Homestay Terbaik Untuk Percutian Indah Bersama Keluarga. Bagi sesiapa yang mengenali mama
tentu korang tau yang mama ni sejenis yang suka berjalan dan makan angin. Tak
kisahlah jauh atau dekat pasti mama akan cari homestay untuk bermalam
lebih-lebih lagi jika melibatkan percutian bersama ahli keluarga besar. Kat
sini mama nak share Homestay Terbaik Untuk Percutian Indah Bersama
Keluarga berdasarkan pengalaman mama sendiri.
Salah satu homestay yang kami duduk baru-baru ini di Melaka. Cantik sangat kan rumah ni. Mama berangan-angan nak buat rumah macam ni.
The Shore Oceanarium Melaka, highly recommended
Anak mama di ladang strawberry. Masa ni dia berumur 4 tahun
Pengalaman paling seronok bila dapat petik sendiri strawberry dan makan segar-segar.
Mama dan adik beradik memang selalu dan sentiasa mencari
masa untuk berkumpul bersama terutama jika ada cuti umum. Memang susah nak
kumpulkan kesemua 6 orang adik beradik ni tapi bila dapat berkumpul memang
seronok. Almaklumlah bila ayah dan mak sudah tiada, inilah satu cara untuk
merapatkan lagi hubungan kami. Selalunya bila berkumpul kami akan cari homestay
dan bertemu di situ.
Mengapa
Homestay, Bukan Hotel?
Trend sekarang ni mama lihat lebih
ramai yang selesa duduk di homestay kerana beberapa sebab:
- Lebih murah untuk ahli keluarga yang ramai. Jika kita duduk homestay, kita boleh pilih homestay mengikut bilangan bilik yang sesuai dengan jumlah ahli rombongan. Contohnya kalau ada 4 keluarga, pilihlah homestay yang ada 4 bilik. Tentu sekali ini lagi murah berbanding book hotel dimana harga kena darab 4 bagi setiap bilik. Kalau mama pergi bertiga saja pun mama akan pilih homestay jenis studio. Seronok duduk studio sebab banyak kemudahan berbanding hotel.
Homestay yang mama duduk ada kemudahan dapur memang mudah untuk keluarga besar
- Kemudahan memasak, membasuh, etc. Kalau duduk di
homestay kita biasanya boleh masak dan ada juga homestay yang menyediakan
mesin basuh serta dryer. Tentu sekali ini lebih memudahkan kita,
kan.
- Homestay muslim friendly. Terdapat homestay yang hanya
mengambil muslim saja maka kita rasa lebih yakin dan convenient kerana
biasanya homestay macam ni selalunya akan disediakan sejadah, arah kiblat
dan terjamin kebersihannya. Disamping itu boleh juga kita membantu
menaikkan ekonomi rakan semuslim kita.
- Kemudahan facilities bagi homestay serviced apartment.
Mama suka duduk homestay jenis ini sebab biasanya homestay sebegini ada
pool, gym, taman dan playground. Memang sesuai untuk kegunaan sekeluarga.
Kalau menetap di homestay saja pun dah seronok.
Cuti sekolah hujung tahun dah dekat
ni, Jom terjah homestay di destinasi tarikan pelancong ni. Melaka Bandaraya
Bersejarah.
Salah satu homestay di Melaka yang kami pernah duduk
Sedar tak sedar sekarang sudah hampir hujung tahun dan tak
lama lagi dah nak cuti sekolah dah kan. Korang dah merancang ke bercuti ke
mana? Lokasi penginapan memainkan peranan yang sangat penting semasa
bercuti. Antara destinasi tarikan pelancong paling popular di Malaysia adalah
Melaka. Senang nak jalan-jalan tak perlu memandu jauh.
Melaka memang ada banyak sangat tarikan dan banyak juga
homestay. Pilih saja mengikut kesukaan korang. Kita boleh dapat pengalaman
indah yang unik, bergantung kepada jens homestay di Melaka yang kita pilih.
