Review Korean Drama Strangers From Hell

Review Korean Drama Strangers From Hell. Dah lama juga mama selesai tengok cerita Strangers From Hell ni. Cerrita yang agak psiko dan thrill. Kalau sesiapa yang suka genre thriller bolehlah tengok drama ni. Review Korean Drama Strangers From Hell.








Mama bagi 8 bintang untuk cerita ni. Mama memang tak berapa gemar cerita kejam-kejam macam ni tapi en hubby suka pula drama ni. Pelik juga sebab dia mmg x suka drama korea. Mama tengok sekali je cukup la taknak repeat tengok dah.  Jom tengok review mama.


Review Korean Drama Strangers From Hell

Ni maklumat tentang drama  Strangers From Hell

Pic dari dramamilk.com. Cerita ni dari webtoon. Mama sendiri rasa psiko masa mama tengok gambar karakter lukisan webtoon yang ditunjukkan dalam episod akhir.. 


Drama: Strangers From Hell

Episod: 10

Tarikh Tayangan: 31 Ogos - 6 Oktober 2019

Genre: Thriller, horror, psychological thriller

Pelakon: Im Si-Wan (Yoon Jong-Woo), Lee Dong-Wook (Seo Moon-Zo)


Sinopsis Korean Drama Strangers From Hell

Yoon Jong Woo seorang lelaki yang baik dan sopan, baru sampai ke bandar Seoul kerana mendapat kerja di syarikat senior dia. Harga sewa pangsapuri memang sangat mahal dan akhirnya dia berjumpa dengan sebuah pangsapuri murah yang berkongsi dapur dan bilik mandi dengan penyewa lain. Dia dapati penyewa kat sana nampak pelik dan mencurigakan.  


Dari hari ke hari dia berdepan dengan bermacam keanehan penyewa kat sana. Ada yang macam pervert, gile, menakutkan dan yang paling creepy ialah seorang doktor gigi, Seo Moon-Zo. Mula-mula nampak doktor gigi ni normal tapi rupanya dialah yang paling jahat kat sini. Di sekitar apartment ni sudah banyak kes orang hilang dan rupanya penyewa kat sini ada hobi iaitu suka bunuh orang.. uwaa.. ganasnya. 



Dari hari ke hari Jong-Woo jadi amat tertekan dan akhirnya merubah diri dia menjadi panas baran dan ganas. Tapi dia tak dapat nak convince polis, senior dia dan girlfren dia tentang kejahatan jiran-jiran dia tu. Akhirnya satu malam semuanya meletop dan peperangan besar-besaran dengan jiran-jiran dia terjadi. Uihs nak cerita lebih pun macam tak sampai ati. Kalau korang suka genre macam ni dan nak tau apa akan jadi dengan Jong-Woo silalah tengok ye. Memang psiko habis..


Apapun, drama ini menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai kejahatan dalam diri kita. Sejauh mana kita dapat mengawalnya dan bagaimana persekitaran boleh merubah sikap kita. Kesimpulannya kita kena bersikap baik kepada semua orang sebab kita tak tau sejauh mana org tu pendam kejahatan dia. uuuu.. psikonya..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Serammmm tengok dong wook dalam ni hahaha

    ReplyDelete
  2. Kannn.. kena buat baik ngn semua org.. sabar jelaa

    ReplyDelete
  3. drama korea ni bikin ketagih. sebab tu abe kie cuma tgok movie korea je...

    ReplyDelete
  4. Masa adik saya tengok di Netflix, saya tengok jugak la sikit-sikit. Konsep dia unik sebab penonton dah tau dari awal sape yang jahat, tapi sejauh mana level jahat diorang kenala tengok

    ReplyDelete
  5. Macam menarik ja cerita nie Adda.. nak nak pi tengok jugak lah..

    ReplyDelete
  6. Macam best je ni! Pernah juga dengar sebelum ni kawan kata best!

    ReplyDelete
  7. drama ni terlalu dark, tak berani nak tengok..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-korea-taxi-driver-2021.html

    ReplyDelete
  8. Bestt2 🤗 ada dekat Netflix

    ReplyDelete
  9. berepisod ok boleh tgk nanti mama :)

    ReplyDelete
  10. Akak nak tgok laaa....macam best je ni...

    ReplyDelete
  11. Sha tak berjaya lagi tengok drama ini sampai habis..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post