Bercuti ke Refarm Kampar Perak

Akhirnya tibalah masanya mama untuk bercerita tentang post basi ini haha.. Mama ke sini 2 bulan lepas. Nampaknya semua post mama delay 2 bulan baru la up huhu.. Maafkanlah kemalasan mama.. Kami Bercuti ke Refarm Kampar Perak masa tu dan Refarm ni rupanya memang tempat yang best untuk spend time bersama family. Macam-macam ada tau. Kalau tau mesti mama datang awal bawa swimming suit bagai. Jom baca cerita Bercuti ke Refarm Kampar Perak mama. Sambil tu boleh baca tentang susu terbaik ibu mengandung di sini.








Entrance Refarm. Beli tiket kat sini. Kat depan ni je pun dah nampak suasana menghijau dan segar. Banyak juga port bergambar. Tu baru kat luar belum masuk lagi tau. Rugi tak baca: Jom beli tanah masa muda, boleh bina banglo waktu pencen

Cakk.. Posing dulu sebelum masuk

Baca lagi Trip Kampar kami:



Tentang Refarm Kampar Perak









Refarm ni seluas 26 ekar, merupakan tempat rekreasi yang dikelilingi oleh bukit-bukau dan hutan. Tempat ni memang menghijau siap ada air terjun dalam hutan adalah tu tau. Terdapat paip sepanjang 1.2 kilometer yang dipasang dari hulu air terjun untuk membekalkan air yang paling bersih kepada tanaman dan haiwan ternakan termasuk ayam, ikan dan kambing di Refarm. Unik dan very green kan.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Refarm Kampar Perak

Ni Peta Refarm. Dah boleh bayang apa boleh buat kat sini bila tengok peta ni kan


Aktiviti yang boleh dilakukan di Refarm Kampar Perak seperti di bawah


  • Boleh mandi manda kolam mandi 
  • Berbasikal di kawasan yang luas tu
  • Melawat kebun sayur-sayuran organik dan buah-buahan
  • Menyauk ikan
  • Zon memberi makan haiwan: ikan, ayam, kambing, rusa, arnab, kura-kura dan angsa
  • Bermain layang layang
  • Jogging
  • Naik Pedal Bot
  • Buat family day
  • Jungle Trekking
  • Bergambar di kawasan air terjun
  • Menjelajah untuk melihat perbezaan jenis tumbuh -tumbuhan hutan hujan
  • Tempat menginap


Antara Tempat Menarik di Refarm Kampar Perak

Mini Zoo.



Landscape cantik dan banyak Tempat menarik Boleh ambil gambar kenangan. Mama suka sangat tengok ladybird banyak2 tu. Comel kan

Burung merak, burung unta, rusa pun ada. So, ada peluang untuk kita tengok binatang selain dari Mini Zoo dan kawasan persekitaran sini juga



Herbal garden pun ada. Inilah masa bawa anak mengenak pokok-pokok herba

Pool. Yang bestnya kat sini ada 3 jenis pool (mungkin lebih). Mama tak sangka rupanya ada Pool dalam ni. Ramai juga yang bermandi manda kat sini. Mama pun tak sangka dalam ni pun ada pekej penginapan siap ada pool di depan bilik. Kalau mama tau dah book dah aritu hihi..


Harga tiket masuk ke Refarm

Berikut adalah Harga tiket masuk ke Refarm



Harga ticket masuk ke Refarm


Harga tiket masuk ke Refarm


So, far mama memang suka sangat ke sini sebab tempat ni hijau, luas dan bersih. Boleh clear kepala lepas ke sini, sesuai untuk berehat dan relax. Ada banyak tandas banyak di setiap penjuru dan tandas terjaga serta bersih. Tempat parking pun luas. D

Video Refarm Kampar Perak


Boleh view kat sini video dan tgk apa yg ada di Refarm Kampar Perak

Maklumat Refarm Kampar Perak

ReFarm – Kampar – Farm. Food. Stay,
Lot6059, Jalan 1, Jalan Kampar – Temoh, Kampar
http://waze.to/lr/hw0zbq1mv0
https://www.google.com/maps/place/REFARM+KAMPAR
Email / E-mel: info@refarm.com.my ; refarm.my@gmail.com



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. luas tempatnya kak, pastu cantik... suka yang ada gambar patung bintang tuh... yang ada lady bird tuh alahai mmg comei sangat...
    tiket nk masuk nya pun kira murah sangat lah kak... taman herba tu menarik

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau bercuti di Refarm Kampar Perak ni kak. Banyak jugak aktiviti boleh dibuat ya. Bawa anak anak datang sini mesti diorang rasa seronok

    ReplyDelete
  3. dulu masa study dekat uitm tapah kalau parents saya datang, mesti singgah mandi sini. masatu refarm banyak tak siap lagi so adult rm5++ kottt tak silap. refarm memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sesuai utk aktiviti keluarga kan.. kalau nak tidur hotel dia pun ada

      Delete
  4. Thank you sharing info. Ingat bulan 3 ni nak bercuti di Perak.

    ReplyDelete
  5. Wow, last saya pegi Kampar masa saya kecik lepas tu tak pegi dah.
    Tak tau tempat ni wujud. Thanks to this post, now I know and banyak juga facilities kat Refarm ni.
    I can bring my dad here.

    ReplyDelete
  6. perak adakmpar ya di riau adapula kampar, indahnya sperti back to kampoong

    ReplyDelete
  7. nampak macam kecil tempat dia tapi banyak juga aktiviti yg boleh buat kat sini. nice sharing :) |♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  8. Marsha yang kat Ipoh pun belum sampai lagi...memang dalam wishlist ni

    ReplyDelete
  9. waaa lawanya tempat ni.. Boleh bawa anak-anak ni pegi holiday ke mari. ^^

    Oh btw, Aien tagged mama dalam entry.

    https://www.aienienka.com/2020/01/beeha-mencari-bloglist-baru.html

    ReplyDelete
  10. Macam best juga kan datang sini Adda boleh buat macam-macam aktiviti..

    ReplyDelete
  11. tempat ni luas sebenarnya.. mmg puas hati sgt dtg sini

    ReplyDelete
  12. Bes mendekatkan diri dengan alam..suka bercuti macam ni dari bercuti asyik shopping je kan

    ReplyDelete
  13. waa bestnya dkt situ insyallah boleh singgah nnti dkt sana.. tq for sharing ya.

    ReplyDelete
  14. Menarik jugak ni. Dah lama takda bercuti kat perak 😁

    ReplyDelete
  15. Walaupun orang Perak, tak pernah sampai sini.

    ReplyDelete
  16. menarik!!
    patut haiwan tu semua comel2 belaka :)
    menarik perhatian pengunjung.
    tiket pun murah. terbaik!

    ReplyDelete
  17. Best jugal tempat ni... boleh bawa anak-anak kenal² herba dan binatang... moga ada rezeki untuk sampai sini..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post