Pergi Taman Rama-rama & Reptilia Melaka

Ini adalah post mama mengenang tempat kami pergi sebelum PKP ye.. Sebenarnya kami Pergi Taman Rama-rama & Reptilia Melaka ni bukanlah perkara baru dalam idup kitaorang. Kalau korang nak tau, sejak anak mama baby lagi kitaorang dah sampai sini. Sehinggalah dia dah besar dari mama kami masih lagi Pergi Taman Rama-rama & Reptilia Melaka ni. Mama rasa binatang-binatang kat sini pun dah kenal kitaorang haha.. Itulah buktinya yang anak mama memang paling suka tempat ni. Baca ni juga fakta perlu diketahui tentang susu by preggy moms.








Alahai rindu pula nak pergi jenjalan dengan family. Takpelah bersabar je banyak2 dan mari kita berdoa agar rantaian Covid ni cepat terputus.. Rugi tak baca: Kenapa beli tanah waktu muda, bina banglo idaman di lokasi menarik

Baca lagi tentang Melaka di sini:



Sedikit Maklumat Berkenaan Taman Rama-rama & Reptilia Melaka

Ni mama ambil dari En Wiki.. Taman Rama-rama & Reptilia Melaka ini merupakan satu taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif dengan berbagai-bagai spesies tempatan termasuk yang jarangkali ditemui iaitu Raja Brooke dan Sayap Burung. Terdapat juga koleksi lebih dari 400 jenis spesimen serangga.



















Kenapa Kami suka ke Taman Rama-rama & Reptilia Melaka

1. Kawasan ni memang redup sebab banyak pokok. Walaupun panas terik tapi tak perlu kita bawa payung pun. Redup sangat.. Landskap sini cantik dan sangat sesuai untuk ambil gambar buat kenangan
2. Banyak jenis haiwan kat sini. Bukan sahaja ada pelbagai species rama-rama, ada juga perkampungan buaya, pelbagai burung, kura-kura gergasi, ular, ikan, serangga, kala jengking, kumbang, labah-labah & Bermacam lagi. 
3. Ada bilik/muzium pameran yang menerangkan pelbagai species kumbang dan rama-rama. Ada juga koleksi mini ponds..
4. Staff kat sini mesra, sometimes diorang beri penerangan tanpa kita tanya
5. Suka bagi makan ikan. Jangan lupa beli makanan ikan di kaunter sebelum masuk tu tau




Ini antara map di Taman rama-rama melaka. Dari sini boleh tau dah binatang apa yang ada kat sini kan..

Harga Tiket Masuk ke Taman Rama-rama & Reptilia Melaka

Harga Tiket : Dewasa RM 22 & Kanak-kanak RM 16 (bawah 3 tahun percuma)



Maklumat Taman Rama-rama & Reptilia Melaka

Kalau korang nak pergi sini mama alu-alukan. Tapi tunggu PKP tamat la ye.

Taman Rama-rama & Reptilia Melaka

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka (Terletak betul-betul di tepi tol Ayer Keroh, bersebelahan dengan Philea Resort)
Telefon: 06-232 0033
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 8.30pagi - 5.30 petang

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Dah bertahun tahun plan nak ke Melaka tapi tak jadi jadi....tengok gambar orang aje laaa

    ReplyDelete
  2. kalau dana lah, taman rama-rama memang dana takkan masuk, penakut kot terjumpa ulat eeee geli kak oi...

    ReplyDelete
  3. antara aktiviti yang seronok tuk buat bersama keluarga. tetiba rindu nak pergi taman dgn family

    ReplyDelete
  4. Tempat sesuai untuk habiskan masa dengan anak2

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak berkunjung ke sini walaupun duduk di Melaka

    ReplyDelete
  6. saya lama tak pergi sini,nanti lepas pkp ni mungkin boleh plan nak ke sini =)

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak tunggu PKP habis
    nak travel
    hehehe

    ReplyDelete
  8. kami dah pernah pergi Taman Rama-rama ni, memang anak2 paling teruja lah.. hee~ habis PKP nanti boleh repeat..

    ReplyDelete
  9. mama pun terasa nak pegi lagi.. rindu dgn rama2 di sana

    ReplyDelete
  10. terasa rindu nak jalan2 dengan keluarga anak2 kan. inshaAllah semoga wabak penyakit ni akan hilang secepat mungkin. aamiin

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak masuk tempat tempat macam ni. rindu pulak nak pergi zoo pergi taman semua.

    ReplyDelete
  12. mama pun terasa rindu nak melawat haiwan2 kat sini.. mata taknya dari kecil sampai besar mama visit diorang ni tau

    ReplyDelete
Previous Post Next Post