7 Perkara Perlu Diketahui Sebelum Beli Tanah Untuk Kediaman

7 Perkara Perlu Diketahui Sebelum Beli Tanah Untuk Kediaman. Pejam celik, pejam celik dah 15 tahun mama bekerja di Shah Alam dan sudah 13 tahun mama menjadi warga Shah Alam. Walaupun mula-mula duduk di sini mama agak culture shock tapi lama-kelamaan mama suka duduk di Shah Alam ni sebab tu lah mama dah tak cari tempat lain dah untuk tinggal melainkan Shah Alam atau sekurang-kurangnya berdekatan dengan Shah Alam. Memandangkan harga rumah beli dengan pemaju boleh tahan mahal, ada kalanya lebih berbaloi beli tanah lot dan bina rumah sendiri kat situ. Kat sini mama nak share 7 Perkara Perlu Diketahui Sebelum Beli Tanah Untuk Kediaman.


Mengapa Shah Alam Tempat Strategik Bina Rumah

Kat atas tu mama ada bagitau mama culture shock masa mula-mula duduk di Shah Alam. Korang jangan shock plak bila mama cakap mama culture shock. Sebenarnya culture shock mama lebih kepada advantage dari disadvantage. Kalau nak tau kenapa mama suka duduk di Shah Alam, mari mama ceritakan.

masjid%2Bshah%2Balam

Kedudukan Strategik

Shah Alam berdekatan dengan bandaraya utama seperti bandaraya Kuala Lumpur, dan bandaraya Petaling Jaya. Kedudukan strategik ni tentu sekali memudahkan perjalanan pergi balik ke tempat kerja jika korang bekerja di KL atau PJ. Sebab jika beli rumah di KL dan PJ harga lebih mahal dari Shah Alam.

Pelbagai Kemudahan Pengangkutan Awam

Korang tak perlu risau kalau tiada kenderaan sendiri kalau menetap di Shah Alam. Terdapat kemudahanan KTM Komuter dan banyak bas seperti RapidKL dan bas Selangorku. Teksi pun banyak kat sini. Selain tu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang juga terletak berdekatan dengan Shah Alam.

lrt3%2Bshah%2Balam
Tak lama lagi bila LRT3 dah siap lagi lah best duduk Shah Alam ni.

Pusat Membeli-belah & Kemudahan Lain

Terdapat banyak pusat membeli-belah di Shah Alam. Antaranya Plaza Alam Sentral, SACC Mall, Ole-Ole Seksyen 18, Kompleks PKNS dan AEON Mall Shah Alam. Senang nak shopping kat sini kan. Selain dari tempat shopping kat sini pun ada banyak kedai makan (boleh tengok review makan mama di Shah. Kat sini boleh nampak dah tempat makan kat sini memang heaven). Korang juga senang nak cari hotel, bank dan kawasan rekreasi. Kebanyakan tempat ni ada di merata Shah Alam. So, kalau nak beli tanah di area Shah Alam ni mama syorkan di kawasan Shah Alam utama kerana ia berhampiran pusat bandar dan pusat pentadbiran Shah Alam.

Prasarana Kesihatan

Di Shah Alam ni, ada banyak klinik swasta dan hospital swasta. Kebanyakan klinik-klinik swasta terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal. Kalau nak pergi ke klinik kesihatan kerajaan juga tiada masalah. Klinik kesihatan kerajaan ada terletak di Seksyen 7.

gambar dari mStar

Sejak ada Hospital Kerajaan Shah Alam, warga Shah Alam lebih mudah mendapatkan rawatan dengan kadar yang lebih berbaloi. Hospital kerajaan ini siap pada tahun 2016.  Namun begitu, kalau ada budget dan inginkan layanan lebih VIP, korang boleh juga pergi ke hospital swasta di Shah Alam.

Pusat Pendidikan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terletak di Seksyen 1 adalah universiti pertama di Shah Alam. Selain itu, terdapat juga beberapa IPT yang lain di Shah Alam seperti Universiti Selangor (UNISEL), Management and Science University (MSU), Kolej PTPL, Politeknik Shah Alam dan pelbagai lagi. Dengan adanya IPT seperti ini maka mudahlah jika kita nak masukkan anak ke IPT yang berdekatan dengan rumah.

