Assalamualaikum semua.. harini mama nak share Trend Carian Google di Blog Mamapipie Berubah Sempena PKPP. Hari-hari mama lihat melalui google analytic Trend Carian Google di Blog Mamapipie Berubah Sempena PKPP yang menunjukkan aktiviti dan keadaan semasa orang Malaysia sekarang ni. Seronok juga bila tengok post mana yang orang tengah online baca.
Kalau masa awal-awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu, mama perasan ramai betul yang masuk blog ni untuk baca resepi. Walaupun blog ni tak banyak koleksi resepi sebab mama ni memang tak rajin nak share resepi tapi alhamdulillah sejak PKP mama sendiri ada banyak masa untuk buat post resepi dan sempat juga buat segmen. Terima kasih buat semua yang support segmen mama.
Post resepi mama yang kebabom sampai sekarang antaranya:
Resepi Basque Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Mudah Dan Gerenti Jadi, Resepi Siput Buluh / Pepahat Masak Halia & Resepi Sup Ikan Jenahak Mudah dan Senang. Kalau nak rare boleh tengok resepi Resepi Otak Lembu Goreng ni
Tada... Ini carian untuk minggu ni..
Korang tau tak, hari pengumuman PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) dimana merentas negeri sudah dibolehkan, terus mama tengok post berkenaan makan angin especially post mama berkenaan Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang Terengganu, Tips, Itinerary Dan Harga Pakej sentiasa ada orang baca. Selain tu post durian mama pun naik juga tau. Post ni Memburu Durian Musang King di Bentong Pahang. Paling tak sangka rupanya post mama tentang Zoo Johor ni ramai juga yang singgah sampai 10k++
Compare last week punya. Nampk peningkatan post mana yang trending kan.. Nampak sangat orang Malaysia dah mula nak pergi berjalan-jalan dah tu termasuklah mama haha..
Buat masa ni, mama macam nak tahan-tahankan diri dulu taknak pergi bercuti tapi tetiap hari mama berperang dengan perasaan ecewahh.. so, kita tengok la sampai bila mama boleh tahan tak pergi mana-mana ye..
Compare last week punya. Nampk peningkatan post mana yang trending kan.. Nampak sangat orang Malaysia dah mula nak pergi berjalan-jalan dah tu termasuklah mama haha..
Tags
Blog
kebanyakannya makanan hehe. secara pengalaman sendiri pun saya banyak buat carian makanan masa pkp haritu ahaha
ReplyDeleteMama pun Sama haha
Deleteblogger mama yg fofuler nih., ;p
ReplyDeleteX fofuler mana wak haha
DeleteKat YouTube pun banyak pasal resepi ni
ReplyDeletealhamdulillah terbaik ^_^
ReplyDeleteHebat kak tahniah ya kak menang header pada bulan june di blog rabia kali keberapa ya 😂 rajin kak komen entry2 di blog rabia.
ReplyDeleteWoww tqtq Rabia nanti mama check ye
DeleteWah tengok byk yg hijau je...byk improvement...terbaik mamapp
ReplyDeleteTq cikgu.. Ada sikit la.improve walaupun mama ninxde la pandai
DeleteRamai cari resepi hehe. SInggah :)
ReplyDeletehehehe
ReplyDeletesemua cari resipi sebab sebelum nih nak beli payah
kalau beli pun x sedap pula
hahahaa
Betul Hans.. dah le Mahal kan
Deletesemua rajin nak memasak..hehe
ReplyDeleteTerbaik mamapipie. Sekarang musim orang cari resepi kan.
ReplyDeleteWahh terbaiklah mamapipie..
ReplyDeleteKalau ckp babSbab bercuti,bilik murahk kak. Syikin tergugat ni.. husben tunjuk hotel lexis pd less lbh 50 persen.. hehe.
ReplyDeleteMama Ada tgk Tu.. mmg menggamit je kan
DeleteSemua mula mencuba bakat memasak ye Kak Adda..
ReplyDeletemacam mana kita nak check macam ni ?? saya ni tak reti sangat nak tahu..
ReplyDeleteboleh ke akak share..
mama guna google analytic. blog siti ada masukkan code google analytic tak? kalau nak check kat blogger pun boleh. Dulu mama pun tak pandai mama guna statcounter untuk tengok post mana yg org masuk
Delete