Kami Accident di Highway LPT2 Kerteh Terengganu

Kami Accident di Highway LPT2 Kerteh Terengganu. Kalau Korang lihat Instagram Dan Facebook mama tentu sekali korang tau yang mama bercuti ke Pulau Redang Terengganu since last week bersama adik-beradik mama Dan keluarga. Percutian yang sangat awesome. Nanti mama cerita ye. Semalam on the way balik ke Shah Alam, malangnya Kami Accident di Highway LPT2 Kerteh Terengganu..

Ini bukan kereta kami. Ni kereta adik yang accident tu. Semasa bertolak dari Kuala Terengganu pukul 2.10pm memang hujan mencurah2. Sepanjang jalan pula memang on off hujannya.. Masa kejadian kami berada di lane kiri Dan adik yang Bawa saga ni nak potong kami. Tetiba dia hilang kawalan Dan terpusing2 depan Mata kitaorg Dan Akhirnya langgar divider di sebelah kiri. Tetiba tayar dia tercabut Dan tergolek ke arah kami... Nak elakkan kereta dia maka terpaksalah kami redha langgar tayar tu..

Teruk juga kereta adik tu.. mama Rasa dia langgar lopak air. Tayar dia teruk gak botaknya..

Ni la tayar tu. Besi terpacak tu yang kami langgar Dan lalu bawah kereta.. Selepas tu Terus enjin bunyi pelik.. 

Ni keadaan kereza kami. Bumper depan rosak, no plate tercabut.. bahagian bawah kereta kemek. Sebab tu enjin mengaum2

Bumper.. Kat bahagian bawah enjin yg effect banyak.. Alhamdulillah kami semua tak panik..


Kronologi Selepas Kemalangan..


Selepas accident kami terus berhentikan kereta di tepi jalan.. gerak slow2 sebab enjin dah Ada bunyi pelik dah.. Then mama call no LPT2 Dan bagitau Ada eksiden.. orang tu kata dia akan  hantar peronda. 

Selepas tu mama call Etiqa insuran pula bgtau keta eksiden Dan x Boleh gerak.. insuran pula bgtau dia akan Cari bengkel panel terdekat.

Tak lama lepas tu bengkel call mama Dan WhatsApp  no tow truck Dan no plate serta no contact person. Dia pesan Kalau no plate tow lain dtg jgn layan Dan bagitau dah Ada tow dah..

Tak lama lepas tu peronda  sampai letak kon di kawasan tu Dan jaga lalulintas.. pihak peronda interview drivers, ambil no touch n go Dan Mula alihkan kereta saga yg Ada di tgh jln..


Then, polis trafik pula sampai. En polis bagitau pihak bengkel yang call.. ambil gambar Dan interview kami sikit2. Sebelum pergi dia pesan suruh kami buat report di balai polis Dan pesan adik tu pun kena buat report..

First time kami accident Dan first time kami naik tow truck.. mama Ada upload video kami naik tow truck di FB story. Tq Tau ramai yg DM mama tanya khabar..

Setelah 3 jam menunggu Akhirnya tow truck datang dalam kul 7. Serentak dgn tow truck saga.. merasalah mama sekeluarga Naik tow truck.. dalam kul 8 baru sampai ke Bengkel Kereta Kemaman.. disebabkan bengkel dah tutup maka keesokkan pagi baru mama Pergi buat report polis Dan pergi bengkel. Ah Loong driver tow truck merangkap pekerja bengkel BKK jadi driver kami Dan suggest hotel terdekat.. Alhamdulillah..


Hari Ini

Pagi2 Ah Loong pekerja bengkel BKK datang ke hotel ambil kami untuk buat report di Balai Polis Kemaman.. Mama terjumpa pegawai penyiasat trafik Tuan Hasan bin Md Lazim yang kami jumpa di highway semalam. Dia kata adik Haikal tu x buat report lagi..


Dia bgtau smlm dari keadaan kedudukan kereta Boleh nampak mcm Mana ia berlaku.. Setelah selesai buat report, kami bayar kompaun RM4,jumpa peg penyiasat untuk sign.. setel hal di situ..

Lepas tu Ah Loong Bawa kami ke bengkel untuk urusan tuntutan insuran.. dokumen paling penting yang kena Ada ialah cover note insuran kereta (mujur mmg Ada dlm kereta, geran kereta (Ada mama scan Dan letak dlm hp n laporan polis.. alhamdulillah mudah urusan kami. Ms May tolong isi borang, lukis2 fakta kejadian sikit.. setel dah urusan claim insuran. Cuma setakat Ni kami Boleh claim insuran sendiri sebab adik tu belum buat report lagi. Lepas buat report baru Boleh claim insuran dia..

