Hantu! Pengalaman Menyeramkan semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang. Di malam jumaat ini mama nak share berkenaan pengalaman travel mama yang agak menyeramkan. Memang seram sangat2 tau. Inilah satu-satunya tempat yang mama rasa mama buat mistake bila singgah ke sini. Asalnya kami baru saja menghantar auntie mama ke Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang. Selepas tu kami tercari-cari tempat berdekatan yang boleh jalan-jalan walaupun masa tu dah remang-remang petang dah. Mula-mula kami nak ke Akuarium tapi waktu tu Akuarium sudah pun ditutup. Last-last kami pun pergi ke Penang War Museum atau Muzium Perang Pulau Pinang. Mula-mula adik mama ada cakap tempat tu berhantu tapi mama seperti tak percaya. Uish takkan lah tempat pelancongan ada hantu kan.. Rupanya mama menyesal.. Hantu! Pengalaman Menyeramkan semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang
Jom Baca Travelog Mama di Pulau Pinang di sini:
Masa mula-mula masuk ke Penang War Museum ada ternampak papan tanda ni. Takde lah nampak pelik sangat kan. Lebih kepada fakta berkenaan tempat ni saja kan..
Namun begitu, mama dah rasa nak patah balik lepas kami mendengar taklimat dan penerangan auntie yang jaga kaunter tu. Tapi apakan daya masa tu kami dah pun bayar tiket. Auntie tu dengan selambanya menerangkan bahawa Penang War Muzium ni adalah tapak asal binaan tentera British pada tahun 1930-an dan kemudiannya telah diletupkan kubu ini apabila Tanah Melayu diserang tentera Jepun pada tahun 1941 supaya tidak boleh digunakan oleh tentera Jepun.
Selepas itu tentera Jepun pula menggunakan tempat ini untuk memenjarakan tahanan mereka dimana mereka menyiksa dan membunuh tahanan mereka di sini juga. Ada yang digantung dan ada yang dipancung!! Mama terlopong bila diberitahu sebenarnya tempat ni masih lagi dalam proses eksplorasi dimana terdapat satu terowong bawah tanah setinggi 4 tingkat ditemui dan dijangka terowong ini mungkin lebih dalam. Erkk.. terbayang2 mama akan pergi ke tempat sebenar org dibunuh dan disiksa pada suatu masa dulu. Dan kebanyakan tapak yang akan kami lawati adalah tapak sebenar kejadian perang yang berlaku lama dahulu.. Masa ni mama kuatkan semangat dan masuk jugalah ke dalam.. Takkan nak balik dah bayar tiket,kan.

Masa ni OK lagi.. baru nak masuk kan. Syafi sempat bergambar lagi
Ada tunnel macam ni dah buat gelabah dah mama. Ayah Syafi ajak Syafi masuk pun setengah jalan aje.. Mama dah terjerit-jerit panggil diorang keluar.. Mama yg over kan. Sebenarnya Masa ni mama dah rasa tak sedap hati.
Hantu!
Ni la tempat adik mama nampak Askar Jepun. Kalau tak silap ini tempat simpan bom. Tempat ni sebenarnya tak jauh dari pintu masuk. Bayangkan baru beberapa meter berjalan dan masa tu ayah Syafi dan adik ipar mama nak turun ke bawah. Tetiba adik mama yang bongsu tepuk bahu mama dan ajak ke tempat lain. Dia kata dia nampak "sesuatu". Erkk.. mama yg memang dah tak sedap hati ni memang tak pergi situ lah..Tak sangka rupanya kata-kata adik mama no 2 tu betul. Mistik dan seram sungguh berkunjung ke sini. Sepanjang di situ adik bongsu mama tak bagitau dia nampak apa. Tapi bila kami dah balik tu dia kata dia ternampak ada askar berdiri di kawasan bom tu Berdiri seperti sedang menunggu.. Dia kata mungkin dia tersalah tengok mungkin ke pekerja situ. Tapi mama memang tak nampak langsung ada orang kat situ. Bila ditanya askar tu pakai apa adik mama kata dia berbaju askar plain hijau.. . ermm..
Pada masa yang sama adik mama no 2 ni pun rupanya ada Ternampak Sesuatu. Dia pun dah cuak ajak anak patah balik main kat pintu masuk. Patutlah laju je dia meluncur ke depan semula.
