Lain Di Order Lain Yang Dapat, Cara Dapatkan Refund Dari Shopee

Lain Di Order Lain Yang Dapat, Cara Dapatkan Refund Dari Shopee. Beberapa minggu lalu mama ada beli barang dari Shopee.. Biasalah kan musim PKP ni memang syok beli barang online ni. Masa tu mama nak belikan barang keperluan untuk anak mama nak masuk asrama lepas cuti sekolah. Macam-macam mama beli contohnya mangga loker, stationery dan mcm2 lagi. Sekali bila dapat punya terkejut mama.. Lain Di Order Lain Yang Dapat, Cara Dapatkan Refund Dari Shopee. 







Ramai yang membeli susu ibu hamil dan susu formula anak kat shopee. mama lihat ramai kengkawan suka beli kat shopee sebab harga lebih murah. Kalau kat Shopee, setiap kali kita terima barang kita kena buat klik "order received" kan. Mujur la tergerak hari mama nak buka kotak yang mama dapat sebelum confirm order received. Sambil tu boleh baca ni juga. 


Cara Dapatkan Refund Dari Shopee

Seperti yang mama bgtau, mama banyak beli barang  keperluan utk sekolah dan asrama anak mama kan. Nak tau tak apa yang mama dapat? Jeng.. jeng..

Tu dia sampai 10 botol hand sanitizer mama dapat. Nak buat mandi ke apa. Mama beli hand sanitizer sekotak masih ada lagi stok kat umah ni..


Apapun, kalau dah terima barang dari Shopee korang kena check dulu tau. Jangan klik order received dulu.

Klik my purchase.. pastu klik to receive

Pilih order yg bermasalah. Ni mama.bg contoh aje. Sebab terlupa nak SS aritu.  Jgn klik order received pulak nanti xboleh nak minta refund (pernah jadi pada kawan mama). Korang klik list barang Tu.

Lepas klik akan keluar skrin ni. Korang klik return/refund. Kalau barang dah sampai dia akan boleh klik kat situ. Ni mama bagi contoh je ye



Isi return/refund , letak description Dan pastikan ambil gambar sebagai bukti. Gambar barang, gambar invoice kalau Ada dan gambar postage label

Return instructions guna POS laju. Jangan lupa print return label. Return label ni boleh dibuka di laptop atau komputer. Mama try buka guna henpon tak boleh. Sama kes macam Lazada juga.

Bungkus balik barang tu, tampal return label dan hantar ke pejabat pos yg tersenarai. Satu kerja pula mama mengangkut 2 kotak hand sanitizer. Boleh tahan berat juga huhu..

Selepas hantar ke pejabat pos, kita boleh lihat status refund kita melalui shopee apps. Memang cepat sampai ke warehouse dan cepat juga diorang proses. Dalam masa beberapa hari dah dapat balik dah duit mama melalui shopee pay. Lepas dapat refund tu mama terus masuk balik kedai tu dan order semula barang yang mama nak. tapi mama order yang perlu je.. Serik.. 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Benda macam ni la kalau boleh tak nak berlaku...letih nak buat return parcel punya process kan...

    ReplyDelete
  2. Selalu kalau CCL beli barangan di online ni selalu buka dlu parcel nak confirmkan sama ada betul or tidak barang yg sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ccl.. mama ni kekadang ikut mood. apapun mmg kena check terus

      Delete
  3. Aduh satu kerja kena pulangkan. Kira tidak dapat barang yang dipesan kan?

    ReplyDelete
  4. Satu kerja nak kena pulangkan balik huhuhu. Tapi betul tu, kalau terima barang jangan terus order received. Kena check dulu incase ada problem.

    ReplyDelete
  5. Belum pernah kena lagi macam ni. Tapi perkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap membantu kalau jadi kat fairus nanti

      Delete
  6. banyak kali kena.yang defect pun pernah dapat.

    ReplyDelete
  7. Good sharing Adda.. Kak Sue pun pernah sender yang salah hantar. Terus return balik kat tempat delivery yang sama, settle.. Nasib semua okay je tak banyak hal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini la risiko beli barang online kan kak.. nasib2

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Benda mcm ni je yang leceh kalau tersalah order.. Nak pergi return tu.

    ReplyDelete
  10. ohhh macam tu..nda pernah terkena lagi sebabnya mmg jarang online shopping hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post