Hidayah & Doa Agar Diberikan Hidayah

Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT dan hidayah itu milik Allah, ia tidak datang dengan sendirinya. Hidayah itu perlu dicari. Harini ini mama naka share hadith  tentang Hidayah & Doa  Agar Diberikan Hidayah







Doa Diberikan Hidayah


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى


Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." (HR Muslim  No: 2721) Status: Hadis Sahih

gambar hiasan



Kesimpulan hadith:

1.  Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf dan ghina.

2.  Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

3.  Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

4.  Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

5.  Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “”Afaf bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”

6.  Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)







Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:


a.  Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal. 

b.  Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.

c.  Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

d.  Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.


Mari sama-sama amalkan doa ini. Moga Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertakwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada. Amin..


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Insya Allah akan selalu minta hidayah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. always doa Mintak petunjuk dan hidayah. Good sharing mama

    ReplyDelete
  3. Amin YRA. Thanks for sharing mama

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua sentiasa diberikan petunjuk ke jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kongsi perkongsian yg bermanfaat ini

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah ditetapkan dalam iman. Terima kasih sharing kak

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kongsi Adda.. ❤️

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini kak Adda..

    ReplyDelete
  11. #HidayahAllahSangatMahal tp tak ramai yg menghargainya...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post