Korang pernah makan cekodok jagung tak? Mama pernah makan yang selalunya versi manis tapi tak berapa berkenan sangat. Hari raya kedua haritu sepupu ayah Syafi ada buat cekodok jagung dan rasanya sedap sangat tau. Mama pun terus minta Resepi Cekodok Jagung Yang Sedap ni. Mudah saja nak buat. Ini bukan typical cekodok jagung tapi versi pedas dan sedap tau. Baru-baru ni mama masak sendiri guna Resepi Cekodok Jagung Yang Mudah & Sedap ni dan memang menjadi. Adik ipar mama pula yang suka cekodok ni.
Baca juga
- Resepi Egg Muffin Pizza Guna 5 Bahan Sahaja Mudah Dan Sedap
- Resepi Basque Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Mudah Dan Gerenti Jadi
- Resepi Ayam Bakar Madu Berempah Guna Air Fryer
- Resepi Otak Lembu Goreng
- Resepi Spaghetti Bolognese Mudah dan Sedap
Resepi Cekodok Jagung Yang Sedap
Jom kita tengok Resepi Cekodok Jagung Yang Sedap ni.. Ni anggaran saja korang boleh adjust ikut kesukaan korang.
Resepi Cekodok Jagung Yang Sedap
Sedap tau..Bahan-bahan:
1 biji bawang besar saiz besar
Segenggam udang kering - direndam dan bilas
4 biji cili merah - kalau nak lagi pedas boleh tambah lagi
400g tepung
sedikit garam
Cara Memasak:
1. Blend bawang besar, udang kering dan cili merah hingga lumat.
2. Campur kan dengan sweet corn dalam mangkuk.
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan air sehingga kesemua bahan melekat.
4. Masukkan sedikit garam dan goreng.
Rupa cekodok sebelum digoreng. Penuh jagung tu. Kalau versi sepupu ayah Syafi tepung tu lagi kurang.. nampak jagung saja.. tapi terpulanglah pada korang ye..
Siap dan sedia untuk dihidangkan..
Tags
Resepi
tengok gambar tu terasa nak makan cekodok jagung pulak. Nak kena cari jagung petang nanti.
ReplyDeleteDah lamanya tak makan cekodok jagung.
ReplyDeleteSedapnya.. teringin la pula
ReplyDeletesedap nih cekodok jagung
ReplyDeletesedapnya, suka rasa manis2 lemak jagung tuh kan...
ReplyDeleteNampak sedap dan menyelerakan..
ReplyDeleteboleh try resepi akk pulak, nmpk sedap
ReplyDeleteok ni first time ray dgr
ReplyDeletesedap..lemak2 pedas, mak selalu buat versi pedas ni..
ReplyDeleteNampak sedap pulak cekodok jagung akak buat ni
ReplyDeleteSedapnya . Cicah dengan sos thai
ReplyDeleteSy pn 1st time dgr..ada ya jagung cekodok
ReplyDeletedone screenshot!....lepas ni nak cuba..x prnh makan lagi cucur jagung
ReplyDeleteBiasa makan cekodok pisang je, tak pernah algi makan cekodok jagung. Rare ni..
ReplyDeleteSuka gak cekodok jagung..nanti nak buat la .
ReplyDeleteSedapnya. Pernah makan kawan buat. Sendiri buat belum lg. Hihi. Ni dh ada resepi bolehlah nnt buat plak. Hehe
ReplyDeleteermms edapnya hihihi
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang sedap dan enak ini.
ReplyDeletesaya penah buat cucur jagung ni n bw ke opis. rupanya x ckp sebekas. diorg ckp sy kedekut jagung pd hal 2 batang jagung sy guna hahaha
ReplyDeleteWah senang dan sedap ni
ReplyDeleteHoho memang sedap Kan..yg prnah buat tu sama x resepi mcm mama?
ReplyDeleteAnies.. mmg kena byk Jagung baru sedap. Lawas pun lawas nanti hihi
nampak sedap wei.. aku nak try la nanti.. tq eh share resepi..
ReplyDeleteaduhai. sedap nyer :)
ReplyDeleteni kalau minum ptg, air teh o panas.
sambil borak2, hmmmm semangkuk abis ni.
jagung manis plak tu. feveret!
Try la ita.. haah buat minum ptg Pon sodap Aida.. hmm mcm.nak repeat
ReplyDeleteAnak-anak suka cekodok jagung. Selalu buat guna jagung tin heheeee.
ReplyDelete