So sekarang kami tengah tunggu adik ambil kami balik shah Alam esok Dan tunggu kereta siap repair di bengkel. Mula-mula kami takut juga nk tinggalkan kereta di BKK tapi Selepas lihat keadaan bengkel yang besar, proper, friendly Dan helpful staff maka kami sangat berpuas hati Dan confident utk tinggalkan kereta disini. Semoga cepatlah sihat si purple kami..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

32 Comments

Words of wisdom

  1. Allah, seriau bila dengar kes accident ni. Alhamdulillah mama sekeluarga tak de apa-apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kinah syukur sgt2 kami semua ok

      Delete
  2. Mudah2an segala urusan dapat diselesaikan.
    Bahaya juga kereta lama ni, sampai boleh tercabut tayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Tak proper servis kot wak. Almaklumlah student u pakai.. adik Haikal tu pun sebenarnya nak Bawa balik kereta ke Kampung sebab dah habis belajar.. konvoi dgn geng2 saga dia

      Delete
  3. adudu. LPT ni banyak dah makan kereta. berhati-hati la lagi2 dalam hujan kan. nasib baik takda kehilangan nyawa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga aiman.. mama lihat byk serpihan kereta Tempat kami eksiden tu

      Delete
  4. Allahu.. macam teruk juga tu kan Adda. Nasib lah tak jadi apa-apa kat korang semua, Alhamdullilah. Semoga dimudahkan semua urusan ya Adda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kqmi ok. Tq kak sue atas doa

      Delete
  5. Saya fikir keadaan jalan LPT ni memang bahaya la. Pernah lalu dua kali kot, dan dua2 kali tu la ada eksiden kami saksikan.

    Mujur ya tak ada kemalangan jiwa. Alhamdulillah, syukur nampaknya dipermudahkan segala urusan.

    Saya pun pernah alami kemalangan satu ketika dulu, ketika isteri sarat mengandung anak sulong kat PLUS, berdekatan Slim River. Punca lopak air juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah.. mujur takde apa2 ye so isteri tu.. mama lihat jalan di lpt Ni bumpy sebab tu senang Ada lopak air

      Delete
  6. Syukurlah semua selamat. Semoga dipermudahkan segala urusan, Mamapp.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, akk n family Selamat. Moga kereta cpt sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. tu laa semoga cepat sihat la cik purple akak tu.. kesian dia kena tinggal Kat ganu

      Delete
  8. Allahu.. takziah mama.. syukur semua selamat. semoga kereta mamapp cepat siap..

    ReplyDelete
  9. Tq dilah.. mama pun harap kereta cepat siap

    ReplyDelete
  10. Seriau pulak kita sbb kita selalu ke Paka lalu LPT2 tu haaa..tapi memang berhati-hati takut sebab biasa sorang aje.
    Nampak je lenggang jalan tapi kalau benda nak jadi kan..takuttt
    Moga dipermudahkan urusan Mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Lin org ganu rupanya..mmg lengang Kat situ tapi kena hati2.. mama lihat byk Tau serpihan kete Kat Tempat tu adoii

      Delete
  11. Alhamdulillah...nasib baik takde kejadian yang lagi teruk..menakutkan la tengok keadaan kereta tu..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, mujur mama dan keluarga baik2 aje...thanks mama share pasal ni, lepas ni kalo jadi ape2, insya'Allah senang dan tau dah ape nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga pengalaman mama Ni Boleh dijadikan panduan utk Kita.. ma pun saja coreykan di sini sebagai kenangan

      Delete
  13. Alhamdulillah.. Syukur mama dan keluarga selamat.
    Highway lpt tu mmg beralun. Waktu hujan, lagi la bahaya kan.

    Allah beri ujian, Allah permudahkan urusan mama. Dari pengalaman mama ni, dpt kami jadikan contoh teladan. Ira tak terfikir pun pasal nk print polisi insuran dan letak dlm kereta. Ira pnya polisi insuran duk dlm emel je 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga memberikan teladan Dan info kpd semua.. Kalau scan Dan simpan Dlm HP cover note Dan geran pun ok juga ira..

      Highway tu mmg beralun kan

      Delete
  14. Highway LPT1 dan LPT2 memang bahaya bila waktu hujan lebat... Air bertakung di lorong tengah yang boleh mengakibatkan kereta hilang kawalan... teman sendiri pun pernah kena... waktu hujan lebat sebuah kereta memotong dengan laju dan terbabas langgar divider... eksiden di highway LPT juga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. mmg sama kes dgn mama la.. aisny ok x

      Delete
  15. tgk roda kereta yang tercabut tu sy rs serius sbb membayangkan kalaulah itu roda lori...adushhh nauzubillah...

    alhamdulillah yg penting semua selamat

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah mamapp dan keluarga selamat.. Mujurlah dapat bengkel yang bagus..

    ReplyDelete
  17. dugaan...
    alhamdulillah, nyawa semua selamat :)

    ReplyDelete
  18. aduhai... dugaan betul lah kak, mcm dana lah 2 tahun lps kita tak langgar org tp kene langgar.... sebulan jgk lah kete tu ddk bengkel...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post