Review Korean Drama The Uncanny Counter.

Review Korean Drama The Uncanny Counter. Assalamualaikum. Arini mama tak tau nak cerita apa. So jom baca mama Review Korean Drama The Uncanny Counter ni. Masa mama pos tentang Mister Queen mama ingat lagi Rodiah ada komen suruh tengok cerita ni. So, mama pun tengok la. Almaklumlah mama ni baru nak kenal drama Korea. Dah lama mama tengok cerita ni baru nak review.







Rupanya memang best citer ni. Citer fantasi dan ada elemen action & penyiasatan. Memang la mama suka. Mama bagi 10/10 bintang tau. Terima kasih Rodiah suggest drama ni kat mama. Baca ni juga




Details Korean Drama The Uncanny Counter. 

Tajuk Drama: The Uncanny Counter (English title) / Amazing Rumor

Episod: 16

Tarikh Tayangan: 28 November 2020 - 24 Januari 2021

Genre: Fantasy, Misteri, Action


Sinopsis Korean Drama The Uncanny Counter. 

Drama berkisar tengan counter iaitu seseorang yang ada kemampuan khas untuk mengalahkan dan membebaskan roh jahat yang merasuk masnusia. Setiap counter ada kebolehan tersendiri. Cerita ni berdarakan siri webtoon dengan nama yang sama. 

Mun ( Joe Byeong-Gyu ) adalah seorang pelajar sekolah menengah dan dia adalah ahli termuda "Counter." Keupayaan khasnya adalah kekuatan fizikalnya. Semasa kecil, dia terlibat dalam kemalangan kereta yang mencurigakan. Ibu bapanya meninggal dalam kemalangan itu dan dia menjadi cacat pada kaki kirinya. Dia akhirnya bertemu dengan counter lain iaitu Ga Mo-Tak ( Yu Jun-Sang ) seorang bekas pegawai polis, Do Ha-Na ( Kim Se-Jeong ) yang dapat membaca memory dan Chu Mae-Ok ( Yum Hye-Ran ) yang ada healing power. Hubungan mereka menjad rapat dan mereka bekerjasama memburu roh jahat.



Mama suka pada jalan cerita dan plot yang kuat. Seronok tengok hubungan kekeluargaan antara mereka berempat dan mama suka juga tengok hubungan Mun bersama atuk nenek serta kawan-kawan baiknya. Wlaupun dia cacat tapi dia kaya dengan nilai murni.. Mama suka juga lihat watak keibuan Chu Mae-Ok.




Overall memang puas hati tengok cerita ni. Ending pun OK. Misteri kematian ibu bapa Mun berjaya dirungkai walaupun mereka berdepan dengan satu demi satu cabaran.. Very recommended untuk tengok. TQ Rodiah suggest kat mama cerita ni. 



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Memang best drama ini.. Harapnya adalah season 2 yang lebih ohsem.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada season 2 akak tengok. mmg best tp biar pelakon yg sama la

      Delete
  2. Memang best! Tapi sayang, si Mun tu terpalit kontroversi pulak dalam real life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke.. sayangnya.. dia pelakon yg best tapi attitude pula problem ye

      Delete
  3. Wah ramai puji siri ini sedap.
    Nanti tengok. Selalu lambat tengok. Sekarang macam tiada masa/mood nak tengok drama Korea.

    ReplyDelete
  4. Bestt, tengah dalam senarai nak tengok juga nih hehe

    ReplyDelete
  5. Macam best jer citer ni..ok nanti nak tengok la..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah tonton lagi drama ni. Sinopsisnya macam menarik.

    ReplyDelete
  7. baca review mama macam best ja ni

    ReplyDelete
  8. dapat 10/10 tu mmg tahap best sesangat ni ;-)

    ReplyDelete
  9. best tau citer ni korang kena tengok bg sesapa yg belum tgk lagi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post