Semasa kami bercuti ke Kuantan bulan September lalu kami sempat singgah ke pantai Balok dan juga Pantai Batu Hitam yang terletak berhampiran saja. Mama nak story sikit tentang Keunikan Pantai Batu Hitam Kuantan Pahang ni. Apa yang uniknya? Di saat mama menjejak kaki ke pantai ni memang terasa keunikannya tau. Uniknya Pantai Batu Hitam Kuantan Pahang
Pantai Batu Hitam? Dengar nama pun dah terasa unik nama dia kan. Tentu saja keunikan pantai ini terletak pada deretan himpunan batu-batu yang berwarna hitam di sepanjang pantai. Mari mama belanja gambar. Sambil tu boleh baca post Kuantan mama:
- Makan Sate Sedap di Satezul Kuantan Pahang
- Lunch di Mustafa Cendol Corner Kuantan Pahang
- Dinner di Sara Thai Kitchen Kuantan Pahang
- Review ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang
Keunikan Pantai Batu Hitam Kuantan Pahang
Perkara pertama yang mama perasan semasa ke sini ialah kuat betul angin sampai berterbangan pasir pantai. Buka je pintu kereta terus pasir masuk mata haha.. So, terpaksalah kami pakai shades. Memang terasa macam nak terbang dibuatnya.
Mama tak pernah lihat batu pantai yang berwarna hitam macam ni. Inilah keistimewaan Pantai Batu Hitam, Terdapat banyak longgokan batu hitam sepanjang kawasan pesisiran pantai. Katanya longgokan batu hitam terhasil dari fenomena semula jadi yang dipercayai berlaku sejak ratusan tahun lalu. Puas juga mama google macam mana boleh terjadi tapi tak jumpa pula apa fenomena tu.. Kalau korang ada info bagitau ye
Mama teliti satu-satu batu ni memang warna dia semulajadi hitam. Rupa dia macam kena bakar kan. Hmm.. apalah yang menyebabkan batu ni jadi hitam.
\
Ada juga batuan jenis macam ni tapi still berwarna hitam. Pantai nampak luas dan landai kan. Mungkin masa ni air surut. Tapi bahagian laut tu seram gak tengok ombak dia..
Ada juga batuan jenis macam ni tapi still berwarna hitam. Pantai nampak luas dan landai kan. Mungkin masa ni air surut. Tapi bahagian laut tu seram gak tengok ombak dia..
Aktiviti di Pantai Batu Hitam Kuantan Pahang
Sempat pula budak ni mengejar ketam dan menangkap sekor dua kat sini. Banyak juga ketam dan umang-umang area ni.
Overall memang best lepak kat sini. Terdapat banyak juga gerai mennjual makanan dan minuman tapi mama tengok makanan yang dijual secara open.. Kesian juga mesti kena pasir yang terbang-terbang tu. Kat sini ada banyak tempat boleh duduk dan lepak, berkelah dan beriadah bersama keluarga. Tembok penghalang ombak yang dibina sepanjang pantai boleh dibuat tempat dudul oleh pengunjung. Ada juga budak-budak mandi pantai kat sini tapi mama memag tak berani dengan pantai laut china selatan ni.
Kat sini ada tandas awam dan.kawasan tempat letak kereta pun luas. So, sesuai dan senang kalau nak ke sini. Mama lihat ramai juga yang cari kulit siput dan kerang di kawasan ni. Terdapat banyak juga kulit siput dan batu karang yang menarik.
Last pergi kuantan masa lepas SPM...sebb sekolah teknik kuantan
ReplyDeleteAkak tak pernh sampai sini lagi..tapi nampak macam cantik kalau photoshoot kat situ kan...
ReplyDeletelast ke pahang 9tahun lepas tu pun dkt bandar Kuantan sebab kenduri. hahaha sebelah pantai timur belum habis bercuti lg
ReplyDeleteMenarik juga kaler batu dia hitam2 gitu.
ReplyDeleteBolehlah singgah. Asyik pergi Pantai Teluk Cempedak sahaja.
ReplyDeletepantai fav mak abah saya lepak petang2 hehe
ReplyDeleteUnik warna batu tu mama.. macam terbakar kan.. cari juga d google, tapi tak jumpa kenapa boleh jd warna cenggitu... jadi sama²lah kita bertanda tanya 🤭
ReplyDeletekan.. mama pun cari tapi tak jumpa pula..
DeleteSha pernah singgah disini.. Cantik kawasan ini..
ReplyDeletecantik tempatnya
ReplyDeleteLepak2 tepi pantai mmg boleh hilang just fikiraan
ReplyDeleteDah lama tak pergi ke Kuantan.. Memang unik pantainya, tenang jea bila melihat laut..
ReplyDeletecantiknya pantai dia. memang unik batu2 hitam tu :)
ReplyDelete