Bandar Agacia Kampar Perak Tempat Best untuk Photoshoot

Bandar Agacia Kampar Perak Tempat Best untuk Photoshoot. Kebetulan kami bermalam di Kampar, maka kami tak lepaskan peluang ke Bandar Agacia atau dikenali sebagai Trail of Kampar. Bandar Agacia ni bercirikan fantasi ala Disneyland dan bangunan di sini sangat cantik dengan design dan warna pastel yang cantik. Sebab tu lah Bandar Agacia Kampar Perak Tempat Best untuk Photoshoot. Masa mama ke sini siap ada orang tengah shooting ala-ala fairy tale lagi tau. Terasa macam kat Eropah pula. Tempat ni berdekatan dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan juga Sekolah Antarabangsa Westlake. Kalau nak tengok tempat best ambil gambar lagi boleh baca sini Puteri Harbour Tempat Best Ambil Gambar di Johor Bahru.






















Susunan setiap kedai yang cantik dan menarik. Setiap unit ada design yang berlainan.

Sempat ambil gambar anak-beranak kat sini


Ni lah ahli rombongan  yang ada. Seronok sangat walaupun berjumpa 2 hari je tapi kami adik beradik dapat berkumpul kat sini. Yang dari Ipoh, Shah Alam, Penang dan Johor boleh berkumpul.. Ginilah kehidupan kami adik beradik sejak takde mak dan ayah ni. Asal ada peluang akan cari jalan untuk berkumpul. Kalau dulu arwah ada kami balik kampung reramai je. Sekarang kalau balik kampung terasa sangat sayu tengok rumah sunyi dah mulalah terbayang-bayang arwah berdua huhu.. Miss them so much.


Bandar Agacia Kampar Perak

Tempat ni sebenarnya takdelah besar sangat. Ada deretan kedai-kedai dalam dalam beberapa bangunan. Tempat ni sayangnya agak sepi sebab hanya beberapa kedai aje yang beroperasi. Banyak kedai yang kosong. Sayang juga banyak bangunan ni  tiada penghuni. Boleh kira betla kedai je yang buka.


Ni la antara gambar-gambar yang kami ambil. Banyak lagi sebenarnya tapi mama belanja sikit je lah ye hih.. Kalau nak tengok lebih lagi boleh tengok kat Facebook mama



Korang kalau ke sini kena hati-hati sikit. Tempat ni banyak juga anjing so kena hati2. Ada pasar malam di Bandar Agacia pada hujung minggu. So, korang kena aware yang akan ada jalan yang  ditutup. 

Apapun kami memang seronok ambil.gambar kat sini. Cantik sangat. Kalau kena dengan korang yang pandai posing dan cari angle confirm nampak sangat cantik, macam kat oversea. Sesuai sangat untuk orang yang suka photography dan selfie..


Kalau korang nak ke sini, boleh ikut alamat ni.. mudah aje nak cari

Maklumat Bandar Agacia Kampar Perak

Bandar Agacia Kampar Perak
Alamat: Jalan Kampar Putra, 31900 Kampar, Negeri Perak
Buka 24 jam

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. cantiknya kak, colorful bangunan tu... nampak bersih je semuanya...
    memang sesuai untuk bergambar... happening je

    ReplyDelete
  2. Cantik kawasan dia.. berwarna warni.. cuma hari tu tak sempat singgah lalu je..

    ReplyDelete
  3. Cantik nya gambar 2 dlm entri ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. bandar ni sunyi that's why senang buat shooting MV dekat sini. First time tengok dalam MV Roadblock Hatiku Floor 88. Cantik!

    ReplyDelete
  5. cantikkknyaaa . bolehla rabia photoshoot dekat sini hehee.

    ReplyDelete
  6. Bandar ni memang cantik tapi still kosong

    ReplyDelete
  7. waah bagus depa nak promosi cemni. cantik..
    sapa suka ootd inilah tempatnya =D

    ReplyDelete
  8. Cantiknya Adda.. satu hari ada rezeki nak pi jugak lah sini..

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak ke Kampar... Tenpat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kena rotan... kikikikiki...

    ReplyDelete
  10. Memang cantiklah untuk tangkap gambar. Tak pernah tahu pun kewujudan bandar tu sebelum ni.

    ReplyDelete
  11. Macam cantik sangat kawasan bandar Agacia ni kan. Kalau ambil gambar kenangan kat sini memang best

    ReplyDelete
  12. Wow teruja sungguh dengan bangunan serba warna-warni dan paling penting bersih..
    Menarik tempat ni mamapp..

    ReplyDelete
  13. tempat ni mmg sunyi tapi utk ootd sekejap kita ok jer.. gambar cantik

    ReplyDelete
  14. cantik nya!
    memang ootd jer lah kalau ke sini.
    perfect! colourful!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post