Tempat bom tu. Org yang adik mama nampak tu mustahil pekerja disini, pakai askar pula tu. Tempat keluar dari sini ada Satu je iaitu tangga turun tu. Mana Ada org kan.. kan. Mama pun tak pasti pengalaman kami ni betul atau perasaan saja. Tapi mahkluk tu memang wujud, kan.
Mama pula disepanjang visit disini tiada gangguan melainkan ada rasa seperti Meremang di seluruh belakang mama sepanjang berada di sini sehinggalah mama sampai di hotel pun tak hilang lagi meremang tu. Mama pernah merasa meremang yang sama masa ni Perangai pelik anak aku akhirnye terjawab... punca kepada peristiwa pelik di sini Sungguh Tragis! Anak aku lari dari rumah . Keesokkann ada lagi tau meremang tu..
Disebabkan tulah sepanjang berada di sini mama tak tengok direct semua tempat yang mama pergi. Mama cuma tengok ekor mata dan banyak pandang ke bawah.. Taknak ambil risiko lah tertengok benda yang tak sepatutnya.. Kami explore kesemua kawasan tu tapi mama asyik suruh diorg cepat2 je. Lagipun Masa tu dah nak maghrib. Kebetulan tempat last kami tu jauh juga ke dalam Dan memang sekeliling hutan je yg nampak..

Ini tunnel 4 tingkat tingginya tu yang menurut pekerja tak habis explore lagi.. oh no mama takkan masuk.
Pill box. Tempat yg dibina Dan bukan senang nak guna juga. Silap2 tersekat dalam tu.
Tempat Ni boleh tahan luas juga. Ada yang kena panjat tangga Dan Ada yg kena turun.
Syafi Dan ayah saje yang Naik ke atas.. mama tlg ambil gambar je
Tugu peringatan bagi mangsa2 World war I, II Siam-Burma Death Railway, Malayan Emergency, Indonesian Confrontation, Re-insurgency Period
Pokok besar ni adalah salah Satu tempat banyak senjata lama dijumpai. Senjata2 tu dinyorokkan oleh askar jepun di celah2 akar pokok yg berjurai2 tu. Kat sini juga lah adik mama ada nampak kelibat hitam.
Huhu ngerinya tempat kena pancung ni. Adik mama ternampak kelibat di sini juga
Gambar tahanan yg Mati Dan diseksa. Terasa sedih Dan kasihan dengan penderitaan mereka. Siapnada pedang samurai Kat atas tu.
Tempat gantung pesalah.. tempat di hujung Dan takde org Kat sini. Kitaorg aje. Dah Le dah remang senja..
Syafi terjerit2 masuk dlm ni . so halfway aje dia masuk. Ayah dia suruh x nak dia. Terowong gelap oo..
Bila nak balik baru baca keratan akhbar ni. alahai. The 10 most spooky place to visit di Asia tu.
Ada ditawarkan utk grouping juga. Harga per pax lebih murah.
Night tour pun Ada aii ada berani kaa. Rupanya tempat ni adalah tempat favourite pemburu paranornal. National Geographic pun pernah buat cerita pasal Penang War Museum Ni Tau..
Mama x nak ulas apa2 tentang apa yg kami nampak dan rasa sepanjang berada di sini. Mungkin benar atau mungkin khayalan. Tapi adik mama yg dua org ni memang senang nampak. Mungkin sebab diorg Ada ilmu silat kot. Dulu Masa majlis kahwin mama Ada juga peristiwa mistik berlaku Dan mereka berdua termasuk beberapa sepupu mama yang Ada belajar silat nampak makhluk2 tu. Boyfriend adik mama siap ambil gambar dan mama nampak dengan jelas kelibat pocong huhu.. alamak tengah taip tetiba blackout pula rumah Ni huhuu..

Walau apapun pengalaman kami, tempat ini sebenarnya bagus mendekati dan mengenali artifak zaman perang dunia I & II memandangkan tempat itu adalah medan pertempuran sebenar. Ada tinggalan sisa-sisa bangunan, tempat persembunyian dan terowong yang dibina oleh British. Tempat bersejarah ini korang patut lawati. Terasa insaf juga lepas melawat ke sini.
Mama? Ohhh mama takkan ke sini lagi hahaha.. Bill dah balik baru tahu tempat Ni juga dikenali sebagai Bukit Hantu.. oh no!
Sambil tu jom layan video Ni
Mama? Ohhh mama takkan ke sini lagi hahaha.. Bill dah balik baru tahu tempat Ni juga dikenali sebagai Bukit Hantu.. oh no!
