Baru-baru ini mama mencuba Resepi Ayam Masak Thai untuk hidangan berbuka puasa bagi mama sekeluarga. Boleh tahan sedap masakan dengan Resepi Ayam Masak Thai ni. Kami semua terus suka dan mama dah pun masak beberapa kali lauk ni.
Resepi ni mama ambil dari blog Azie Kitchen. Ada serba sedikit derhaka resepi tapi kalau ikut resepi kat bawah ni memang confirm akan menjadi. Jom tengok sama-sama
Resepi Ayam Masak Thai
Resepi Ayam Masak Thai
Bahan A
1 ekor ayam1 biji bawang besar Holland -potong bulat
2 batang serai - ketuk
2-3 helai daun limau purut
Garam secukupnya
4 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak
Bahan kisar:
3 biji bawang merah5 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
2 biji cili api
Cara cara:
- Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing.
- Setelah garing masukkan bahan yang dah dikisar, kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air.
- Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa.
Ada orang suka makanan yang ada kuah lemak, korang boleh letak sedikit santan atau susu segar/susu uht untuk mendapatkan kuah yang bersantan dan creamy.
Resepi asal: Azie Kitchen
Tags
Resepi
menarik jugak nih kak, mudah pun mudah bahan-bahannya tuh boleh cuba nanti
ReplyDeleteWah! Suka resepi macam ni sebab bahan bahan nya mudah nak dapat..aiseh ai tgh die..tapi nak juga cuba la.
ReplyDeleteNampak sedap kejadiannya
ReplyDeletenampak sedap... boleh la cuba nanti
ReplyDeleteEsok nak cuba lah, senang je rupanya :)
ReplyDeletenampak sedap. rindu masakan ibu_suri...
ReplyDeleteWah sedapnya 😋 terliur dah ni
ReplyDeleteSENANG JE RUPANYA MASAK AYAM MASAK THAI NI
ReplyDeleteSalam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
ReplyDeleteSaya ingin bertukar link dengna rakan-rakan blogger semud
Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
JOM TUKAR BLOGLIST
Wah menarik nie Adda.. nanti nak cuba lah..
ReplyDeleteSedapnya.. Boleh tambah dalam koleksi resepi..
ReplyDeleteKita suka masakan Thai! Sedap menyelerakan sebab penuh rasa dan aroma!
ReplyDeletesedapppp nye nampak.. gu dengan nasi panaih pergh..
ReplyDeletesedap ni. ni dah jadi feveret kami anak2 beranak selain dari aam merah fav anak mama
ReplyDeleteSedapnya Kak Adda.. Boleh cuba nie..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete