Assalamualaikum semua. Salam hari JUmaat penuh keberkatan. Harini mama nak share tentang Hukum Memakan Kutu Beras dan Kutu dalam Tepung Gandum. Mama memang kurang gemar bila nampak ada kutu beras dalam beras tu. Kadang-kagang kutu beras ni memang dah ada dalam beras masa beli, tapi ada kalanya kutu muncul setelah sekian lama kita menyimpan beras. Walau apapun kadang-kadang kesian juga tengok diorang tenggelam dan terkorban dalam air bila cuci beras. Kalau kutu dalam tepung senang aje, bila di ayak, dapat kita asingkan dia dgn tepung.
Hukum Memakan Kutu Beras dan Kutu dalam Tepung Gandum
Soalan: Apakah hukum memakan kutu yang terdapat dalam beras dan tepung gandum. Adakah hukumnya haram sama seperti bangkai atau dimaafkan? Mohon penjelasan.
Jawapan:
Pada asasnya hukum memakan serangga seperti kutu dan kumbang adalah diharamkan kerana ia termasuk dalam kategori haiwan hasyarat yang menjijikkan, dengan dikecualikan hukum belalang kerana terdapat nas yang menghalalkan.
Allah ﷻ berfirman:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: “Dan baginda (Rasulullah ﷺ) menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)
Menurut Imam Fakhruddin al-Razi dalam Mafatih al-Ghayb (15/381), dalam ayat ini Allah ﷻ menyifatkan Nabi Muhammaf ﷺ dengan sembilan sifat, antaranya, menghalalkan bagi manusia akan benda-benda yang dihukum oleh Allah sebagai halal yakni dihalalkan segala benda-benda yang berasa elok pada jiwa dan enak pada tabiat manusia, melainkan terdapat dalil lain yang mengatakan ia haram. Begitu juga Rasulullah ﷺ mengharamkan segala apa yang jijik pada jiwa seperti bangkai dan darah, dan orang yang memakannya dianggap fasik. Dalam kata lain, semua benda yang ditanggap kotor pada tabiat manusia dan dirasakan jijik pada jiwa adalah diharamkan kerana ia menjadi sebab kepada sakit, sedangkan apa sahaja yang memudaratkan hukum asalnya adalah haram. Maka setiap yang jijik pada tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil yang menyatakan hukum berbeza.
Namun begitu, ulat atau kutu yang lahir pada makanan seperti buah, beras dan tepung gandum adalah dimaafkan untuk dimakan bersama makanan itu. Ini kerana sukar untuk diasing, dikawal daripada kemasukan, dan tabiat serta rasanya sama seperti makanan sehingga tidak dipandang jijik. Namun jika diasingkan lalu dimakan, maka tidak dimaafkan, mengikut pendapat yang asah.
Berkata Imam al-Nawawi: “Ulat yang lahir daripada buah-buahan, keju, cuka dan kacang hijau, dan yang seumpamanya, jika ia mati dalam benda yang dia dilahirkan daripadanya maka dia menjadi najis disebabkan kematiannya, mengikut mazhab, namun tentang memakannya terdapat tiga aujuh (pendapat ashab); [pendapat yang paling sahih] ialah halal memakannya bersama benda yang dia dilahirkan daripadanya, bukan secara terasing;[dan pendapat kedua] halal memakannya secara mutlak [dan pendapat ketiga] haram secara mutlak, maka mengikut pendapat yang sahih ia adalah najis tetapi tidak memudaratkan pada memakannya secara bersama.”
Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab (9/36-37)
Imam al-Nawawi berkata: “dan disebutkan (oleh beberapa orang ulama) bahawa ulat tidak diciptakan daripada bangkai itu sendiri, atau tahi baja itu, akan tetapi ia semata-mata dilahirkan di dalamnya, seperti ulat cuka, yang tidak dicipta daripada cuka itu sendiri tetapi dilahirkan di dalamnya.”
Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab (2/568)
Berkata Syeikh Jamal dalam Hasyiah Jamal: “Imam al-Ramli bersetuju bahawa diharuskan memakan kacang ful dan kurma yang diserang kutu, bersama dengan kutunya, sama ada hidup atau mati…Diqiyas juga dengan kurma yang diserang kutu dan kacang fulu apabila kedua-duanya dimasak dan kutu itu mati di dalamnya, sekalipun cara makan kurma berbeza dengan kacang ful. Kurma pada adatnya dibelah kemudian dibuah apa dalamnya, tak sama seperti kacang ful, nescaya inilah pendapat yang lebih tepat.”
