Lunch di Miker Pizza Ipoh Perak

Dalam post ni [ Dinner di De Bois Cafe Ipoh Perak ] mama ada cerita yang kami plan nak dinner di Miker Pizza tapi disebabkan masa tu terlalu ramai orang maka kami pergi ke De Bois Cafe. Tapi kan.. keesokkan harinya kami pergi juga Lunch di Miker Pizza Ipoh Perak. Kebetulan masa ni hujan lebat maka tak ramai lah orang di kedai. Maka akhirnya dapat juga kami Lunch di Miker Pizza Ipoh Perak. Alhamdulillah..







Sambil tu boleh juga baca cerita ni:



Menu Pilihan di Miker Pizza Ipoh Perak

Kalau dah ke Miker Pizza tentulah kami order pizza kiki.. tapi selain pizza ada juga menu lain cuma tak banyak choice. So, kalau datang sini kena set dalam minda nak makan pizza aje tau..

Rasanya nama pizza ni Meatball Lover. Ada Tomato sauce, Mozzarella, Meatball chunks. Fav anak mama


Ni menu baru iaitu Hawaiian Explosion. Ada Tomato sauce, Mozzarella, Chicken slice, Pineapple, Jalapeno. Sedaap


Ini pula Spicy Tuna. Ada Tomato sauce, Mozzarella, Tuna chunks, Red onion, Chili padi. Hati-hati kepada yang tak makan pedas sebab pizza ni memang pedas. Almaklumlah ada cili api. Tapi sedap tau


Selain pizza ada juga garlic bread dan mushroom soup. Sedap tau kami sampai tambah order lagi.


Senarai Menu dan Harga di Miker Pizza Ipoh Perak







Sini mama share senarai menu, pizza dan harga di Miker Pizza ni

Menu dia tak banyak pilihan sangat. kan


Pengalaman Lunch di Miker Pizza Ipoh Perak

Patutlah Miker ni glemer. Pizza kat sini semuanya sedap, terasa fresh dan bahan-bahan dalam pizza pun banyak. Roti dia lembut walaupun kami tapau sebab tak habis tapi roti pizza masih lembut walaupun dah sejuk. Keadaan dalam kedai cantik dan bersih memang sesuai untuk ambil gambar reramai.. Kalau tak caya tengok gambar ni.. 

Walaupun kedai Miker ni tak besar tapi alhamdulillah semua dapat duduk dengan selesa. Rezeki kami.. Adik yang kerja Miker tolong ambilkan gambar. Staff kat sini memang peramah.. 


Instagrammble even kt luar kedai


Antara pizza yang dibeli. Boleh tengok harga kat sini





Maklumat Miker Pizza Ipoh Perak

Interior
Miker Pizza Ipoh Perak

Alamat: 1, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 11:00pagi–11:00malam



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Wah kalau pi Ipoh nanti boleh lah cuba makan pizza kat sini..

    ReplyDelete
  2. Nampak meriah dengan bahan-bahan pizzanya.

    ReplyDelete
  3. macam dah lama jer tak update entri review kedai makan ni mama kan sejak pkp 2.0 ni laa huhu :)

    ReplyDelete
  4. Kalau dah kata pizza kat situ sedap, terasa ingin pulak nak makan di situ.

    ReplyDelete
  5. Hehe makan pizza sahaja waktu tengahari. Cari nasi tak?

    ReplyDelete
  6. nampak menyelerakan! tapi jauh sngt pulak nak singgah

    ReplyDelete
  7. alaaa kenapa jauhhhh... terasa dah tekak nk mkn pizza hari ni😆

    ReplyDelete
Previous Post Next Post