Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan. Nauzubillah minta dijauhkan. Sebagai seorang perempuan yang boleh tahan kepoci serta banyak mulut, mama selalu risau jika ada kata-kata mama yang akan buat orang tersinggung sama ada secara sengaja atau tak. Kadang-kadang kita takde niat nak kecilkan hati sesiapa tapi kita tak tau mungkin dengan tutur kata kita akan menyebabkan orang lain berkecil hati.
Hati orang susah nak baca. Semoga mama dan kita semua diselamatkan dari tersasul dan menyebut perkataan yang membuatkan orang berkecil hati.
Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”. (Sahih Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.
2. Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu para tetangganya dengan lisannya (habis segala pahala kebaikannya)
3. Ada orang yang hanya mengerjakan amalan yang fardhu seperti solat fardhu dan puasa Ramadan, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah menganggu orang lain.
4. Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah termasuk yang ditularkan di media sosial seperti FB, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
5. Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
a. “Humazah” menurut Mujahid adalah pengumpat (termasuk cemohan dengan lisan dan ucapan).
b. “Lumazah” menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya
Syed Qutb menyebutkan, ini gambaran manusia jahiliah dimana jiwa manusia yang lemah dan hina kerana tidak memiliki iman dan kehormatan diri, kerjanya mengumpat dan mencemoh.
Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka al-Hutomah.
كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥) نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧) إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨) فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩)
Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (4) dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan (6) yang (membakar) sampai ke hati. (7) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka (8). (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (9) (Al-Humazah)
Sebagai seorang wanita, memang susah nak jaga lisan kerana perempuan itu mulut dia lebih mudah untuk menyampaikan isi hatinya kadang-kadang tanpa bertapis. Walaupun wanita yang juga seorang ibu, sedangkan setitis susu ibu itu amat besar pahalanya hingga membawa ke syurga tetapi kenalah juga jaga lisan kita ye.
Marilah kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan dan tulisan. Sesungguhnya dosa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang namun dosa tulisan berkekalan dan tersebar keseluruh dunia di alam tanpa sempadan ini.
Sumber: 1 hari 1 hadis
Tags
ISLAMIK
Assalammualaikum dan hi! Nisha datang berblogwalking ke sini ^^
ReplyDeleteAllahu... Nisha setuju. Memang risau sangat-sangat kalau ada tersalah kata atau buat sesuatu yang boleh mengecilkan hati seseorang. Zaman sekarang ni.. Bila ditengokkan balik hm.. *geleng kepada* Ditambah dengan keyboard warriors tu. Membuli di alam maya.. *geleng kepala lagi* Semoga nama kita semua diselamatkan dari tersasul dan menyebut perkataan yang membuatkan orang berkecil hati. Insya-Allah, aamiin. Terima kasih di atas perkongsian ((=
Jemputlah baca entry terbaru Nisha di Blog HadiahBintangJatuh (HBJ),
Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_23.html
Dan memeriahkan giveaway oleh Jari Boloq (tamat pada 24/7/2020 pukul 6 petang ni) Boleh klik banner di entry ini ya. Insya-Allah ada rezeki hehe
https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/giveaway-my-life-alhamdulillah.html
alaa.. tamat semalam ke.. tak sempat mama join..
Deleteapapun mamam setuju dgn nisha tulis tu. ramai keyboard warrior merangkap bawang warrior sekarang ni
Allahuakbar, nauzubillah min zalik..
ReplyDeleteKalau dulu dosa lisan di hujung lidah
ReplyDeletesekarang dosa lisan di hujung jari
tq mamapp atas perkongsian dan peringatan.
ReplyDeletenaubillah min zalik..min dijauhkan
ReplyDeletebukan kata-kata je, malahan penulisan pun keja jaga kan. minta dijauhkan
ReplyDeletePerkingsian sangat bermakna! Semoga kita dijauhkan daripada berbuat demikian 😰
ReplyDeleteminta dijauhkan
ReplyDeleteAllahu.. Mintak dijauhkan. Kadang kite tak sedar kite melakukan dosa lisan
ReplyDeleteallahuakhbar.. tamo !!! semoga jauh dari golongan ni.
ReplyDeleteskrng ni apa yang kita tulis pun blh ganti lisan..