Peluang Pekerjaan - Kawasan Industri

Selain dari kawasan pusat bandar yang ada banyak shopping complex dan pejabat pentadbira, di Shah Alam ada juga kawasan perindustrian contohnya di Seksyen 15 dan Seksyen 26 yang menempatkan kilang milik Proton. Dengan itu banyaklah peluang pekerjaan di sini, kan.


Berdasarkan faktor-faktor di atas tentu korang dah jelas kenapa mama suka duduk di Shah Alam, kan. Kawasan yang menjadi idaman mama adalah kawasan di Pusat Bandar Shah Alam seperti Seksyen 6 hingga Seksyen14. Mama suka area ni sebab kat sini ada kemudahan lengkap sampai dah tak perlu keluar Shah Alam dah. Semuanya ada kat sini. Kalau ada peluang beli tanah sendiri tentu mama nak beli di kawasan sini..


7 Perkara Perlu Diketahui Sebelum Beli Tanah Untuk Kediaman

Beruntung sungguh jika dapat beli tanah di Shah Alam. Tapi kalau nak beli tanah, korang kena ada ilmu  serba sedikit agar keputusan untuk pembelian itu menjadi keputusan yang terbaik. Ye lah kan beli tanah bukan macam beli kereta. Komitmen tinggi dan kita tentu nak duduk lama. Sebab itu kita kenalah buat keputusan terbaik. Kat sini mama nak share 7 Perkara Perlu Diketahui Sebelum Beli Tanah Untuk Kediaman bagi membuat keputusan terbaik sebelum membeli tanah.



1. Cari Kawasan Tanah Yang Sesuai Untuk Bina Rumah

Seperi yang mama cerita di atas, terdapat banyak kawasan di Shah Alam. Bukan semua tanah yang dijual boleh digunakan untuk membina rumah tau. Jadi, perkara pertama yang perlu kita periksa sebelum membeli tanah tersebut, semak dahulu status tanah yang bakal kita beli.

Kenalpasti kawasan tanah yang ingin di beli di bawah kategori mana. Korang kena pandai survey dan pastikan tanah itu sesuai untuk kediaman, bukan untuk pertaniah atau komersial. Ini paling penting sebab kalau tersalah pilih tanah maka akan ada masalah kerana setiap jenis tanah mempunyai peraturan yang berlainan.

Tanah terbaik untuk membina rumah adalah di bawah pembiayaan bank kerajaan (LPPSA) iaitu tanah bangunan dengan geran individu. Pastikan permohonan itu patuh sijil CCC / CF daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

2. Semak Dulu Jenis Geran Tanah Yang Ingin Di Beli.

Ada 2 jeni geran iaitu jenis perkongsian & juga geran individu. Korang kena pastikan untuk elak beli tanah dengan geran kongsi kerana banyak masalah yang akan timbul. Mama dah saksikan sendiri pengalaman kawan-kawan. Selalunya ada isu persempadanan dengan penama lain di dalam geran sehinggakan 3 generasi pun tak boleh setel tau.  

Sebaiknya belilah tanah dengan geran individu.dan pastikan tanah tu under geran individu yang berasingan. Bukan geran individu dibawah "master title". Ini kerana pembiayaan bank tidak boleh diperolehi untuk geran individu dibawah master title.Bahaya kalau kita tak tau perkara ini kan.

3. Senaraikan Kebaikan dan Keburukan Tanah Yang Dipilih

Jika korang dah jumpa kawasan tanah yang berkenan, korang kena pertimbangkan dulu beberapa perkara berikut agar keputusan yang dibuat itu tepat dan tidak disesali di kemudian hari. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan seperti berikut:

a) Freehold atau Leasehold?

