Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi Selangor

Kami sekeluarga menghabiskan cuti Deepavali yang lepas dengan Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Bangi Resort Hotel Selangor. Pada mulanya kami mencari hotel yang berdekatan dengan kawasan Sungai Long kerana ada kenduri kahwin sedara di situ. Cari punya cari, tak jumpa homestay yang best. Akhirnya Bangi Resort Hotel Selangor menjadi pilihan atas persetujuan semua. Kami ke sini 4 keluarga dan kami book 4 bilik. Mama sekeluarga pula last minute baru join sebab pada mulanya kami ingat nak berulang aje dari Shah Alam ke Sungai Long, Tapi, disebabkan kesian pula Syafi nak main dengan sepupu-sepupunya, maka malam sebelum tu baru kami book bilik. Maka Bercutilah kami 3 Hari 2 Malam Di Bangi Resort Hotel Selangor.

Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Bangi Resort Hotel Selangor



Inilah bilik yang kami diami selama 3 hari 2 malam. Ni bilik Premier. Luas bilik ni siap ada sofa dan balkoni. Rugi tak baca: Kenapa beli tanah waktu muda, bina banglo idaman di lokasi menarik

View pokok-pokok yang menghijau. Kami duduk di tingkat 6. Ada study table dan balcony

Katil yang selesa

Sofa
Ada meja study yg selesa. atas tu ada disediakan menu kalau nak order makanan


Air Mineral dan coffee disediakan oleh hotel
Ada safety box dalam lemari

Perkara sangat penting bagi sorang perempuan hihi.. iron dan iron board


Sabun yang diletak dalam bilik air


TV, Fridge pun ada

Pintu kaca sliding ke balkoni boleh tutup dgn blinder kayu ni jika maukan privacy atau kalau takut bila dah malam hihi

Bath tub dalam bilik air. Seronok gak layan berendam dalam ni mcm citer omputeh haha

Bilik air

Dilengkapi dengan hair dryer dan toilettries



Beranda. Mama sarapan di sini sambil layan pemandangan hijau

Tarikan di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi Selangor







Suasana Menghijau & Segar

Tarikan pertama tentulah suasana menghijau kat sini.. segar je rasanya walaupun bercuti di bandar

Sesuai untuk percutian keluarga

Kemudahakan dalam hotel dan luar hotel memang sesuai untuk percutian keluarga. Ada pool, jacuzi, kolam ikan, spa, gym, restoran yang best. Contohnya boleh baca Cahaya Ramadan Buffet di Funtasia Bangi Resort Hotel Mesra Keluarga

Kolam Ikan. banyak betul ikan dalam ni. Kalau nak bagi makan ikan pun boleh tau

Jakuzi

Pool


Kategori Bilik dan Rate / Harga Bilik Satu Malam di Bangi Resort Hotel

Kesemua bilik ada additional service yang sama iaitu:

  • Complimentary wired and wireless internet access
  • International direct dial (IDD)
  • Satellite television & radio channels
  • Electronic keycard lock system
  • Voice mail system
  • Mini refrigerator
  • Tea and coffee making facilities
  • Complimentary mineral water
  • Electronic in room safe
  • Bathroom amenities
  • Bedroom slippers
  • Hairdryer
  • Iron and ironing board
  • Complimentary car park
  • 24 hours room service


Bilik Deluxe & Rate

Size: 36 square meters
Bedding options: 1 King size bed or options of 2 single beds (Twins) or 2 adjoining single beds (Hollywood Twins)
Amenities: Standard amenities
Non-smoking rooms available upon request
Maximum guest per room: 2
Standard Amenities and Facilities

From RM220+


Bilik Premier& Rate

Size: 42 square meters
Bedding options: 1 King size bed or options of 2 single beds (Twins) or 2 adjoining single beds (Hollywood Twins)
Amenities: Standard amenities
Non-smoking rooms available upon request
Maximum guest per room: 2
From
RM258+

Bilik Grand Premier & Rate

Size: 36 square meters
Bedding options: 1 King size bed or options of 2 single beds (Twins)
Amenities: Standard amenities
Non-smoking rooms available upon request
Maximum guest per room: 2
Bathtub with separate rain shower cubicle
High-speed WiFi
Local & international TV channels
Recently renovated with contemporary furnishings
From RM358+

