Makan Ikan Patin Masak Tempoyak di Go Bang Maju Patin Tempoyak Temerloh Pahang

Makan Ikan Patin Masak Tempoyak di Go Bang Maju Patin Tempoyak Temerloh Pahang






Semasa pulang semula ke Shah Alam dari Kemaman Terengganu mama sempat Makan Ikan Patin Masak Tempoyak di Go' Bang Maju Temerloh Pahang. Mak mertua mama yang suggest makan kat sini sebab dulu dia pernah ke sini. Sedap katanya..Adik ipar mama dan sepupu husband ambil kami dari Kemaman, Terengganu untuk balik ke Shah Alam selepas terkandas beberapa hari di sana akibat accident. Boleh baca kat sini cerita eksiden kami [ Kami Accident di Highway LPT2 Kerteh Terengganu ].

Baca juga travelog kami di Pahang 



Pemandangan depan kedai. Meriah kan


Menu di Go Bang Maju Patin Tempoyak Temerloh Pahang







Kat sini semuanya self servis. Setiap menu ada ditulis harganya maka tak perlu risau terovercharged ye.



Set Nasi

Banyak menu dah siap dimasukkan dalam mangkuk. Korang tinggal ambil je mana yang berkenan. Mudah aje kan

Di setiap tempat lauk sudah diletak harga so bolehlah ambil ikut bajet



Bila tengok balik patin tempoyak Ni tetiba terasa nak repeat la pulak

Set Nasi

Syafi dan ayahnya makan ikan goreng. Diorang tak makan tempoyak. Rugi, kan

ABC ni sedap sgt.. RM 6 je kitaorang makan share2. Banyak juga semangkuk ni puas 3 orang makan.

Kedai ni ada bela ikan patin di belakang kedai yang terletak di tepi.sungai Pahang. So  ikan patin yang dijual sangat segar takde bau pun bila dimakan. 


Keseluruhan pengalaman makan kat sini memang berbaloi dari segi harga dan rasa. Semua masakan sedap dan total harga yang kami perlu bayar untuk 6 orang makan adalah RM 107.60 saja. 6 org makan tau, macam-maca lauk kami termasuk lah air dan ABC lagi. Selain tu kami siap ada tapau 2 set ikan patin lagi. Murah kan. Korang tak perlu risau sebab di setiap menu ada harga so, boleh beli according to budget..

Mama ni sebenanrya masih noob dengan lauk patin masak tempoyak. Semasa mama berkursus di Dusun Eco Bentong 9 tahun dulu mama first time try lauk ni. Sebelum2 ni mama tak suka sebab selalunya ikan patin masak tempoyak tu ada bau ikan sungai tapi bila Dusun Eco masak memang takde bau tu dan rasanya sedap. So, sampai sekarang mama tak makan sebarang lauk ni. Hanya kedai yang pandai masak je mama boleh makan.. Dan Ikan Patin Masak Tempoyak di Go Bang Maju Patin Tempoyak Temerloh Pahang antara yang mama suka dan boleh telan.

Kalau korang nak ke sini boleh ikut alamat ni:


Go Bang Maju Patin Tempoyak Temerloh Pahang

Alamat: 1/4 Mile Jalan Triang, Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu perniagaan:  Jumaat hingga Rabu dari 11:00 pagi–10:00 malam
Khamis Tutup
Telefon: 019-956 9696

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

28 Comments

Words of wisdom

  1. teringat-ingat masa makan kat gobang maju temerloh, dua hari berturut makan situ kak...
    edy ambik patin tempoyak dengan udang galah besar dia.... teringat lak bila tengok akak up gambar, sedap sangat, ikan patin nya takde bau tanah or hanyir memang bestla

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah 2 hari berturut2 tu.. mmg kompem sedap kan

      Delete
    2. edy lah, dok sibuk nak makan udang galah yang besar itu sampai 2 kali... bila dok tengok akak tayang ni, terus teringat lak...teringin

      Delete
  2. selamat baru makan patin tempoyal last week dkt kuantan. kalau tak ngences dibuatnya. hehe. next time leh singgah sini plak.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya patin tempoyak..SA pun suka makan ikan patin..masak asam pedas pun sodap Adda...

    ReplyDelete
  4. kalau ikan patin terus dari sungai memang la sedap. ikan patin masak tempoyak yang saya selalu makan kat RnR ni rasanya ikan patin ternak...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Tak pernah lagi singgah ke kedai ni walaupun saya orang Pahang. Jarang beli ikan patin tempoyak. Makan yang mak atau nenek masak kat rumah je selalunya.

    ReplyDelete
  6. sy bkn penggemar ikan patin..
    tp nmpk menarik plak..

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Sha ada la jugak 2,3 kali kena ikan patin bau tanah adoi tak lalu nak makan. Yang ok best selalu makan kat Pantai Dalam.

    ReplyDelete
  8. lah! temerloh kg saya..hahah go bang mmg popular tapi ada lagi patin kancil lagi sedap tau

    ReplyDelete
  9. Suka konsep kedai macam nie.. dia dah siap-siap bubuh dalam mangkuk dan harga dah senarai.. senang nak budget perbelanjaan..

    ReplyDelete
  10. Oh! guna konsep macam ni lebih cepat dan mudahkan.
    Rumah mak sedara Mr. A kat Temerloh dah dua tiga kali pergi tapi bila ajak singgah sini masing-masing tak nak la pulok!

    ReplyDelete
  11. as a food lover, izzati mmg teringin sgt nk pergi makan sana!! hehe, insyaAllah ada peluang izzati dan keluarga nk gi try!! 😍

    ReplyDelete
  12. hahahah kelakar sain dia, sila bungkus bawak pulang tau!

    ReplyDelete
  13. ikan patin sinonim dengan pahang. dedulu masa adik dok belajar di pahang, setiap kali kami ke pahang wajib makan ikan patin, hehe ^_^

    ReplyDelete
  14. aduh...
    feveret aida & famili ni.
    kalau ada patin tempoyak ni, surely amik tau.
    lom pernah buat sendiri. makan kedai jer.

    ReplyDelete
  15. Tetiba teringin Pula bila baca post Dan Komen korang kat sini alala

    ReplyDelete
  16. Singgah termerloh memang wajib pekena ikan patin tempoyak kan. Bagus kan hidang macam tu semangkuk² senang dan cepat.

    ReplyDelete
  17. Pernah singgah sekali. Memang padu rasa dia kan. Saya suka masak tempoyak

    ReplyDelete
  18. Teman tak pernah lagi masuk ke sini... Teman nie memang favorite makan ikan patin tempoyak

    ReplyDelete
  19. jom join GA
    https://budoxesquire.blogspot.com/2019/12/give-away-december-haro.html

    ReplyDelete
  20. Selain patin masak tempoyak tu, udang galah tu pun memanggil2. Terliurnya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post