Tanah jenis leasehold (pajakan) biasanya lebih murah daripada freehold kerana pemilikan ada limited period tetapi kita kena pulangkan semula hak milik tanah kepada kerajaan selepas tempoh pajakan tamat, Kerana itu adalah lebih baik kita memilih tanah jenis freehold. Walaupun harganya lebih mahal berbanding tanah pajakan, tetapi harga tanah tersebut akan meningkat naik dengan masa dan kita mempunyai hak milik kekal untuk diturunkan kepada waris kita.

b) Kemudahan Infrastruktur.

Pastikan tanah ada kemudahan infra yang lengkap. Pergilah usha dulu tapak dan periksa kedudukan longkang, jalan raya, tiang elektrik & paip air terdekat. Sebab kalau xde kemudahan infra korang akan susah kerana kena deal dengan banyak pihak untuk buat permohonan.

c) Bentuk muka bumi tanah tersebut.


Semasa melawat tanah pastikan bentuk muka bumi sesuai untuk membina rumah. Pastikan tanah di kawasan lapang dengan bentuk muka bumi rata dan mempunyai saliran yang baik. Tetapi jika korang sangat minat buat rumah di tempat cerun sebab pemandangan yang cantik korang kena bersedia keluarkan belanja lebih.

d) Saiz Tanah & Persempadanan.

Tanah yang dibeli perlu mematuhi syarat syarat yang diberikan oleh PBT. Antara syarat utama yang perlu kita ambil kira ialah set back tanah yang bakal dibeli dengan tanah jiran. Set back ialah kawasan yang tidak dibenarkan pembinaan strutur berdinding & bertiang. Secara umumnya syarat syarat setback adalah seperti mempunyai setback 10 kaki dari lot tanah bersempadan dan mempunyai setback 20 kaki dengan jalan raya.

e) Jenis & Sifat Tanah

Di Selangor ada pelbagai jenis tanah. Antaranya adalah gambut, berbatu, Liat dan berbukit.Tanah gambut bukan pilihan yang baik sebab ia bersifat lembut maka ada kemungkinana tanah akan mendap dan menyebabkan keretakan.  Tanah liat juga tidak sesuai kerana kandungan airnya yang tinggi. Sebaiknya belilah tanah yang kawasannya sudah banyak rumah. Boleh juga melabur sikit untuk buat ujian tanah aka "soil investigation".

f) Rumah Berapa Tingkat? 

Kena pastikan juga jenis rumah yang ingin dibina sama asa satu tingkat, 2 tingkat atau bertingkat-tingkat kerana ini ada kaitan juga dengan jenis tanah yang dipilih. Sebaiknya nanti bincanglah dengan pihak kontraktor.

Bagi sesiapa yang ada tanah dan berminat mendirikan rumah banglo setingkat boleh refer contoh rumah banglo setingkat bersaiz 4000 kaki persegi yang dibina oleh Nas Nuri seperti di bawah


4) Periksa Zon Tanah

Pastikan lot tanah yang ingin dibeli berada di dalam zon perumahan dan elakkan membeli tanah didalam zon industri kerana selain pembinaan rumah tidak dibenarkan, ia juga hampir dengan kawasan kilang yang semestinya sesak trafik kawasan tersebut dengan kenderaan berat & juga pencemaran. Persekitaran yang pastinya tidak sesuai untuk keluarga kita.

5) Lantik Peguam Hartanah

Setelah 4 perkara di atas dibuat, maka tibalah masa untuk melantik peguam hartanah agar dia dapat buat semakan tanah sama ada menurut undang undang & syarat syarat yang ditetapkan sebelum pembelian dijalankan. Selalunya pembiaya pembelian tanah mempunyai panel peguam sendiri yang mahir dengan prosedur bank tapi jika korang ada peguam sendiri maka perlulah pandai-pandai pilih peguam yang efektif ye. Kadar pinjaman yang diberikan bank dalam urusan jual beli tanah ialah 70% dari nilai tanah tersebut. Jadi, kita perlu mempunyai wang tunai dalam pembelian tanah.