Kalau nak ke sini bolehlah ke alamat berikut;
Penang War Museum
Alamat: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya,
11960 Batu Maung, Pulau Pinang
Waktu perniagaan:
Ahad hingga Khamis dari 9:00PG–6:00PTG
Jumaat dan sabtu 9:00PG–6:00PTG, 8:00–10:00 malam
Telefon: 04-626 5142
bestlah berjalan =)
ReplyDeleteUittt.. Soram kak. Laki saya mmg buat masa ni apa2 muzium pn xbg saya n anak2 pi kak.
ReplyDeletemenarik juga tempatnya tp bila jupa hantu terus rasa x menarik nak gi.. huhuhu
ReplyDeleteAlamak dah la baca malam2. Seram pulak sambil membayangkan askar jepun yang jaga bom tu. Memang tak la kinah nak bawak si kecik ni.
ReplyDeleteBiasanya tempat macam ni nak masuk kena hati-hati yg bawa anak kena alert.. apa pun teringin nak pergi tempat bersejah macam nih!
ReplyDeleteberaninya akak msk sini, kalu dana lah, awal2 lg ke, ramai org ke mmg takkan masuk lah... jenis penakut hehehe
ReplyDeleterasanya pernah tgk kt rancangan apa yek, dia pegi melawat kt sini... tgk kt rancangan tu pun dh nampak menyeramkan tempat ni... dia siap pegi msk tunnel2 tu semua... mmg ngeri kak
Masa petang2 nak ke maghrib tu kalau ana pun x lalu nak masuk kak. Memang time dorang nak masuk keje sangat tu. Hehe
ReplyDeletebest ni.Ibu bapa pun terhibur kalo masuk sini,anak-anak apatah lgi, boleh tambah ilmu
ReplyDeletekalau dtg waktu siang x apa lg. jgn la dtg dkt Maghrib! seram dik non!
ReplyDeleteAlahai seram pulak baca. Tengok gambar pun semacam dah. Haha. Tempat2 askar jepun ni memang keras sikit sebab banyak berlaku pembunuhan :)
ReplyDeleteSha yang baca nie pun meremang-remang.. tak tengok pun gambar-gambar mamapp tu..Tak berapa nak berani.. baca tulisan je.. hahaha
ReplyDeleteZumal tak sampai lagi sini, pernah tengok kat rancangan jom jalan. Nanti nak terjah juga la.
ReplyDeletemana2 yang senang nak nampak benda2 ghaib ni, tak digalakkan datang sini. takut kena kacau nanti.
ReplyDeletebusyra lama x pergi muzium mcm ni.. hehe. last bila entah.
ReplyDeleteuish seramnyaaa
ReplyDeleteErkkk mmg seram Tau. Mungkin sebab timing pun x kena. Almaklumlah Waktu ptg remang ke senja. Ini utk prngajaran mama ni
ReplyDeleteKalau dah muzium pun seram ini kan pulak muzium perang.. lagi lah seram.. huhu
ReplyDeletesy mmg penakut, belum apa2 kang aku tejerit2 hahaha
ReplyDeleteberminat nak gi.
ReplyDeletetapi serammmmm :) hu hu hu hu...
tempat sebegini elok bwk anak2 utk tahu perihal zaman dulu kala.
biar jati diri ada dlm diri anak2.
macam seronok je jalan sini.
ReplyDeletesetelah setahun mama baca balik post ni dan mama teringat betapa seramnya datang sini huhu.. mama takkan dtg lagi sini memang seram sgt2
ReplyDeleteTempat kt pokok besar yg adik mama nampak tu dulu tempat simpanan senjata british.. Bila jepun ambik alih kubu tu, tempat simpanan senjata tu dijadikan tempat pengumpulan mayat2.. Pokok besar tu pon masih takde lepas jepun berundur... Pokok tu tumbuh sendiri dgn bantuan baja mayat hehe... Senjata tu sebenarnya tak disorok pon tp diorang letak kt tempat tu sanpai lah pokok tu besar.. Tu yg terselit2 kt akar2 pokok
ReplyDeleteOMG, seramnya.. patutlah subur semacam aje pokok tu. mmg keras tempat tu.. tq for sharing. BAru mama tau details cerita sebenar huhuu
Deleteberaninya mama singgah kubu jepun...
ReplyDeletebukan berani unaizah, sebab tak tahu hihi.. kalau tahu, mmg tak jejak sini dah
DeleteMak aih seram baca part adik mama nmpk kelibat..idak lah nak melawat kat sini...kita penakut...
ReplyDelete