Link Blog Mamapipie Sudah Unblock Dari Facebook Dan Instagram - Jom Baca Apa Mama Buat

Alhamdulillah.. korang nak tau tak, akhirnya tempoh berpantang blog mama dah berakhir. Link Blog Mamapipie Sudah Unblock Dari Facebook Dan Instagram. Yahuu.. Rasa macam tak percaya kejadian waktu petang semalam. Siap gosok-gosok mata bila mama nampak ada banyak visit dari facebook setelah hampir setengah tahun blog ni sunyi sepi dari visitor Facebook tau. Rupanya Link Blog Mamapipie Sudah Unblock Dari Facebook Dan Instagram. Syukur sangat-sangat. Korang  nak tau macam mama mama setelkan hal ni? Jom baca..


Nak nanges je rasa bila nampak source dari Facebook.. Pageview pun ada peningkatan semalam mungkin sebab ramai yang baca tentang cara semak result UPKK semalam. Ni dari Google analytics. Current user yg online


Ni pula Dari blogger.. ramai gak ada 141 view datang dari Facebook dalam masa sehari. Hihi maaflah ye PV mama ciput je tapi ni kira dah banyak la bagi mama



Yeah.. post lama mama semua dah muncul balik. Sebelum ni semua post ilang tau. Tu yang mama sedih sangat sampai buat post meroyan ni [ Sedihnya Bila Link Blog Kena Block di Facebook ]


Cara Unblock Link Blog Dari Facebook Menggunakan Debugger Facebook

So, korang nak tau tak apa yang mama buat untuk unblock link blog mama. Mama.cerita ni melalui pengalaman mama. Setiap kesmungkin tak sama. Hopefully dapat membantu bagi sesiapa yang takde penyelesaian macam mama sebelum ni.

First, mama ikut saranan blogger lain iaitu check dan report melalui Debugger Facebook. Korang boleh check link block korang melalui link di bawah. 

https://developers.facebook.com/tools/debug/sharing/

Bila masukkan link blog dia kata blog mama violate community dia bla..bla.. bla.. tapi tak bagi solution apapun. Menyirap juga mama.. So, mama buatlah report di sini. Malangnya dah buat banyak kali report tapi macam takde apa-apa pun perubahan setelah beberapa bulan dan beberapa kali dah mama buat report. Sedih tau.


Cara Unblock Link Blog Dengan Cara Buat Report di Instagram

Dah lama mama give up dah dengan Facebook. Tetiba 2 minggu lepas mama terfikir, kenapa tetiba pada beberapa bulan ni juga Instagram mama pun ada masalah tak boleh nak letak link mamapipie.com di profile. Mula-mula mama ingatkan memang semua link tak boleh letak. So, mama diamkan aje. Baru-baru ni baru lah sel-sel otak mama berhubung.. Dapat kaitkan Instagram dan Facebook sebab Instagram dan Facebook kan dah satu company kan. Lagipun kalau report di Instagram mama tau selalunya memang ada tindakan. Mungkinkah blog mama kena block oleh Instagram dan effectnya FB pun block mama? Barulah mama terfikir perkara ni..

Akhirnya mama cuba buat report di Instagram. Pergi ke bahagian Setting > Report A Problem. Kat situ mama ngayat la sikit. Mama tulis lebih kurang gini

I have a problem. My link www.mamapipie.com cannot be put into my ig profile. This is my personal blog link I can assure that this blog is doesn't violate anything either on content or picture. Really appreciate you help to unblock my link. Thank you.

Then, mama attachkan gambar problem bila mama letak link tu..



Setelah 2 minggu, Alhamdulillah link mama dah boleh di letak di Facebook dan di Instagram mama pun dah boleh letak link blog mamapipie.com. Kalau tak sebelum ni kalau mama masih letak link blog mama di profile ig, nak tulis apa-apa dalam gambar pun tak keluar tau. Hanya gambar saja yang dapat upload. Kejam kan.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. alhamdulillah hip hip horray !! kami tumpang bergembira dan bersyukur sekali ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg happy sangat mama dalam masa 24 jam 2 berita baik.. tq umi

      Delete
  2. Saya pun kena blok mcm ni...ingat nk tukar template je, nak cuba tips ni dlu lah mana tau jadi..jimat masa..tq info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ig Cikgu kena block juga X? Kalau kena block try la report kat ig

      Delete
  3. alhamdulillah. banyak juga blogger kena block kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur.. Tu la kan nape ye rmia yg kena. Pelik betul kan

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Makin meningkaklah pv blog

    ReplyDelete
  5. tahniah, benda ni pun boleh jadi. Alhamdulillah boleh settlekan dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  6. Tahniah mama, pv blog mamapipie dah makin naik =))

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. barulah rasa ringan nak berblogging eceh.. lega sgt2

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dh ok ye kak, tq jugak share kot2 terjadi pada kita mas akan datang

    ReplyDelete
  9. wah tahniah.. lainkali kalau terkena.. boleh rujuk dgn ko la je..

    ReplyDelete
  10. Bila kena block ni stress jadinya kan kak. Nak share apa apa pun payah

    ReplyDelete
  11. Saya cuba apa yang dikongsikan moga Mark tak sekat dah lepas nih!

    ReplyDelete
  12. Salam sis. Nak tanya ada tak instagram bagi apa2 msg maklumkan yang insta kita dah tak di unlock? atau kita tau sendiri yang kita dah boleh letak link blog dekat fb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde rasanya. tetiba dah boleh. kalau block aje dia bgtau

      Delete
Previous Post Next Post