6. Sediakan Dokumen Lengkap 


Permohonan yang disertakan dokumen lengkap akan memastikan proses ini selesai dalam masa 1 hari je. Setelah persetujuan dicapai oleh kedua dua pihak & proses jual beli tanah telah muktamad. kita perlu pergi ke Pejabat Pendaftaran Tanah Malaysia bagi pemindahan pemilikan tanah. Dokumen dokumen di bawah diperlukan semasa urusan jual beli tanah, iaitu;
  • Geran tanah yang ingin dibeli.
  • Salinan IC (kad pengenalan) pembeli & penjual tanah.


7. Lantikan Arkitek & Kontraktor Rumah.

Wah, semua perkara hampir selesai dan tanah pudahpun menjadi milik k ita. Maka tibalah masanya untuk mencari arkitek ataupun kontraktor rumah yang berpengalaman menguruskan permohonan pembinaan rumah di pihak berkuasa tempatan. Bagi yang beli rumah berhampiran Shah Alam mama syorkan Nas Nuri Construction.

12
Contoh rumah yang dalam pembinaan by Nas Nuri. Cantik kan rumah ni..

Nas Nuri Construction ni boleh buat all in, dia mampu uruskan pembinaan rumah dari A hingga Z. Lebih mudah sekiranya kita melantik kontraktor yang mampu menguruskan keseluruhan proses kerana anda tidak perlu berurusan dengan lebih dari 1 pihak dalam 1 masa. Korang boleh lihat antara hasil yang dilakukan Nas Nuri dalam website Nas Nuri.

Contoh khidmat id kitchen kabinet daput mewah oleh Nas Nuri seperti di bawah ni
Dapur mewah hasil sentuhan interior design di banglo 1 tingkat binaan 3000 kps 

Untuk maklumat lamjut korang boleh refer link ni:



Maklumat Lanjut Berkenaan Nas Nuri

Korang boleh hubungi Nas Nuri melalui details di bawah. Mama recommend kunjungilah website Nas Nuri. Ada banyak tips dan ilmu perumahan menarik dan berguna yang boleh kita ambil.


NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD

Alamat: No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor.
No Telefon Office: 03-33597852 Sales: 019-3487372
E-mel: sales.nasnuri@gmail.com
Website 1: https://www.dawaibesi.com/
Website: 2 www.nasnuri.com
Facebook : FB Nas Nuri


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. Tanah pajakan (leasehold) kena bayar premium utk lanjutkan tempoh & kena dpt kelulusan negeri kalau nk jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga Tu Kan.. sebab Tu mama prefer freehold

      Delete
  2. Kalau di Sabah ini, banyak tanah warisan. Tapi sejak dua menjak ini Safoda berusaha ambil tanah warisan atas alasan tiada geran. Kesian orang kampung yang memang dah lama tinggal dan berucuck tanam sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. alahai kesiannya.. xpatut la diorg buat camtu

      Delete
  3. info yang bagus..terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  4. bestnya duduk bandar besar macam Shah Alam tu
    Nak apa semua ada
    janji ada ongkosnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah wak.. seronok duk sini.. tapi duk kampung pun sama.best juga

      Delete
  5. penting semua ni.
    rumah. sekali buat is forever, kan.
    maka, kena la study bebetul everything before buat keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul aida.. keputusan ni adalah keputusan besar so kena buat yg betul kan

      Delete
  6. Semua ini penting dalam urusan nak membeli rumah..
    Semua nak kena teliti..

    ReplyDelete
  7. Best kalau dapat bina rumah atas tanah sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga semua kita boleh merasa rumah atas tanah sendiri

      Delete
  8. shah alam ni best tapi yang tak best roadblock dia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada roadblock area mana tu farhana? kalau area pusat bandar ni xde

      Delete
  9. Timm lega dah ada tanah kecik dekt kpg, jadilah, hihi

    ReplyDelete
  10. kerja jd cikgu sesuai mengajar di pekan je spt Tanah Merah, Kelantan. Jalan pun x berapa jem. Tp sekali-sekala nak gak bercuti di SA or KL. Apatah lg abe kie pernah study di UM selama 6 thn...teringat zaman muda2 shopping di Batu Road Supermarket, Mun Loong, Kamdar, Hankyu Jaya, Globe Silk Store dsb...

    ReplyDelete
  11. Adik saya pun suka duk Shah Alam..hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post