Bila Anak Dapat Masuk MRSM

Bila Anak Dapat Masuk MRSM. Sejak minggu lepas perasaan mama sebenarnya bercampur baur. Syukur permohonan anak mama ke MRSM berjaya. Anak mama kan nak masuk ke tingkatan satu tahun ni. Tak sangka dia akan duduk asrama pada usia 13 tahun. Bila Anak Dapat Masuk MRSM

Masa ambil ujian dulu di MRSM Alor Gajah yang cuma 1 jam lebih aje dari Shah Alam. Tapi MRSM yang anak mama dapat masuk ialah MRSM di Kedah. Ini lah yang membuatkan perasaan mama bercampur-campur dan buat mama jiwa kacau. Sejak dapat keputusan tu hari-hari mama nangis tau. Kelakar tak.. Anak rilek aje, mak dia pula yang over. Baca ni:


Mana taknya inilah pertama kali mama akan berjauhan dengan anak mama yang sorang ni. Kalau dekat boleh juga kerap-kerap jenguk dia. Ni alahai.. jaraknya amat jauh dan nak pergi tengok selalu pun tak boleh (zaman sekarang tak boleh merentas negeri)




Secara jujurnya mama tak ready lagi nak lepaskan anak mama tu. Tapi bila difikir secara mendalam, melepaskan dia ke sana adalah keputusan yang terbaik. Sebagai anak tunggal, sudah tiba masanya untuk dia belajar berdikari. Mama dah mula join grup wasap dan FB ibu bapa MRSM dan alhamdulillah lega juga bila dapat berkongsi perasaan. I'm not alone :)


Pro & Cons Anak Duduk Asrama

Ini adalah list yang mama buat sendiri dan antara sebab mama ambil keputusan terima tawaran MRSM tu. Anak mama pun kata OK nak masuk MRSM. 

Pro Anak Duduk Asrama

  • Berdikari - anak akan mampu berdikari dan mengurus diri sendiri. Especially buat anak tunggal,  satu hari nanti dia kena pandai buat urusan sendiri. Mak dan ayah takkan selalu ada disisi, adik-beradik pun xde so nak harapkan siapa lagi kan..
  • Jadual dan lebih berdisiplin - berbanding duduk di rumah yang ada banyak menda lagho. Duduk di asrama jadual lebih teratur, so anak akan lebih pandai mengurus masa dengan baik
  • Memupuk jatidiri anak - Bila duduk asrama ni secara tak langsung akan memupuk jatidiri anak. 
  • Menghargai keluarga - Bila berjauhan ni tentulah rindua-rinduan dan terkenang-kenang ahli keluarga. Masa ini lah mereka akan mula menghargai keluarga yang lain.
  • Keselamatan lebih terjamin - Berada dalam lingkungan yang terkawal dan tak perlu turun naik bas ke sekolah. Semua ada di premis maka lebih selamat kan.
  • Memupuk hubungan baik sesama kawan dan cikgu - bila berada kat sana kawan-kawan akan jadi adik-beradik dan cikgu-cikgu jadi mak ayah. Secara tak langsung mereka akan memupuk PR skill juga.

Cons Anak Duduk Asrama

  • Masalah buli - nauzubillah. Sekarang ni mama jarang dengar masalah buli di sekolah walaupun ada kes anak junior mama seorang lawyer kena buli kat MRSM. Semoga takde kes buli2 ni di sekolah anak mama nanti
  • Tak dapat tengok anak membesar depan mata - ini kena redha dan pasrah. Nak tak nak kita dah mula kena lepaskan anak tu walau sebesar mana pun kasih sayang kita. 
  • Anak homesick


Itu je la yang mama nak cerita.. Mama sendiri masuk asrama dari form 1 dan mama tahu perasaannya berjauhan dari ibu bapa. Tapi kehidupan di asrama yg sukar tu la yang membentuk mama sehingga sekarang dan kawan-kawan yang sama-sama membesar di asrama sehingga kini masih rapat dan berhubung seperti adik beradik sendiri. Insya Allah anak mama boleh jadi macam tu juga malahan lebih baik lagi. Minta korang doakan dia semoga cekal dan kuat ye.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

30 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdulillah dapat masuk.
    Haah jauh. Takpelah harap anak mama dapat harungi. Saya pun pernah masuk masa tingkatan 1 tapi tidak kuat semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke wina.. nak masuk asrama ni jiwa kena kental

      Delete
  2. tahniah buat bujang akak.... mama jangan nangis ya

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk anak mama dan mama jugak. Bukan senang nak lepaskan, lagi-lagi zaman pandemik. Semoga dia dalam lindungan Allah dan dapat membentuk peribadi lebih baik di asrama. Amin

    ReplyDelete
  4. tahniah kak,, memang sedikit rasa sayu makin dekat tarikh dorang nak lapor diri tu kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Wahhh bukan calang² dapat ke mrsm ni.. dulu pi interview nak masuk mrsm menggigil kali huhu it yg fail agaknya... Takpe mama, InsyaAllah semua baik baik je... Pengalaman buat dia n mama juga nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betu Tu Suraya.. soalan Kami berjaya ye. Saman covid ni xde interview

      Delete
  6. Tahniah kepada anak Mamapp. Semoga dipermudahkan segala urusan di MRSM nanti.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki dapat masuk MRSM.
    Mama jangan sedih sedih, in shaa Allah anak pergi untuk menuntut ilmu.
    Semoga dimudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dh kurang dah Rasa sedih insya Allah Kami kuat. Amin TQ atas doa

      Delete
  8. Tahniah buat anak mama
    Semoga cerah masa depannya

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat anak akak..
    semoga dipermudahkan segala urusan untuk ke MRSM..

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat anak mama. Insha'Allah doa yg baik2 🤗

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..tahniah..tak pe utk masa depan dia juga. Betul setiap pilihan ada kebaikan & kelemahan masing-masing. Apapun kita doakan yang baik-baik saja untuk dia. Moga sepanjang duduk di asrama nanti dipermudahkan & tak ada masalah.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Tahniah Syafi. Faham sgt perasaan akak tu. Semoga Syafi sentiasa dilindungiNya dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  13. kes sy plak anak dpt la masuk mrsm masa f4 tu...tp dia x nak pi. kononnya dia selesa dok umah.

    ReplyDelete
  14. anak saya duduk MRSM sejak Form one lagi...sekarang dah habis SPM hehehe

    ReplyDelete
  15. Tahniah...semoga Syafi dapat sesuaikan diri sebaiknya..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post