Lunch di Mustafa Cendol Corner Kuantan Pahang. Semasa di Kuantan Pahang, kami ada pergi makan Lunch di Mustafa Cendol Corner Kuantan Pahang yang memang terkenal dengan cendol dan makanan yang sedap. Tengok review kat google nampak memang tempting so kami decide datang makan kat sini.
Sebenarnya, kami singgah sini selepas on the way balik dari kenduri kahwin tau. Tapi sebab masing-masing tak makan banyak, so bolehlah merasa makan kat sini serba sikit. Sambil-sambil tu boleh baca post mama kat bawah ni:
- Review ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang
- Dinner di Sara Thai Kitchen Kuantan Pahang
- Review ES Homestay Raub Pahang
Menu Pilihan Mustafa Cendol Corner Kuantan Pahang
Inilah antara menu yang kami order kat Mustafa Cendol Corner
Cendol aiskrim RM3.40. Opkos kenalah order signature menu kat sini kanABC aiskrim RM3.60. Sedap ni. Cendol Dan ABC kat sini manis dia sedang2 je. So, mama rekemen untuk orang yang tak kuat manis. healthy pun healthy kan
Rojak RM4.70. Sedap rojak ni dan kuah dia pun tak terlalu manis macam typical rojak mamak. Mama suka
Ni la harga yang kami bayar. RM20 aje u ols untuk 4 orang makan.
Pengalaman Makan di Mustafa Cendol Corner
Overall pengalaman makan kat sini memang OK. Kedai ni takdelah terlalu sedap tapi rasa dia memang kena dengan tekak kami. Cendol aiskrim dan ABC aiskrim memang tak sama dengan cendol lain. Harga dia memang amat berpatutana. Punyalah banyak pilihan cendol sampai ada ini ada 13 jenis cendol tau.
Kalau ke sini korang tak perlu risau tentang parking sebab parking space mencukupi. Walaupun masa kami ke sini agak ramai orang tapi servis laju. Mama lihat memang ramai pelanggan dan dari pelbagai bangsa pun ada. Datang sini masa musim pandemik memang kedai ni ikut SOP. Next time kalau ke kuantan boleh lah singgah lagi dan cuba meggie goreng pula ramai yang kata sedap.
Maklumat Mustafa Cendol Corner
Berikut adalah maklumat tentang Mustafa Cendol Corner
Mustafa Cendol Corner
Alamat: Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu perniagaan: 11:00 pagi–7:00 mlm
Tags
FOOD
Ya Allah, sedapnya. hujan hujan ni lapaq pulak :)
ReplyDeletePernah makan cendol di sini tapi dah lama sangat... Lupa dah :)
ReplyDeleteHalah.. halah.. rindu pula nak makan rojak dan cendol macam nie..
ReplyDeleteSedapnya cendol dengan aiskrim..
Penting servis cepat waktu ramai orang.
ReplyDeleteWah banyak jenis cendol.
masa saya ke Kuantan tahun lepas.. tempat ni dalam list..
ReplyDeletetapi sayangnya tutup.. huhu insyallah ada rezeki repeat Kuantan..
sedapnyaaa..murah pula tu memang berbaloi dapat makan :)
ReplyDeletesedapnya mama!
ReplyDeletesedapnya tengok cendol tu, mama...Bila terperap tak boleh rentas negeri ni windu nak jalan2, balik kampung. Moga cepatlah virus ni berlalu dari sini.
ReplyDelete