Review Korean Drama Bring It On Ghost

Review Korean Drama Bring It On Ghost atau Let's Fight Ghost. Ada sesapa pernah tengok tak drama ni. Pada mama, drama ni memang best dan nanti kalau free mama nak tengok lagi. Cerita ni mama bagi 9/10 bintang, Mula-mula mama preview episod satu, 5 minute pertama dah terasa sangat interesting cerita ni. Seram dan kelakar. Cerita ni light dan plot dia beautiful.


Review Korean Drama Bring It On Ghost

Mama kalau tengok drama Korea suka tengok macam mana pelan rumah dan susun atur rumah diorang. Walaupun ramai yang ingat rumah diorg berbentuk studio ajer, tapi banyak cerita yang guna banglo besar tau.. Mama pun tak sangka.



Drama: Bring it on, Ghost  / Let's Fight Ghost 

Episodes: 16

Tahun Tarayangan: 2016

Genre: Horror, Comedy, Romance

Pelakon: TaecYeon (Park Bong-Pal), Kim So-Hyun Kwon Yool (Kim Hyun-Ji), Kim Sang-Ho (V) 

Selepas tengok cerita ni baru mama tahu rupanya cerita ni berdasarkan dari webcomic "Ssawooja Gwishina” oleh Im In-Seu. Seriously mama suka dengan jalan cerita dan lakonan mantap dari semua pelakon. Jalan cerita dia pun menarik dan tak boring.


Sinopsis Drama Bring It On Ghost


Park Bong-Pal  adalah seorang student U yang ada kebolehan melihat hantu. Dia tak bergaul dengan orang lain dan selalu menyendiri. Dia sedang mengumpulkan duit untuk merawat mata dia untuk tidak melihat hantu lagi. Dia mencari duit dengan mengambil job menghalau hantu. Namun begitu dia hanya mampu kalahkan hantu yang tak berapa kuat dan ganas aje, so duit yang dia dapat tak banyak sgt.

Satu hari dia menerima satu job untuk halau hantu di satu sekolah dgn bayaran yg mahal. Rupanya orang yang upah dia adalah Hyun-Ji  seorang hantu. Disebabkan frust tidak dibayar, maka dia buat deal dengan Hyun Ji untuk bantu dia tangkap hantu untuk bayar hutang. Gabungan mereka berdua ni jadikan diorang lagi power dan dapat hapuskan hantu yg lagi kuat sebab Hyun Ji boleh lihat weak spot hantu jahat. 

Antara hantu dalam citer ni. Kisah  Hantu budak ni sedih buat mama nangis



Hyun Ji adalah hantu yang hilang ingatan, berkeliaran di dunia selama beberapa tahun. Lama-kelamaan hubungan mereka menjadi rapat dan Hyun Ji selalu ikut Bong Pal ke mana-mana. Pada masa yang sama terdapat kes pembunuhan disekitar U mereka. Macam ada dark evil yang menyerang orang tertentu. Kalau korang tengok pelakonnya memang terasa seram.Dark evil ni rupanya ada kaitan dengan masa silam Bong Pal dan Hyun Ji.

Overall cerita ni memang sweet dan terasa release tension lepas nengok. Ada elemen kelakar, romantic, action dan seram. Hantu2 dalam citer ni boleh tahan juga seramnya. 

Paling mama rasa kelakar dengan gelagat senior Bong Pal  persatuan GhostNet / Sundae Soup club. Lawak betul lakonan diorang. Annoyingly lawak haha. Pada mama cerita ni lengkap dan lakonan memang superb. Korang akan lihat juga kisah di sebalik Hyun Ji. Tengok tau cerita ni best. 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. dah lama drama ni tapi tetap best layan kan.. mama try la tengok drama Oh My Ghostess, cerita dia pasal hantu juga tapi best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo best ke tiara.. sebab bila mama baca review ada perkara yg kureng.. so takut nak tgk. kalau tiara rekemen nak try la tgk nanti tq

      Delete
  2. Best gila drama ini.. Kelakar..
    sha tengah nak tengok versi thailan pula.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. best betul citer ni. akak pada awalnya nak tgk yg thailand punya tapi masa tu tayangan tak habis lagi. bila dapat tau adaptasi dari korean drama, terus tgk yg versi asal ni

      Delete
  3. Lanie bru dok lyan itaewon class, lmbt betul hihi..dlu xde netflix, skrng bru ada, syiok sikit, hehe

    ReplyDelete
  4. Oh TaecYoun berlakon. Baru tengok cerita dia hari ini juga mula di tv. Harap-harap ada kesempatan tengok cerita Adda cadangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ada cerita baru ye. best tak. na kena tgk citer ni best tau

      Delete
  5. Boleh tahan drama ni. Nasib baik drama. Kalau bukan drama dah tengok dah. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Ai baru nak tengok drama ni sebab ternampak kat iqiyi.

    ReplyDelete
  7. Saya pernah tengok! Bestttt dan semestinya sebab hero dia TaecYeon kikiki

    ReplyDelete
  8. selamat menonton mamapipie. saya kurang minat cerita Korea. biasalah kan citarasa masing-masing

    ReplyDelete
  9. Memang best drama nie, saya pun duk ulang² tengok dma nie.. part yang paling best adalah masa Kim Hyun Ji makan, berselera betul dia makan...hihihi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post