Contohnya boleh mandi manda di tepi pantai, tengok sunset dan makan seafood
segar kalau pilih homestay tepi pantai https://ibusyurga.blogspot.com homestay di melaka
tepi pantai cantik.
Bagi foodie dan penggemar sejarah pula, korang boleh nikmati
sajian makanan yang enak & jalan jalan di Bandar lama Melaka yang penuh
tinggalan sejarah. Pilihlah homestay yang dekat dengan Bandar Hilir.
Bagi keluarga besar yang ingin berkumpul dan melakukan
aktiviti bersama seperti berjalan-jalan, atau nak luangkan masa cuti dengan
sahabat rapat sebelum habis belajar, korang boleh menginap di homestay murah
lagi berbaloi
Siapa kata tinggal homestay tak kelas? Seperti yang mama
tulis di atas sebenarnya banyak homestay yang moden dan classy tau. Banyak je
homestay mewah di Melaka ni. Memang menawan lagi terbaik servisnya.
Tempat Menarik, Tanah Tinggi Cameron
Malaysia
Percutian mama 8 tahun dulu di Cameron Highland. Suka sangat tempat macam ni sebab sejuk dan segar udaranya..
Sekiranya korang penggemar tempat yang sejuk, tentu korang
kurang suka pergi Melaka sebab cuacanya yang panas sekarang ni. Apa kata korang
menginap di Cameron highland. Banyak sungguh tempat best di Cameron tau.
Kalau dah sampai ke Cameron Highland tu jangan lupa singgah
ke ladang strawberry. Sayang sungguh ke sini kalau tak singgah ladang
strawberry. Banyak ladang diusahakan orang islam, terutama sekali di Kampung
Taman Sedia.
Kalau korang sukakan percutian di homestay mewah dan lagi
selesa, dan ada bajet lebih, korang boleh dapat tawaran terbaik untuk rumah
mewah juga.
Bagi yang suka percutian bajet pula, jangan risau sebab
banyak homestay murah kat Cameron ni
Berbaloi sebenarnya bisnes homestay
ni. Jika anda ada tanah di kawasan tarikan pelancong, buat je la rumah.
Kalau korang ada modal, invest la buat homestay. Sekarang ni
banyak platform yang mudah untuk promote homestay korang. Mama selalu search
homestay guna platform online. Kalau korang plan nak bina homestay di tanah
sendiri, di bawah ni contoh pelan banglo percuma yang boleh di gunakan
sebagai homestay. Pilih saja mana yang berkenan.
Amacam, bila baca post mama ni korang rasa korang nak jadi
orang yang menetap di homestay atau jadi owner homestay? Mama terasa nak jadi dua-dua
tapi modal takdelah pula untuk buat homestay sendiri huhu..
Betul tu mama. Lebih selesa dok homestay je skrg sbb anak2 dah ramai. Buleh buat mcm umah sendiri. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog abam kie? Thank you in advance.
ReplyDeletesetujuuu... duduk homestay memang lagi berbaloi untuk yang ada keluarga besar... macam saya adik beradik kalau nak bercuti semua sekali sebuah homestay pun belum tentu muat...
ReplyDeleteSetuju.. kalau duduk homestay lebih selesa dan luas..
ReplyDeletebergantung kepada lokasi dan occasion :)
ReplyDeleteKalau ramai ramai selesa duduk di homestay.
ReplyDeleteKalau ada tempat strategik, memang untung buat homestay
ReplyDeletebetul lah kak, kalau dengan family besar lebih sesuai pilih homestay kalau hotel agak terhad aktiviti boleh buat bersama mahal pun iya jugak kan...
ReplyDeleteSuka jugak jalan-jalan check in kat homestay je. Lagi jimat dan boleh buat macam rumah sendiri hehehe..
ReplyDeleteAna pun baru ke melaka last weekend. duk homestay juga. Lagi Puas hati.
ReplyDeletebuat homestay mmg menguntungkan kak. tambah2x kalau time cuti sekolah. homestay sesuai utk org gi ramai2x atau keluarga. baru best.huhu.
ReplyDelete