First Time Makan McDonald Ayam Goreng Extra Spicy 3X

Ini adalah aksi berani mati mama bila akhirnya berjaya mengumpul kekuatan untuk First Time Makan McDonald Ayam Goreng Extra Spicy 3X ni. Lama juga mama fikir2 sebelum beli Ayam Goreng Extra Spicy 3X yang mana tahap kepedasannya tiga kali ganda dari ayam goreng MCD biasa hohoo.. Sedangkan Ayam Goreng McD yang spicy pun dah pedas, bayangkan macam manalah nak makan yang 3x ganda lebih pedas pula.. Ada berani ka?

Tu dia, bila buka kotak tu dia.. merah menyala ayam dia ko.. Tengok kaler dia pun dah rasa ngeri.


Ayam Goreng Extra Spicy 3X Limited Edition Menu Dari McDonald

Sejak sebulan dua ni menu edisi terhad dari McDOnald ni memang famous sekarang. Sebenarnya mama selalu tengok di YouTube cabaran makan Ayam 3x Extra Spicy ni. Mcam-macam ragam dan terhibur juga bila lihat kerenah youtuber semua bila mencuba makan ayam ni. Ramai juga artis yang cuba makan juga. Mama sendiri memang dah ada keinginan untuk mencuba tapi perlu kumpul kekuatan dulu sebab mama sekarang tak berapa tahan pedas macam zaman muda-muda dulu.

Padanan yang sesuai dalam set McDonald Ayam Goreng Extra Spicy 3X. Nasib baiklah ada juga ice cream McFlurry Cempedak ni so mama makan ni dulu kasi sejuk mulut.. Makan makanan manis ni kena beringat kan. Sesekali tak mengapa. Untuk special occasion macam ni apa salahnya, kan.

Selepas beberapa suap makan eskrem maka mulalah mama makan ayam tu. Pada suapan pertama tu dia... Dah berapi dah dalam mulut.. memang pedas giler dan pedas dia tu buatkan dalam mulut Kita Rasa berbahang panas tau.. kelam kelibut mam makan sambil minum air. Tapi air tu tak dapat kurangkan pedas tu pun. Lagi lah tak tentu arah mama. Mama almost give up nak habiskan ayam pertama tapi mama cuba lagi makan.. Kali ni mama Cuba tahan tak minum air. Kesannya memang kurang sikit kepedasannya tu tapi masih pedas gila.. acaner tu..

Akhirnya habis juga ayam 2 ketui. Sos tu letak sikit je mama dapat cicah 2-3 Kali je. Lepas tu x cicah. Kerak tak makan pedas sangat woo..

Where Got Spicy Challenge

Walaupun challenge ni dah lepas tapi mama ada lihat beberapa orang buat challenge ni dan mama kagum dengan mereka yang lulus chalannge ni. Korang kena makan ayam ni tanpa kedip mata tau. Mama memang tak mampu lah. Makan sendiri pun terasa nak nangis. Punyalah lama nak habiskan 2 ketul ayam tu. Kalau ayam super pedas ni kembali lagi korang yang berani tu cuba lah ye.



Petua Makan Ayam 3x Extra Spicy McDonald

Jangan Minum Air

Based on pengalaman mama, mama syorkan korang kalau makan ayam ni jangan ulang minum air. Seeloknya tahan aje kepedasan tu. Sebab kalau korang minum air, ia akan semakin memburukkan kepedasan seperti bom dalam mulut korang tu. So, pastikan kalau makan tu, jangan minum air ye. Kalau pedas sangat berhenti lah sekejap, dan kemuadian sambung makan.

Minum Air Susu

Kalau di atas tu mama syorkan korang jangan minum air kosong atau apa-apa air. Tapi kalau nak minum susu boleh. Sebab susu ni sebenarnya ada bahan yang boleh neutralkan rasa pedas dalam mulu. Agak boleh membantu lah untuk kurang kepedasan tu. Try lah baru tau.

Apapun, mama nak ucap good luck pada korang yang nak mencuba.. Eat at your own risk ok..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Sha sampai sekarang tak berani nak cuba.. yang pedas biasa pun sha tak tahan, kalau yang ini mau pedih perut..

    ReplyDelete
  2. Huiiii...tgok gambar sedap..tapi akak tak berani nak makan..perut baru nak ok...

    ReplyDelete
  3. haahlah. ayam goreng merah menyala betul. nak try rasa jugak sekali dalam hidup..haha..tapi tulah tak berkesempatan nak pergi mekdi..

    ReplyDelete
  4. bg dana walaupun pedas tp masih ok lg di mulutku, cuma perut rasa panas sikit heheheh...
    akak kalau amik ni jangan minum ngn air gas, mmg jd rasa lg pds

    ReplyDelete
  5. tak boleh makan pedas sebab perut memang tak tahan

    ReplyDelete
  6. Kerak dia memang saya letak tepi je sampai kesudah tak sentuh.
    Pedas nauzubillah. Malalm tu jugak sakit perut. Nasib baik dalam peti ais ada Vitagen. Hilang sakit perut hahaha

    ReplyDelete
  7. haritu ammi pun dah cuba. pedaslah jugak. tapi encik suami makan macam takde perasaan. confuse isteri dia ni.

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaaa. tetiba craving lagi haha. tp tu la nak tanggung azab sakit perut esoknya tu la mcm mmpi ngeri. tp sedappp

    ReplyDelete
  9. aida tak try ni tau.
    sebab makan yg biasa pun dah terasa pedas nyer.
    tak boleh imagine kalau aida makan yg ni.

    ReplyDelete
  10. sy mmg x mkn laa sbb jenis perut yg cpt meragam kalu mkn pedas hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post