Pengalaman Buat Swab Test Di Bulan Ramadhan. Assalamualaikum semua. Sebenarnya mama diarahkan balik dan work from home oleh HR mama sejak seminggu lepas. Malang tak berbau, dan virus covid ni lagi la xde bau dan xde rupa. Mama menjadi contact rapat kepada opismate mama. Pengalaman Buat Swab Test Di Bulan Ramadhan.
Pagi CEO bagitau mama yang office nak kena sanitize mama tanya dia siapa yang positif. Bila disebut nama terus berderau darah mama. Yelah, baru semalamnya mama berborak dengan dia lama juga dah tup tup pagi esoknya dia disahkan positif. Pada masa yang sama dia pun dah bagi nama mama sebagai contact rapat. Kawan mama tu memang langsung takde gejala. Buat swab test sebab nak masuk tempat keje baru.
Pengalaman Buat Swab Test Di Bulan Ramadhan
Sebelum ni mama selalu jadi level 2 contact pesakit covid tapi tak sangka kali ni jadi level 1 pula. Jiran mama sekarang ni pun adalah seorang pesakit covid dan hanya kuarantin di rumah. Tapi setelah seminggu dia kena pergi KL sebab bp dia naik pula. Semoga kita semua dijauhkan dari virus ni,
Kalau korang perasan rasanya tahun lepas mama pernah mention yang mama ni sejenis yang paling takut nak buat swab test sampai masa KKM datang rumah mama menyorok. Tapi entah kenapa kali ni mama berani sebab kenangkan keluarga kat rumah. So, mama dan rakan pergi menyerah diri buat swab test di salah sebuah klinik kat sini.
HUKUM SWAB TEST KETIKA SEDANG BERPUASA
Ni mama ambil fatwa dari muftiwp tentang hukum swab test ketika berpuasa.
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke 3 tahun 2020, mesyuarat menetapkan :
“Prosedur saringan bagi mengesan penyakit COVID-19 adalah dengan mengambil sampel lender (mukus) yang berada di dalam rongga hidup sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung paling atas) dan rongga mulut sehingga ke kawasan oropharynx (anak tekak) adalah TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Ianya selaras dengan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-87 pada 23 hingga 25 Jun 2009 yang telah memperakukan Panduang Berpuasa bagi Pesakit.”
Justeru, swab test atau ujian saringan COVID-19 yang menggunakan kaedah Nasopharyngeal swab (melalui hidung) dan Oropharyngeal swab (melalui mulut) yang dijalankan ketika sedang berpuasa adalah tidak membatalkan puasa. Ini kerana calitan yang dijalankan melalui kedua-dua proses tersebut tidak sampai ke kawasan rongga dalam.
berdebar nya ye kak, terus terfikir family kan... takut kita jangkitkan mereka... aduhai mujurla negatif ye kak
ReplyDeleteiye dana.. terus teringat family tu yg gagah pegi buat swab tu
DeleteAllahu . Mujur negatif . Semoga Allah lindungi kita dari virus ni
ReplyDeleteamin.. alhamdulliah -ve
DeleteSyukurlah mama negatif. Abe kie baru sembuh ni. Bila diingat, ngeri tul pengalamalan dirawat sbg pesakit covid di hospital.
ReplyDeletetu la ada ternampak abam masuk wad.. nanti share pengalaman ye.. semoga sentiasa sihat
DeleteUisk kenyataan Adda jadi level 2 pun buat saya seram.
ReplyDeleteAlhamdulillah keputusan negatif. Jaga kesihatan, jangan banyak minum air batu banyak sangat. Hehe nasib baik boleh beza sakit biasa dengan Covid.
level 2 kira ok lagi, kalau level 1 negative dah boleh dtg keje. kalau level1 terus kena kuarantin 10 hari NA
Deletekorek hidung batal puasa,
ReplyDeleteswab test x batal puasa., ;p
iye betul tu wak
DeleteAlhamdulillah negatif
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteAlhamdulillah negatif. Takut nya kalau positif, terus terfikir keluarga kan mamapipie.
ReplyDeletealhamdulillah tu la atiqah risau mama
Delete