Ahmad Asam Pedas, Melaka

Semasa kami ke Melaka bulan Julai lepas mama ada pergi makan di Ahmad Asam Pedas, Melaka. Nak cari asam pedas last-last sampai pula kami ke Ahmad Asam Pedas, Melaka tanpa dirancang. Asam pedas Melaka biasanya mama kureng sikit walaupun kedai tu dah direkeman oleh orang Melaka sendiri. Agaknya sebab dah selalu sangat makan asam pedas Johor yang power. Opps marah pula orang Melaka kang.. Sori ye

Tapi, asam pedas Ahmad ni mama boleh puji sebab rasanya memang sedap la. Wajib singgah kalau pergi Melaka. Lauk pauk di hotel yg paling bagus pun belum tentu boleh banding dengan hidangan authentic orang Melaka. (Ibusyurga.blogspot.comhttps://ibusyurga.blogspot.com/2018/06/resort-di-melaka-yang-best-pantai.html) Kena dengan anak tekak mama. Kat sini mama memilih menu set. 1 set ada nasi, sambal belacan, telur masin dan sayur.

Baca lagi tentang Melaka di sini:


Sayur boleh dipilih


Yum..yum.. tengah hari ni tengok gambar terasa lapar la plak

Selain asam pedas ada juga cendol durian.. Ramai juga yang makan cendol durian kat sini



Kitaorang order asam pedas tenggiri, siakap, pari, 2 ketul ayam Goreng tentunya untuk Syafi hihi.. ayam goreng dia sedap juga. Selain asam pedas ada juga lauk lain korang jgn risau ye..

Kepada sesiapa yang nak merasa asam pedas melaka ni bolehlah ikut alamat ni ye

Ahmad Asam Pedas, Melaka

Alamat: A2 Medan Selera Jalan Istana,
75450 Kampong Bukit Beruang, Melaka


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. pekat melekat.... meesti layan hirup kuah nya

    ReplyDelete
  2. Sedapnya asam pedas melaka....lama x makan asam pedas

    ReplyDelete
  3. Allahuuu sedapnyaaa mama. Nampak pekat elok tu kuahnya....rindu la asam pedas melaka

    ReplyDelete
  4. sebagai orang Melaka,post ini saya menganggu saya..terliur =)

    ReplyDelete
  5. ray suka asam pedas pari. hehe

    ReplyDelete
  6. Hmmm... nampak sedap asam pedas tu...

    ReplyDelete
  7. wahhh banyak jenis jugak tu mamapp order...rindu pulak nak makan asam pedas lot 85 melaka

    ReplyDelete
  8. pekat memikat kuah asam pedas dia.. pergh!!

    ReplyDelete
  9. pekatnya asam pedas dia. kt Melaka tu banyak betul kedai asam pedas kan. dah lama pula rasa tak p sana

    ReplyDelete
  10. Pekatnya kuah dia ! Teringinlah pula

    ReplyDelete
  11. mcm ana bertahun belajar melaka dan setiap tahun ke melaka tak pernah rasa asam pedas mereka lagi kak. hehe. tp ni boleh lah cuba nanti. kot kena dnegan selera ana kan.

    ReplyDelete
  12. Nampak kuah pekat tu nampak sedap. almaklumlah original di melaka kan.

    ReplyDelete
  13. fav sy mmg asam pedas tp jenis cair n mesti ikan pari! ikan lain x jalan heheheeh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post