Review Bayou Lagoon Park Resort Melaka dan Junika B Bayou Lagoon

Review Bayou Lagoon Melaka dan Junika B Bayou Lagoon. Ini adalah antara entry lapuk mama yang tak sempat-sempat nak completekan sehinggalah selepas 2 bulan huhu.. Dah lama mama nak buat Review Junika Bayou Lagoon resort ni tapi tu lah, macam-macam perkara yang perlu mama prioritykan atau erti kata lain ada sedikit mood M hihi.. Jom baca Review Bayou Lagoon Melaka dan Junika B Bayou Lagoon dari mama..


Bayou lagoon ni selalu mama lalu bila nak balik Muar tapi tak pernah nak singgah. Tapi tak sangka akhirnya sampai juga kitaorg padahal ipar-ipar dan adik akak dah sampai pun ke sini

Kami book suite dari Junika B Bayou Lagoon. Mama book secara online hotel ni. Tapi sebelum Tu bermacam2 pertanyaan mama pada En Junedi pemilik unit ni. Alhamdulillah tq kepada En Junedi dan isteri yang sabar melayan Kami.. unit ni memng selesa Dan mempunyai byk kemudahan

Meja makan dan sofabed tempat syafi tidur

Teringin nak buat macam ni kat umah baru nanti

Bilik air sangat selesa siap ada bathtub lagi. 

Sabun serta shampoo available siap ada nama Junika lagi di packaging tu 

Ada mini fridge kettle dan pinggan serta sudu. Bolehlah kami buat air panas dan makan meggie mee hihi

Kami book suite hotel ni siap dengan pakej 2 tiket waterpark. Tapi En Junedi telah tlg Kami belikan lagi 2 tiket dengan harga owner.. bila check in bilik nampak wristband ni dh Ada atas meja.. 

Drinks

Ada extra tilam, bantal Dan selimut. Telekung pun ada.  I like!! Iron Dan iron board pun ada. Junika suite memang selesa Dan mama sekeluarga memang puas hati sangat-sangat.. 

Ok, dah cerita tentang Junika mama.nak cerita tentang pool Di Bayou Lagoon Pula... Korang nak tau, masa mama turun ke area pool Tu memang mama terpegun tgk ada pelbagai pool kat sini. Sesuailah utk digunakan dari baby sampailah orang tua..

Pool Di bahagian hujung sekali.. Syafi dgn sepupunya banyak habiskan masa kat sini main air

Pool utama. Ada gelongsor besar.. cantik kan. Selain dari pool no Ada pool biasa, pool baby Dan pool baby lagi.. memang bestlah kat sini banyak betul pilihan pool Kan. 

Jom layan video Syafi main air kat Bayou Lagoon


Maklumat tentang Junika boleh refer sini

Junika B Lagoon Melaka

No hp: 011-6321 1352
FB: https://www.facebook.com/Junika11/?ti=as


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. Pernah pergi masa Dhia umur 1 thn. Lps tu, tak pernah ke sini. Walau dkat dgn rumah mak (bkt katil, sewakan). Insyaallah tunggu Daim bsr sket.. Nt nk dtg lg

    ReplyDelete
  2. Saya yg duduk Melaka ni pun belum sampai sini

    ReplyDelete
  3. Kalau anak2 dah pandai main air mama rekenem bawak lah ke sini. Xrugi

    ReplyDelete
  4. Puas mandi kat Bayou Lagoon Park Resort ni, kolam luas..

    ReplyDelete
  5. wah cantik nya tempat menginap dia.. luas pulak tu, mesti best ni..

    yang pasal mood M tu selalu jugak singgah ke saya. Entry2 lama terkubur dalam draft je huhuhu...

    ReplyDelete
  6. cantik biliknya kak, selesa dan lengkap betul...
    kolamnya pun luas... puas hati betul

    ReplyDelete
  7. mama rasa best dan lagi best pool dia ni compare dgn gold coast morib

    ReplyDelete
  8. wahh..best plk tengok..mahal tak mama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Mahal sgt.. ni antara yg murah.. total rm160+ kalau book Dari airbnb

      Delete
  9. memang plan nak bawak anak-anak kesini cuti skolah nanti sebab yg no. 1 & 2 dh penah datang. Yang no. 3 tengah duduk dlm perut masa tu. sekarang kasi dia chance pulak.

    ReplyDelete
  10. Menarik..berapa harga untuk semalam tu adda?

    ReplyDelete
  11. best stay kat bayou lagoon ni. Pernah stay sekali cuma tak sempat mandi kat waterpark tu sebab masa tu baru lagi dan belum siap sepenuhnya

    ReplyDelete
  12. wah. ada melaka ke?
    x roger aida pun? hi hi hi hi...
    if not boleh wefie tepi jalan.
    aida biasa ke bayou lagoon ni tak menginap.
    rumah 10 minit jer dari sini, mamapp.
    rumah lagi selesa tido ha ha ha ha ha...
    just njoi swimming dgn anak-anak seharian.

    ReplyDelete
  13. time cuti sekolah tempat ni sesak sokmo

    ReplyDelete
  14. Suami pernah plan cuti sekolah thaun ni nak bawa anak anak amndi kat sini. Tapi memandang cuaca tak menentu saya cakap postpone jela

    ReplyDelete
Previous Post Next Post