Grand Deluxe & Rate

Size: 36 square meters
Bedding options: 1 King size bed or options of 2 single beds (Twins)
Amenities: Standard amenities
Non-smoking rooms available upon request
Maximum guest per room: 2
Bathtub with shower
High-speed WiFi
Local & international TV channels
Recently renovated with contemporary furnishings
Standard Amenities and Facilities
From RM320+


Premier Family& Rate

Size: 38 square meters
Bedding option: 2 Queen size beds
Amenities: Standard amenities
Maximum guest per room:
From RM335+

Palm Suite & Rate

Size: 72 square meters
Bedding option: 1 King size bed
Amenities: Premium amenities
Non-smoking rooms available upon request
Maximum guest per room: 2
From RM415+

Pool Suite & Rate

Size: 72 square meters
Bedding option: 1 King size bed
Amenities: Premium amenities
Maximum guest per room: 2
From RM490+


Memang seronok kami bercuti 3 Hari 2 Malam kat sini. Hotel yang selesa ditambah dengan kemudahan dan tarikan yang menarik dalam hotel ni memang seronok lah kami sekeluarga. Budak-budak paling seronok dapat mandi pool hari-hari. Ruangan bahagian lobby pun mama suka sebab sangat luas dan deco dia cantik. patutlah ramai yang datang sini tak kira pelancong dari dalam negara atau luar negara.. Kalau korang nak tau lebih detail ini lah alamatnya ye..

Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi Selangor

Alamat: Off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Tel: +603 8210 2222 & +603 8925 1111
Fax: +603 8210 2888
Email: info@bangiresorthotel.com
Web: www.bangiresorthotel.com


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. nampak best dan romantik sangat. hehe. boleh la kalau nak pi bercuti dan honeymoon sekali ^_^

    ReplyDelete
  2. aida pernah ke sini.
    tak stay. just dtg and anak2 spent masa kat swimming pool.
    kebetulan masa tu kakak ada keje. dia amik bilik.
    kami dtg la memenuhkan bilik dia :)
    memang cantik resort ni. bersih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik Luas DN selesa Kan aid. Ok la Tu DPT Mandi pool Dan lepak bilik pun ok

      Delete
  3. Bestnya.. Bilik pun besar, swimming pool dia cantik. Bolehla saya masukkan dalam bucketlist ni utk percutian akan datang

    ReplyDelete
  4. wahh bestnyaaa! katil luas, ada pool semuaa. boleh renang renang (konon) padahal tak pandai swimming. kena beli pelampung nampaknya hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeh Kita Geng.. mama pun X pandai tau. Xde confidet DN takut it huhu

      Delete
  5. wah..best ni kalau nak staycation tapi tak nak drive jauh dari kl

    ReplyDelete
  6. Best stay sini.. Pool besar.. Dlm bilik ada bathtub

    ReplyDelete
  7. Bestnya bercuti. Dapat pulak bilik besar dan kemas macam ni.. Lagi bertambah best

    ReplyDelete
  8. Sesekali bercuti alhamdulillah puas hati walaupun pergi dekat2je

    ReplyDelete
  9. bestnya kak, bilik dia mmg perkkkh la... lengkap dengan semua kelengkapan yang bersesuainya dengan harganya... selesa sangat2

    pemandangan kt luar pun cantiknya kak

    ReplyDelete
  10. kalau sekarang ni agaknya mesti penuh kan kak... cuti-cuti gini mesti ramai datang sini, takmo cuti jauh-jauh kat bangi je pun dah best

    ReplyDelete
  11. Ana pernah stay sini kak. Memang best sangat. Tenang dan aman je rasa. Makanan2 dekat sana semua best2 belaka.

    ReplyDelete
  12. mmg tenang duduk sini. Patutlah ramai org yg dtg sini

    ReplyDelete
  13. aku suka stay sini.. best sangat2.. ada plan nak bawak anak2 gak nanti..

    ReplyDelete
  14. Cantik hotel ni. Kalau kursus / bengkel gomen selalu juga disini. Tapi setakat ini sha tak pernah lagi dapat kursus sini 😂😂

    ReplyDelete
Previous Post Next Post