Keropok Losong Adik Beradik Kuala Terengganu

Sementara mama tengah draf entry Pulau Redang yang tak siap2 lagi tu mama nak cerita yang mama sempat beli keropok lekor di Keropok Losong Adik Beradik Kuala Terengganu aritu.. Nasib baik mama cuma beli RM 20 keropok lekor saiz kecil di Keropok Losong Adik Beradik Kuala Terengganu. Banyak tau dapat 4 bungkus keropok lekor. Kami beli keropok Kat sini last day kami di Terengganu. Lepas beli terus masuk highway untuk balik Shah Alam. Masa tu yang kami accident tu.. Apa jadi dengan keropok lekor mama selepas accident dan tersadai selama 2 hari kat sana? Nanti mama cerita ye..

Baca juga:

Ni lah tempat Keropok Losong Adik Beradik Kuala Terengganu

Ni antara keropok yang dijual. Keropok kering pun Ada tapi mama Tak beli sebab Ada byk keropok kering yg kawan ayah Syafi beri.. Harga keropok lekor RM1 utk saiz Besar Dan RM1 untuk 4 keropok lekor saiz kecil. Siap ada sos sekali dalam tu. Mama beli RM20 keropok lekor kecil sebab malas nak potong2 dan mama beli yang biasa, bukan vacuum.. 

Dapur

Ada pelbagai sos dijual dgn harga yg RM3 je. Sos buatan sendiri dari Keropok Adik Beradik ni pun ada RM3 juga. Mama beli 2 botol

Apa jadi dengan keropok lekor kami?

Sebenarnya mama sangat risaukan keropok lekor ni.. Ye lah 2 hari tersadai kat KT tanpa ada peti ais kat hotel tau.. Keropok tu cuma disimpan dalam bilik beraircond aje.. Bila mama sampai ke Shah Alam selepas 2 hari mama terus masukkan dalam freezer.. Weekend tu mama keluarkan dan rebus balik.. Alhamdulillah keropok tak patah-patah semasa direbus menandakan ia still fresh. Bila mama goreng dan makan pun alhamdulillah rasanya tetap asli.. Sedap!

So kesimpulannya, memang tak rugi beli keropok lekor ni.. Sedap dan kaya dgn rasa ikan. Plus point bila keropok lekor ni rupanya tahan beberapa hari tanpa masuk fridge.. Alhamdulillah rezeki mama. Sos yang dibuat tu memang sedap untung mama beli 2 botol extra aritu..

Kat bawah ni detail kedai ni ye

Keropok Losong Adik Beradik Kuala Terengganu

Alamat: Kampung Kuala Hiliran,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu
No Telefon: 09-631 3884
Waktu perniagaan: 9:00pagi–7:00petang







mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. suka kopok losong ganu..nk2 ngan sosnya..pernah masa cuti2 kuantan pastu singgah ganu bli kopok..mkn fresh2 yg die br buat

    ReplyDelete
  2. selalunya keropok lekor terengganu nih mmg dibuat fresh n banyak ikan, sbb tu lah dia elok n tahan lama... gitu

    ReplyDelete
  3. Berbaloi bila beli dan bawa balik masih sedap rasanya mamapp kan..

    ReplyDelete
  4. favorite sy kalau keropok lekor..kalau dari Terengganu ni mesti sedap punyer..hihi

    ReplyDelete
  5. wahh apa niii apa niii buat kc jelessss! hahahaha

    ReplyDelete
  6. kopok lekor rebus..sedapnya..

    ReplyDelete
  7. Kalau ke Tengganu r Kelantan mesti singgah Losong cari keropok

    ReplyDelete
  8. 1 lg tmtp yg sy suka pergi dekt dungun..keropok seri sura.. Pon sedap keropoknyaaaa..sebabpernah belajar kt dungun 3 tahun..tmpt tu famous jugak sebernarnya

    ReplyDelete
  9. Itu dah dekat sangat ngan kampung akk tu mama..tapi akk tak berapa suka kat situ, akk prefer yg kedai seberang jalan nama keropok adnan..selera memasingla kan. Tapi mama you should try keropok lekor yg dia goreng terus kat situ ya Allah ampunnnn sedap giler mama. Kalo balik kampung pagi2 dah suruh anak pegi beli buat sarapan..aduihh..rindu ngn kepok leko

    ReplyDelete
  10. Kalau diorang bleh post pun best gak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni terbaik, kan.
      dpt la kita seMalaysia merasakannya.

      aida ada makcik di kt. so, kalau makcik balik kampung sini, confirm akan dpt seplastik kepok losong ni, mamapp & SA.
      now dah maju, dlm seal pack yg terjamin ok.

      Delete
  11. Glamour adik beradik ni kat KL sebab abang saya balik pun cari keropok adik beradik jugak nak bawak balik KL

    ReplyDelete
  12. Keropok dari Kelantan dan Terengganu memabg sedap. Walau kat tempat kak ada juga orang buat tapi rasanya tak sama dengan yabg sana.

    ReplyDelete
  13. Kalau pergi Terengganu tak sah tak bawak balik keropok lekor kan 😋😋

    ReplyDelete
  14. wajib ke losong if nak beli kepok lekor.
    dulu kala, aida ingatkan word 'losong' ni hape lah.
    rupanya, nama tempat :)

    ReplyDelete
  15. sy pun risau juga kalau keropok lekor tak letak dlm peti ais. sbb penah kena keropok lekor jd berair sbb terlupa nk msk kn dlm peti ais wpn xsmpi sehari beli...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post