Doa Munajat Ramadhan
Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah, takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah Kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami tangani.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Ya Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik.. supaya dgnnya kami dpt beribadah kepada Mu.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kepada Mu ya Allah…
Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit,
Kami lupa kdp Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila dtg kesusahan.
Kami lupa kepada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa,
Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu ketika usia sudah tua,
Justeru itu ya Allah... ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,
setiap titik susu ibu yg mengalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawanya ke syurga Mu ya Allah...ya Rahman... pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dlm mencari rezki kepada keluarga kami... kau gantikanlah dgn keampunan yg membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...
Justeru itu kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga Mu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk guru2 kami, kaum kerabat kami, dan sahabat2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh… golongkanlah mereka dlm org2 yg kau redhai… apabila tiba pula giliran kami menuju ke alam barzakh Mu.. maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2, keadaan husnul khotimah… dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya Azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, sum'ah, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangankami mereka yg derhaka kepada ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti kepada ibubapa, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Maha Mengasihani
Ya Allah ya Malikal Mulk…
Ya Razzak..ya Fattahu ya Alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yg halal lagi dberkati yg dengannya kami semakin dekat dgn Mu.. sebaliknya, jgnlah Kau jadkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.
Ya Allah….
Bantulah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan,
Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang dan tenteram.
Ya Allah ya Zal Jalali Wal Ikram…
Jgnlah kau jadikan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai inilah Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg diterima lagi dirahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju keredhaan serta kasih sayang Mu Ya Allah,
jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn Lailatul Qadr …pilihlah kami dikalangan hamba Mu yg dpt beramal di mlm Al Qadr…. Ya Allah.. terimalah amalan kami.. terimalah taubat kami.. ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi
kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin3x Ya Robbal alamin
Tags
ISLAMIK
amiin..amiin..Ya Mujib..
ReplyDeleteAmin Amin Amin Ya Rabb Al Alamin...
ReplyDeletemarilah kita berdoa sebelum berbuka puasa kerana sgt mustajab. tq.
ReplyDeleteamin, amin ya Rabbal alamin
ReplyDeleteaaniin...
ReplyDeletemoga Allah perkenankan
amin ya rabbal alamin.. semoga doa ini untuk kita semua dan diperkenankan allah
ReplyDeleteAamiin ya rabb
ReplyDeleteameen ameen ya Allah...
ReplyDeleteAamiin..Ya Rabbi Alamin
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb.. rasa sebak pula baca entri nie..
ReplyDeleteAmin Ya Rabbal Alamin
ReplyDeleteAmin yrba
ReplyDelete