni utk merasa hampir semua yg lain.