Ancaman Neraka Wail Bagi Yang Suka Twin Solat dan melalaikan solat. Korang biasa dengar tak perkataan twin solat? Biasanya kaum perempuan ni especially yang bermekap suka buat perkara ni sebab mekap kan ambil masa lama, so sekali aje la diorang re-makeup balik. Ini berdasarkan pemerhatian rakan2 mama la ye. Bukan semua macam tu. Ramai dah yg dah insaf tak buat dah twin2 ni. Sangat bahaya Ancaman Neraka Wail Bagi Yang Suka Twin Solat dan melalaikan solat. Walau macam mana cantik deco rumah siap ada bilik khas untuk solat dalam pelan rumah tapi kalau masih solat llewat waktu apa gunaya. Mari kita baca sama-sama.
Nabi SAW telah bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
Maksudnya: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.”
Riwayat al-Tirmizi (413), Ahmad (8017), Abu Daud (864) dan Ibn Majah (1425)
Ibn Abbas RA berkata: “Pengertian ‘meninggalkan solat’ tersebut bukanlah beerti meninggalkan solat itu sama sekali, malah yang dimaksudkan ialah mengakhirkannya dari waktunya.”
Said bin Musayyib Rahimahullah pula berkata: “Maksud ‘meninggalkan solat’ adalah seseorang yang yang tidak solat zohor kecuali sehingga datangnya waktu asar, dan tidak solar asar sehingga datangnya waktu maghrib, dan tidak solat maghrib sehingga datangnya waktu isya’ dan tidak solat isya’ sehingga datangnya waktu fajar solat subuh, kemudian tidak menunaikan solat subuh sehingga terbitnya matahari. Maka sesiapa yang mati di atas cara yang sedemikian itu dan tidak bertaubat (sebelum matinya), maka Allah SWT akan meletakkannya sebagai orang yang berdosa, dan kerana itu juga dia akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam pada bahagian yang paling dalam sekali.
Firman Allah SWT:
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ، الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
Iaitu lalai daripada menunaikan solat serta mensia-siakan solat.”
Sa’ad bin Abi Waqqas RA berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang melalaikan solatnya, maka Baginda menjawab: “Iaitu mengakhirkan waktu solat (daripada waktunya yang asal sehingga sampai kepada waktu solat yang lain). Mereka itu tetap dinamakan orang-orang yang menunaikan solat iaitu sebagai musalliin. Akan tetapi kerana mereka telah mensia-siakan dan mengakhirkan waktu solat tersebut, maka mereka diancam dengan neraka Wail, iaitu seksaan yang teramat pedih di dalamnya.
Ada juga yang mengatakan Wail itu adalah sebuah lembah di dalam neraka Jahannam, yang sekiranya gunung-gunung di dunia ini dicampakkan ke dalamnya, maka gunung-gunung itu akan menjadi cair akibat kepanasannnya yang teramat. Maka itulah tempat bagi mereka yang mensia-siakan solatnya dan mengakhirkan solatnya sehingga keluar dari waktunya. Kecuali jika dia telah bertaubat kepada Allah SWT dan menyesal akan kesalahannya itu.
Allahu, takutnya bila baca ni. Mama sendiri pun solat tak perfect lagi ni. Marilah sama-sama kita perbaiki solat kita ye.
Rujukan: mufti wp
Allahuakbar. bahaya solat hujung-hujung waktu.
ReplyDeleteterima kasih kak beri perkongsiann ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTwin solat ni maknanya macam solat zohor hujung waktu sebab nak sekalikan dengan asar ke?
ReplyDeleteAllahu, terima kasih atas perkongsian. Pertama kali juga dengar orang gelarkan ini sebagai twin solat.
ReplyDeleteAllahuuu..terima kasih kak sharing, moh kita awalkan waktu bersolat. InsyaAllah
ReplyDeleteTak pernah dengaq twin solat. Saya baca dua kali masih kurang jelas. Hehe maksudnya macam mana tu? Solat dihujung waktu ke? Contoh. solat waktu zohor betul-betul hujung waktu zohor dan sambung asar apabila masuk waktu asar. macm tu ke?
ReplyDeleteiye ain lebih kurang gitu.. melambatkan zohor atau waktu solat yg lain sama la
Deleterasa bersalah pulak, dulu masa kerja part time jadi cashier selalu buat macam ni sebab taknak keluar banyak2 kali. sekarang tak buat dah T__T terima kasih utk perkongsian
ReplyDeleteThanks share mama. Kebiasaannya kalau kerja retail terpaksa buat gini terutama bos non muslim. Rehat pekerja retail tak boleh lama macam pekerja pejabat ada prayer break. harap Allah ampunkan dosa-dosa saya. Tu yang berhenti dulu walaupun sebenarnya seronok.
ReplyDeleteinsya allah mohon ampun kepada allah byk2 sebab bukan sengaja kita nak lambatkan solat kan sal..
DeleteTq mama atas peringatan
ReplyDeleteItulah kadang-kadang leka juga.
ReplyDeletetq semua. utk peringatan mama juga ni
ReplyDeleteTimm time kje f&b mmg tunggang lnggang waktu solat, huhu..
ReplyDelete