Rujuk Hasyiah al-Jamal (5/268)
Berkata Syeikh Abu Bakar al-Dimyati dalam I`anah al-Tolibin (9/458-459): “[begitu juga ulat yang lahir daripada makanan seperti cuka dan buah; jika dimakan bersama mengikut pendapat yang asah] kerana sukar mengasingkannya, dan kerana ulat itu umpama sebahagian daripada buah itu pada tabiat dan rasanya. Adapun jika ulat itu dimakan secara terasing maka mengikut pendapat yang asah ialah diharamkan…dan diqiyaskan makan yang berulat dengan kurma atau kacang baqila` yang diserang kutu, apabila dimasak.”
Berkata Imam al-Khatib al-Syirbini: “[Begitu juga hukum ulat yang dilahirkan dari makanan seperti cuka] dan keju [dan buah-buahan, hanya jika di makan secara bersama] apabila ia mati [mengikut pendapat yang asah] kerana sukar diasingkan. Sebahagian ulama muta’akhkhirin melampirkan hukum hukum daging yang berulat dengan hukum buah-buahan. Berdasarkan penta`lilan ini, maka jika perkara itu mampu diasingkan, ulat dalam epal, maka haram memakannya secara bersama. Berkata Ibn Syahbah: itulah pendapat yang zahir, yakni apabila tidak sukar untuk membezakan. Terkeluar daripada pendapatnya [secara bersama] bagi kes memakan ulat secara berasingan maka itu haram sebab najisnya bangkai dan kejijikannya. Sama jugalah jika ulat itu diangkat ke tempat lain, seperti kata al-Bulqini, atau ulat itu pergi sendiri, kemudian ia dikembalikan ke sarangnya (dalam buah) seperti mana yang disebutkan oleh sebahagian muta`akhkhirin. Pendapat kedua mengatakan halal secara mutlak, kerana ulat itu dianggap sebahagian daripada buah. Pendapat ketiga mengatakan haram secara mutlak kerana ulat itu adalah bangkai."
Rujuk Mughni al-Muhtaj (6/99)
Kesimpulan
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung kepada pendapat bahawa hukum memakan kutu beras dan kutu tepung adalah diharuskan, tertakluk dengan syarat-syarat berikut:
- Hendaklah dimakan bersama dengan makanan yang ia dilahirkan daripadanya seperti nasi dan roti, sama ada dalam keadaan hidup atau mati.
- Tidak boleh dimakan secara berasingan seperti dikutip daripada nasi atau roti kemudian dimakan.
- Hendaklah kutu tersebut tidak mempengaruhi dan mengubah secara ketara rasa, bau dan warna makanan itu sekiranya makanan itu cair.
Kami juga berpendapat lebih aula agar kutu tersebut tidak dimakan jika ia kelitan dan dapat diasingkan daripada makanan kerana mengikut Sunnah Rasulullah ﷺ. Adapun jika memakannya bersama dengan nasi dan tidak menjijikkan maka hal itu dimaafkan dan tidak wajib mencucikan mulut, pakaian dan pekakas yang digunakan. Wallahua’lam.
Sumber: Mufri wp
Terima kasih atas perkongsian.. Kesimpulannya, jika dah ternampak tu, buanglah.. Jika dah nampak, buang jangan dimakan pula..
ReplyDeleteSy buang kutu tu
ReplyDeleteTak pernah terfikir pun pasal ni.. good sharing mama
ReplyDeleteThanks for sharing, mama. Selalunya akan usaha jugak untuk asingkan. Kalau terlepas,pandai-pandai la orang yang makan tu buang sendiri. hihi
ReplyDeleteterima kasih mama berkongsi info ini.... tapi saya kalau nampak kutu tu saya buang....
ReplyDeletepaham..terima kasih atas perkongsian mama :)
ReplyDeleteHaah kadang tidak nampak kutu itu. Mungkin kes termakan. Kalau nampak memang buang. Hehe tiada sahaja makan.
ReplyDeletekalau beras lame xdigunakan kutu pn naik.. baru tahu hukumny begitu.. means kalau bersih kn takde masalah kn..selagi ulat tu tak ubat rasa bau dan rasa beras..
ReplyDeleteterima kasih atas pencerahan
ReplyDeleteJarang nak makan.. huhu.. tapi kalau dah bercampuk lauk bagai.. sedapppp aje kann.. Haha
ReplyDeletekite klo nmpk bubuk beras pon geli..terus jemur bawah matahari..
ReplyDeletealhamdulillah atas penjelasan
tq akak.. atas prkongsian yg brguna ni
ReplyDeleteGood sharing Adda, Kak Sue kalau nampak ada benda asing memang kan buang dulu..
ReplyDeletekutu beras tu kalau basuh senang nak buang sebab dia terapung. Sebaiknya cuci bersih beras tu sebelum masak. Tepung pulak sebaiknya ayak. So takdelah kutu termasuk dalam tepung yang nak digunakan.
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ni mamampp :)
terima kasih ats perkongsian. bg sy 1 - 2 tu boleh laa terima. kalu sendiri msk, nmpk ada kutu tu, sy trs let go je
ReplyDelete